Saturday, April 24, 2004

Living Ordinary??

Six hours of sleeping... cukup ke? Hari lepas, leh kata about 30 hours aku berjaga tanpa tido. Teringat plak ada member kat Mesia penah kata dia tak tido 2-3 hari ngadap komputer n jumpa orang je. Wahaaa, aku sehari lebih je. Semalam kol 12 lebih aku tumbang gak. Sebelum tu, aku bangun tido pukul 6 petang sebelumnya. Kiranya 6 pm to 6 pm plus another 6 hours la aku tak tido. Letih gak, tapi cukup kot tido 6 jam. Zalim pada diri? Yup2 agree, it's a right for my body to have rest.

Semalam Pokde aku call, orang kerja Telekom post tinggi boleh la layan call oversea percuma. Borak dekat sejam jugak. Aku citer tak tido pasal aku makan Gingko Biloba untuk mental alertness sebab hari sebelum tu aku pulun 3 subjek pasal semalam ada 2 ujian (haha lawak plak sebut ujian pasal dah biasa sebut exams) dan 1 kuiz. Alhamdu liLLAH, semua tu dah berlalu.

Semalam gak aku dapat dokumen dari Konsulat dari NY, susah bona dealing dengan derang sampai aku salah sangka kat derang, padahal sekarang ni derang banyak urusan yang kena dibuat. Tapi still aku rasa sistem pengurusan derang tak baper sket pasal nak kena tanya baru nak gerak. Alhamdu liLLAH, aku lari balik umah sebab katanya ada postage untuk aku. Memang betul la dokumen yang aku nak tu dah sampai. alhamdu liLLAH, lega gak rasa.

Semalam gak drive ke Bestbuy gi amik komputer Faiz @ Paeh. Siap gak akhirnya. Tapi hehampir kena charge kalau lupa bagitau orang kedai tu yang guna masalah tu pakai warranty... kiranya apa yang dibayar aritu patutnya kena return balik. Settle gak at last. Malam plak masa cuba connect to internet, ada plak masalah. Risau gak aku, masalah lagi ke?? Owh, driver for wireless card... not installed properly. Akhirnya, dapat gak kawan aku ni online balik. Siap pakai connection yang disediakan owner building yang kitorang tinggal ni pasal baru pasang wireless point kat bangunan nih. Tak tau la nak cancel ke pakai SBC Yahoo! nih? cam sayang plak pasal dapat email Yahoo! 25 MB tu, siap boleh tambah 10 subaccounts, each account with 10 MB of space. Entah la jang, den tunggu sampai bulan 6 gak pasal ada kontrak pun dengan SBC Yahoo! for a year term kalau tak maunya kena bayo 200 bucks for the equipment i.e. DSL modem and so on yang dia bagi kalau kenselkan subscription with them jadinya nak tanak kena gak menten a year dengan derang, inshaALLAH till this June. Pastu tengok la. Aku kira connection yang tuan umah provide ni laju lagik, tapi wireless connection tu je la yang tak berapa sket pasal aku pnye wireless card tarik tak kuat la plak.

Belakangan ni, dak-dak ni encourage aku untuk turut sama men online gaming tapi aku pikir dah nak final, tak minat la aku. Lagi pun pikir-pikir balik laptop aku tak kuat kalau pun aku boleh bagi 6 Gb untuk men game Final Fantasy XI tu. Minat gak aku nak men, tapi errr rasa macam tak kot pasal aku tengok devoted sungguh men menda tu sampai solat pun lupa. Semalam bukan aku je yang tak tido malam, hosmet aku lain pun sama. Tapi sedih gak, aku tak dapat buat apa pasal derang punya solat. Aku sorang je ke solat asar? Aku sorang je ke solat Maghrib? Yang sedar main game sampai dah tak ingat solat. Sorang lagi tido. Sorang lagi memang sejak aku kenal dia, mana penah aku nampak dia angkat takbir dalam umah ni. Sedih ah... apsal aku tak dapat buat pape... living like this as ordinary and typical Malaysian life?? Solat ntah ke mana... dulu masa aku kerja jap pun, macam ni jugak perangai derang. Aku dah tak tau macam mana lagi, belakangan ni memang aku perasan yang sorang ni dah mula kurang angkat takbir (atau aku je yang tak perasan?). Sorang lagi tu sebab dia lagi tua, aku hilang akal nak buat macam mana.

Ahh... aku kena cuba lagik. Aku sendiri pun kena make sure diri aku lepas, tanak la merudum macam orang lain sampai dah tak angkat takbir sebab bizi dengan life. Tu sebab la jugak aku rasa better tak turut serta main online gaming tu.

Aku tak tau la aku cakap ni tak betul kot... aku masih merasakan dalam diri derang tu tau solat ni penting, cumanya derang buat sambil lewa.

"Ko qadha' tak kalau ko kantoi pagi?"
"Aku biasa terus pegi kelas."
"Balik tu ko qadha' tak? adoi... apa la ko ni."

Apa lagi la boleh dibuat, semuanya kalau ikut umur lagi tua dari aku (kalau tak tahun pun, bulan la ;p). Rumah aku pun umah smokers, kecuali aku!! Kalau aku gi makan kat depan, kadang tu sampai berubah gak tempat aku duduk kalau time tu asap 'pembunuh' tu lari kat aku. Kalau 'shisha' tu derang sedut, sah-sah aku lari pasal bau manis tu aku tak suka, benci tak ingat bau dia walaupun orang kata banding rokok menda tu okay lagi. Tapi aku takleh, ikut hati nak je bocorkan getah penyedut dia tu, tapi tak baik buat camtu. Tu pasal kalau 'shisha' tu hidup, aku masuk bilik pasal takleh ah hidung aku bau menda tuh. Bau manis yang aku takleh terima...

Tapi, satu benda best aku dok umah ni merasa makan sedap-sedap. Semalam je pun makan nasik lauk ikan talapia bakar, sedap. Haritu aku buat donut macam tak jadik sangat, yang sorang ni buat jadik plak. Sedap tul, perut isi memang best hehe. Banyak betul makan, tapi kata Pokde aku, "You deserved all that... cumanya kena jugak jaga bab pemakanan ni sebab kawan Pokde ada jugak yang mudanya tak jaga sampai tua kena itu la ini la sampai ada yang tak dapat anak sekarang ni walaupun dah lama kawin." Erkkk tanak aku camtu. Borak dengan Pokde aku semalam, health conscious jugak Pokde aku ni, sama macam abang dia (ayah aku) rupanya. Siap dia kata aritu dia pegi satu kursus Telekom ada la pakar kesihatan untuk ahli sukan ni dia kata minum air susu carrot yang pempuan selalu minum tu sebenarnya kalau untuk lelaki memang bagus untuk jangka masa panjang. Errr bagus macam mana tu? Paham-paham je la ye... haha aku gelak bila cakap macam tu sebab aku citer kat Pokde aku yang aku makan carrot... aku makan mini carrot mentah-mentah sebab saiznya kecik tu tak perlu masak pun takpe, sedap buat snack (bagi aku la) selain aku selalu jadikan lobak kecik tu sebagai aku pnya only menu for vegetable kalau dah takde sayur lain yang dimasak sebab menda tu makan mentah memang sedap lah. Tak sangka, aku dok sini minat plak aku makan lobak mentah-mentah. Mula dulu aku tak perasan boleh jadi macam agak addicted dengan lobak ni. Rupanya memang sedap dan tak tau la plak ada khasiat yang bagus untuk kaum lelaki haha... sebut pasal baca tentang kesihatan ni, dah berapa hari aku tak bukak buku Foods That Harm Foods That Heal yang aku dapat percuma langgan RD (Reader's Digest).

Okay la, bukan ada isi pun. Memang ordinary living sungguh kat sinih. Tapi pesan my senior "jangan lupa makanan diri setiap hari." InshaAllah 'makanan diri' tu akan aku consume setiap hari, kalau bukan ilmiah dari buku pun aku akan cari input rohani dengan Quran inshaAllah. Hmmm dah pagi, nak breakfast. Boleh ke ni tido 6 jam je? boleh kot, tak larat tido lagik dah nama pun weekend. Mana boleh, banyak kerja ni tinggal berapa lama je lagi nak final. Dah dah, pegi call umah Tok, dah lama tak cakap dengan Tok. A'ah la nak call umah Tok. Tapi aku macam takut sket sebab memikirkan apa yang berlaku lately memang aku tak puas hati langsung sebab orang yang kononnya belajar agama aku terang kata la 'buta' dalam tindakan melibatkan hubungan sesama manusia. Ingat belajar agama ni setakat belajar je ke? Tu yang aku rasa lagi suka mengaku aku tak pernah belajar kat sekolah Hira' atau KISAS sebab aku tak suka hidup dalam satu dunia yang berlagak baik sesama mereka tapi tak pandai bertindak dengan baik bila deals dengan manusia yang lain. Dunia kita bukan dengan kita je!! Tak puas hati aku!! okay la... blah dulu... jyaa ne!!

________________________________
Baik hidup macam orang biasa.... hidup dalam dunia yang konon baik ni boleh lupa macam mana nak menjaga hubungan dengan orang lain.... masalahnya kita hidup dalam dunia realiti bukan hidup dengan kita-kita je... ah tak puas hati plak aku ni... pandai la pikir pandai la buat... doh!!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home