Wednesday, April 07, 2004

Letih

Hari ni ponteng kelas? Apa ni!! Mana pernah macam ni. What can I do, I was so tired even till now I'm yawning while typing this entry. Aiseh, awat letih nih? Watashi err watashi men tennis semalam. OoOoOoOoo, cenggitu ke... tapi awat letih bona? Letih la pasai mana la den biaso men tennis... lama dok pi sukan outdoor nih, tu pasai la lengoh badan. Pagi tadi tak ngaku letih, yela pagi tadi rasa macam kuat je tapi manjang rasa nak tido je sampai paper tak sempat nak revise men hanto je la. Maso dok dalam kelas Philosophy (kelas first arini), den ghaso letih la pulak... apa yang lecturer mengarut kat depan tu satu hape pun den tak donga nih... la, den pi tutup mato sambil goyang-goyang pale wakpe... patut la kelam je, tak bukak lampu... laaa, tak pernah la macam ni pagi2 kelas pun dah letih nih. Apa lagi, pi balik tido la sat. Aiseyyy, ada orang renovate heater la plak arini, keja semalam tak siap lagi arini dia pi habiskan. Aku nak tido nih dengaq bunyi mesen la plak. Terlelap 20 minit je ada call la plak, malas kawe nak jawap. Pi sambung tidoq balik, hai awat lepas 20 minit terbangun lagik nih, buang karan betul habis mimpi aku kat mesia. Huih, rindu bona nih nak kelik mesia sampai masuk mimpi. Awat ni, letih bona nih... aku kena makan ni... resipi apa? ala, letak makaroni dalam air, pastu rebus dalam microwave selama 10 minit. Dah siap, letak cili sos, letak kicap, amik dalam 8 batang baby carrot (main tibai je nama, tapi lobak kecik yg comel -sayur kegeraman kat sini sebab makan fresh tak masak, hmmm manis2)... tu je? laa sempoinye masakan. Aku dah lapar bona nih makan je sat lagi ade kelas...

Belajar apa arini? (soklan feveret ayah aku kalau aku balik sekolah dulu). Errr macam biasa (jawapan feveret aku). Arini belajar pasal desert. Kelas apa tu? Kelas Environmental Science. Rajinnya amik kelas tu. Nak buat cemane, tu je la kelas sains yg aku leh bawak, nak amik Physics, Chem bukan tanak tapi aku takut ada lab (penakut rupanya). Tengok la, maybe amik bio kot, tapi ingatan dah tak kuat la dah tua lagi2 kalau pasal sains stuffs (hai, saja buat sebab lagi nih). Haa, citer la pasal gurun tu. Gurun? Yela, desert yang hang belajaq kat kelas tadi la. Hmmm, apa yang korang paham pasal desert? Biasa aku pikir padang pasir je la kalau sebut pasal desert nih. Jawapan typical tuh. North and South poles pun dikira sebagai desert lah. Cemane lak tu? Pasai desert ni dalam Environmental Science yang aku belajar tu, adalah kawasan yang mendapat less precipitation. Apa precipitation tu? Pi bukak kamus la, senang-senang plak dia... Oooo hujan rupanya. Haa, pandai pun, kadar penerimaan hujang yang kurang tu la menyebabkan kawasan tu dipanggil sebagai gurun. Takkan tu je? Pastu masuk topik baru, carbon cycle. Lepas tu masa nak habis kelas, Katy tegur, "Can I borrow your notes throughout this Easter Break?"... "Owh, sure..". Betul ke aku taknak guna nota aku nih, cuti2 ni la time nak buat revision. "I hope, you can read my handwriting"... dalam kepala otak aku, ada 2 benda, dia akan nampak tulisan bahse melayu (takkan la dia nak salin jugak hehe) dan lagi satu contengan aku meluahkan di kertas (aiseh, kalau dalam BI mesti dia gelak eheheheh ;p)

Lepas kelas tu, gi kelas ECON110 (Application of Microeconomics). Kelas 2nd level ni memang mencabar, tambah aku tak habis belajar Microeconomics dengan baik pasal lecturer aku dulu tak cukup masa nak abiskan silibus. Dapat result exam yang aku buat 2 hari lepas, alhamdu lillah my effort paid off. Pastu belajar apa arini? Belajar pasal knowledge and economy. Macam mana dikatakan ilmu pakar akademik tak semestinya mampu diaplikasikan dalam dunia seharian. Ilmu yang dimiliki oleh "peniaga jalanan" (street level punya ilmu) lebih penting in order to make the economy continue ticking. The biggest challage in an organization is you are positioned under a hierarchical system.... bla bla bla... most CEO don't even know how to sell their product... bla bla bla.... Dalam hati aku, kalau aku jadi CEO pun, aku nak tau gak camne nak handle street level operation. Ops, terangan-angan lebih plak. Den bukan tere pun, cuma den donga ape yang lecturer kata tadi bukankan den terpikir, tak belajar kat universiti pun takpe camtu pasal lecturer kata ilmu yang ada dalam orang-orang PhD. Econ ni tak semestinya berguna untuk perjalanan sesebuah ekonomi. Hatta lecturer aku pun kata dia sendiri pun tak berani nak kata dia tahu untuk menggerakkan ekonomi sebab ilmu aplikasi adalah berbeza. Tu sebab la subjek 2nd level ni mencabar sket sebab memang memikirkan pasal aplikasi prinsip2 ekonomi mikro yang ada. Pastu citer la lagi pasal supply and demand -the most basic ideas in econs-. Biasa kalau harga berubah, supply akan tunjuk reaksi, sama ada naik atau turun. Lebih kurang macam tu je la belajar arini... Lecturer pun kata korang boleh blah!! (aku yang pepandai cakap camtu, padahal lecturer kasi keluar awal 5 minit je -konon2 macam halau la- aku dalam hati "yes" pasal aku ngantuk lagi la). Jadinya, dengan rasminya bermulalah cuti selama 5 hari... 5 hari je tak macam kat Ostolia cuti 2 minggu terus (sini takleh cuti lama pasal kelas pun tinggal 3 minggu je sebelum sampai ke final exam untuk sem ni).

Okeh, aku yang nak tido ni dah terajak kawan-kawan men bowling. Tangan dah gian nak gi hayun walaupun rasa lenguh lagi kesan men tennis semalam. Apa lagi, HOLYDAY!!! astaghfiruLLAH, terover joy la plak... Apa nak buat cuti ni? InshaAllah, kena la buat sesuatu dari buang masa. Selamat bercuti pada kengkawan yang bercuti.

________________________________
Theory and reality can be incoherent coz it's hard to put the real world into words...

1 Comments:

Blogger sfxporn said...


En yeni çıkan yerli yabancı türk porno filmlerini, türkçe konuşmalarıyla ve net çekilmiş pornolarıyla görme şansı veriyoruz

7:54 PM  

Post a Comment

<< Home