Friday, April 16, 2004

Pagi-pagi nak ke kelas ada kueh teow udang. Pagi-pagi jugak la aku tergigit cili hijau, pedas2. Lama dah tak pekena pedas ni... oleh yang demikian aku pun kena minum susu pagi-pagi. Tu la ubat pedas paling mujarab yang aku pilih.

Kerja dan Tawakkal

Kerja semalam buat ala kadar walaupun kena hantar hari ni. Alhamdu lillah boleh kata menjawab juga soalan yang perlu dijawap. Walaupun kerja tu aku tak buat dengan sepenuh tumpuan sebab keadaan mengganggu aku, tapi inshaAllah aku yakin itulah yang terbaik.

Dua-tiga hari lepas masa aku dapat balik essay cinta Sophia (a.k.a. Philosophy), aku tak pernah nak menyangka dapat result OK. Rupanya tadi kat kelas baru la tau, lecturer aku yang muda dan laju cakapnya tu baik hati orangnya. Kalau buat well-written essay discussing the thinker's idea very well and no serious mistake about the idea akan diberi markah paling barai pun AB. Wah, tak sangka. Punya la hari tu aku hantar lambat sehari (memang diberi peluang hantar lambat sebab ada banyak lagi yang belum dibincang) pasal mostly yang siap tu pun buat in advance walaupun benda tu optional dan boleh dilambat-lambatkan. Tak sangka, hari aku rasa mandom diceriakan dengan keputusan macam tu. Alhamdu lillah, ALL THE PRAISE BE TO ALLAH. Aku dalam hati rasa gumbira, tapi macam biasa aku pegi kelas bukak tutup mata, kalau ayah aku nampak cara aku duduk dalam kelas dah lama kena hampuk, adeih sakit!! Dah nape dok malas, kalau duduk kena tegak tulang belakang. Haha, ingat lagi camtu la kena kalau kat umah, tu pasal kitorang adik-beradik suka study kat bawah dari dok atas kerusi, sure kena tegur.

Sedar tak sedar, dalam buat kerja ni pun hati kena jaga. Niat di hati tak semestinya nak dapat high mark, yang penting mendapat redha Ilahi. Kalau ALLAH suka dengan apa yang kita lakukan, hati kita pula tak lari dan cuba tumpu pada kerja, inshaAllah boleh. Hatta kalau kita tak dapat nak fokus pun, cuba buat setakat yang mampu, inshaAllah cara kita orang Islam yang Mukmin, kita akan letakkan tawakkal lebih penting. Aku sebelum ni pun niat tak menentu, alhamdu lillah hari tu aku tak fikirkan sangat keputusan aku sebab aku ingat benda yang aku taip macam main-main tu pasti ditanda barai tak ingat punye, tapi apa yang aku dapat sebaliknya. Boleh cuba lagi... apa yang dapat tu alhamdu lillah, kena syukur... macam mana keputusan pun, bila kita dah tawakkal sepatutnya kita boleh tersenyum kerna that's the best bagi orang macam kita... who knows, ada yang lebih besar menanti...

Tawakkal bagi aku adalah 'pemewakilan' sebab bagi aku tu lebih tepat. Kalau orang kata penyerahan, boleh kata jugak. Cuma sebab bagi aku dalam tawakkal tu ada perkataan 'wakil'. Kalau kita sesama manusia, biasanya memang dah cara senang kita wakilkan kat orang kita akan serahkan bulat-bulat. Tu kalau orang tak bertanggungjawab, main lepas tangan. Tapi bergantung la, cuma sometimes, kita still rasa berbelah bahgi orang ni leh buat ke idak. Tapi pada ALLAH, kenapa perlu kita rasa tak yakin?? Wakilkan ALLAH untuk menentukan yang seterusnya, HE knows what best for us. Indirectly, kita serahkan pada ALLAH sepenuhnya, tak perlu nak persoal boleh ke idak sebab mesti yang kita dapat tu boleh pnye la untuk kita. Sebabnya, itu sikap kita, kita tak ragu-ragu bahkan kita rasa tenang dan senang hati bila kita 'wakilkan' DIA untuk menentukan yang seterusnya. Senang hati dan tenang hati pasal takyah susah-susah nak fikir apa yang akan menanti. Senang hati dan tenang hati sebab takyah nak pertikai kenapa macam ni bukan macam tu.

Ingat tu, aku cakap ni kat diri aku sendiri sebab tangan aku menaip untuk tatapan mata aku sebagai terjemahan buah fikiran aku yang datang dari dalam diri aku sendiri. Nafsi, nafsi, nafsi... macam mana la agaknye diri aku sekarang??

Okay la, got class rite now... Jyaaa!!

______________________
Tawakkallah dalam setiap pekerjaan walau keluar rumah sekali pun...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home