Tuesday, April 20, 2004

To My Big Sista... Kaklong

Tadi called umah, lama dah tak cakap dengan famili. Kecoh derang, baru balik dari pasar katanya, "Ko tanak ke, moeh? Kitorang makan roti John ni!! Kat US mana ada...," saje la tu derang sakat aku, adik-adik aku la ni. "Takpe, aku leh buat sendiri la," aku jawab penyedap hati, padahal macam aku tau je buatnya. Kaklong yang mula jawap panggilan tadi, katanya baru je masuk umah. Dia baru balik kerja rupanya. Hehe, tak pass plak aku kali ni kelentong pasal tak sempat nak control my voice. Kalau tak mesti syok la kalau dapat kenakan hehe...

Kat sini nak kasik Kaklong satu lukisan yang aku lukis... dah lama tak melukis, inspirasi dah kurang (eheh macam la tere den melukis). Just a simple image but sorry coz I don't have time ta use ink pen even I don't have a powerful software to adjust the image coz I didn't install any editing software after I recover windows early this month. Jadinya, terima la seadanya.



Nak minta maaf kat Kaklong aku pasal:

- aku adik yang nakal hehe yeke?
- aku tak dapat tolong dia dalam tempoh aku takde kat mesia, setakat kekongsi idea dan kritik je.
- aku asik kritik je, mesti puas dia nak bantah aku... degil kan adik Kaklong yang sorang nih?
- aku selalu berlagak macam aku lagi besar dari dia, hakikatnya aku still adik dia... aku adik, so aku lagi muda la yes² hehe...
- aku tak pandai nak jaga hati dia...
- aku adik yang suka susahkan dia...
- aku tak dapat nak balik mesia time dia kawin awal bulan Mei 2004... waaaaaa nak balik!!!! hehe macam bebudak plak...
- aku juga tak dapat nak bantu kenduri walimah dah sebabnya aku tak dapat nak berada sekali time tu...

Apa pun, aku sayang Kaklong aku... dia best sebab takde orang leh ganti dia jadi Kaklong aku... ala, nak join gak kecoh² time kenduri. Mesti meriah nanti ramai orang nak turun, dari Bukit (panggilan singkatan untuk Bukit Betong, kampung mak) mesti ada yang nak turun. Adik beradik mak yang ramai, sedara mara lagi, ala nak join gak.... hehehe tak habis² la ko ni, Moeh... takpe², aku ada 2 orang lagi sisters, dah nak buat camne aku takde chance to be around untuk walimah Kaklong nanti pada 2 Mei 2004. Apa pun, harapnya semua berjalan lancar la ye... Kalau ada pape nak minta idea atau komen, takde masalah, Long, ko tanya je la orang ye?? Orang inshaAllah takde hal nak komen², memang suka mengomen pun adik ko yang sorang nih eheheheh... macam la pandai sangat, main cakap je pun ;p

As your bro, I wish you'll always be happy. Everytime and all the time, you're the one who always being ahead of us, your 7 siblings, to experience things. So, this is your next level/stage of your life. Soon, we'll follow you to experience living with our future spouses, inshaAllah. Moga Kaklong gembira dan bahagia hendaknya. Miss you, sis!! Apa pun, take care... inshaAllah, you can do it!!

_________________________________
Rasa kejap je masa berlalu... tup tap tup tap aku dah lagi tinggi dari Kaklong aku... tup tap tup tap Kaklong aku dah nak kawin, takleh dah nak gurau senda dah nanti... dah besar dah semua orang rupanya... nanti tup tap tup tap turn aku plak la ye hehe...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home