Saturday, April 17, 2004

Past Few Days

Siang tadi pergi umah Abang Mat, makan-makan sempena menyambut besday anak sulongnya, Medina Yasmin pada hari Isnin mendatang ni. Tapinya, sambutan dibuat pada hari Sabtu sebab dah nama pun hari Isnin tu weekday, sebab tu dibuatla majlis tu awal. Aku perasan, dulu-dulu dengar Abang Syabil tak join sangat benda macam ni sebab yela sah-sah kategori bid'ah. Tapi yang aku masih perasan, Abang Soperi dan isterinya, Kak Nor, datang lambat. Aku agak mesti derang takkan join majlis yang ada tiup lilin ni. Dulu aku dengar macam tu la, tak mustahil la Uqbah pun datang lambat sebab dah mak ayah dia jenis jaga walaupun dalam bab macam ni. Memang bid'ah pun sambut besday lelagi bila ikut cara barat makan kek siap tiup lilin. Aku pun masa tengah sibuk bergambar tu, aku masih tengah makan. Takde la aku nak join sangat. Bebaru ni pun ada orang tanya aku, nanti birthday aku tak sambut ke? Senang aku kata tak sambut, kalau ada ucapan atau hadiah tu orang je yang bagi, secara formal (even informal) aku tak sambut... Memang dah macam tu dari aku kecik... jadinya, takde la kesah sangat... Kalau orang nak wish, aku berbesar hati menerima sebagai satu point orang lain tetap ingat kat aku walaupun aku ni takde la rapat sangat dengan ramai orang, betul ke? Ntah, aku je kot rasa macam tu...

Semalam, aku jadi pomen komputer plak. Buatkan networking dari umah Abang Mat ke umah aku. Aku tolong Abang Mat cuba tebuk sana sini sampai aku ditinggalkan. Tak berpeluang aku main bola sepak semalam. Waaa, I wanna play soccer too!!! Pastu aku cuba gak carik, tak tau plak dak-dak ni main katne, aku lalu je... walhal derang main jauh kat dalam, tu sebab kalau aku lalu dengan keta tak nampak semalam.... Takpe la, dah bukan peluang aku untuk turut serta menyengalkan badan playing soccer. Malam aku spent time boleh kata dari Maghrib sampai la dekat kol 11 malam kat umah Abang Mat. Aku tolong setup network yang petang tadinya terpaksa ditangguh sebab cable network tak cukup panjang. Semangat Abang Mat nak make sure dapat connect to Internet malam tu jgak. "Pentingnya ada internet connection laju ni sebab boleh dengar ERA." Satu statement yang aku sendiri pun berbelah bahagi nak bantu. Sebab, aku sebenarnya tak berharap sangat aku boleh jadi penyebabnya untuk dengar radio macam tu. Tapi, nak buat macam mana, aku dah terlebih tahu. Nak tanak aku bagitau jugak. Takpe la, aku cuba je la setupkan internet nih, tu je la matlamat asal yang aku pegang. Tapi yang untung tu, aku dapat merasa dulu makanan untuk jamuan esok hari, dalam sakit-sakit gusi ni aku gatal jugak mulut bertanya tanpa segan silu, "Ni tak boleh cukai ke?" Aiseh... nak buat macam mana sebab aku makan duduk depan periuk besar berisi rendang ayam. Sakit sakit jugak, selera tetap ada. Terima kasih Abang Mat jamu aku malam tu, dapat gak aku makan nasik Briyani, dah lama tul tak makan nasik tu...

Tapi aku rasa bersalah kat kawan aku, Paeh. Aku minta maaf Paeh sebab aku indirectly jadi punca 'lappy' ko rosak. Aku rasa bersalah sampai sekarang, walaupun ko tak cakap apa dan ko masih boleh datang bilik aku bebual macam biasa, dalam hati aku tercarik rasa bersalah yang aku tak tau dalam mana. Masa aku tolong Abang Mat tu pun, aku teringat macam mana aku cuba tolong Paeh. Takut gak aku, masuk ni dah boleh kata 2 kali aku jadi punca secara indirectly hinggakan komputer kawan aku jadi masalah. Sebelum ni masa aku kat Sunway dulu, bersalahnya la aku. Hai, dalam diri aku nak je tuding jari kat komputer sebab komputer yang buat hal, tapi nak buat macam mana, sebab tu la indirectly aku la puncanya. Maafkan aku pada sesiapa yang berkenaan especially kat Paeh yang baru kena beberapa hari lalu. Aku berharap masalah tu boleh diselesaikan secepat mungkin. Kalau ko rasa nak tuntut dari aku, bagitau la aku. Aku still takleh hilang rasa bersalah walaupun ko tak tuding jari kat aku...

_____________________
Aku manusia, aku tak sempurna, aku juga buat salah... langsung atau tidak langsung... kepada yang berkenaan, maaf sejuta kemaafan kupohon kerna aku bukan indah sempurna... banding aku dan kalian, banyak lagi yang aku kurang... aku masih belajar dan ingin belajar lagi...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home