Sunday, April 04, 2004

Kawan biar sampai...

Beberapa hari lalu (or maybe dah berminggu), bawak keta nak gi beli ayam sebab masa tu dah berminggu tak makan ayam, asik layan ikan dan "siput ("seafood) je... sampai kat satu jalan ni, 16th Street, ada la sebuah kereta yang begitu perlahan geraknya. Masa aku memotong kereta tu, terpandang geligat pemandu kereta terbabit,

"Owh, orang tua rupanya, siapa la agaknya nenek ni bawak bersama dia ye??" tertanya dalam hati sebab biasa jugak tengok orang tua drive kat jalanan di Milwaukee ni.

Erk!! Bukan budak, bukan pakcik, bukan makcik, bukan anjing, bukan semua tu bukan... tapi apa?? Tersenyum sendirian masa tu sebab melihat penumpang kereta tu semuanya nenek-nenek tua yang sudah putih rambut mereka (termasuk la si nenek yang memandu). Terfikir gelagat tersebut aku buat bersama kawan-kawan time muda macam ni, agaknya aku akan buat ke macam nenek-nenek berlima tu bila aku dah tua nanti? Terfikir pula kat orang-orang tua di Malaysia yang tak pun macam di sini.

Semalam pun berbual masa main bowling (ooo main bowling selalu ye Moeh?? hehe).. ntah macam mana isu ni pun tercerita jugak. Kata si Etake, "mesti pelik kalau orang tua main bowling kat Mesia... kalau la ada orang tua main bowling kat Pyramid Bowl, mesti dipandang semacam kot oleh orang sekitar." Kami setuju apa kata Etake, pastu aku pun apa lagi mencadangkan nanti bila kitorang semua dah tua, bila di Mesia nanti, kita main bowling sama-sama walaupun dah tua beruban. Mesti gempak kalau orang tua pandai main bowling. Pastu boleh la jawap macam ni bila orang tanya, "Biasa la, ni la berkat pakcik menuntut di US," eheh tergelak masa tu sebab macam la belajar dengan professional kat US ni, walhal belajar sendiri je...

Ntah nape terlintas pengalaman ni... maybe aku teringat pada saat-saat bersama kawan-kawan di Mesia. Bila la agaknya nak bersua muka lagi dengan kengkawan di tanah air. Nak ajak gi minum kopi kat warong mana-mana dan berbual bersama. Eheh macam orang tua, tapi ada kawan aku kata tak main la minum kat warong, kena belanja makan "siput" (seafood), alahai, kat sini pun asik makan "siput" je ha... sekali-sekala, nak gak pekena warong ke, nak minum kopi 'O' kapal api ke, eheh aku suka tengok iklan kopi kapal api :D Lama tak rasa kopi kat kedai mamak ni, nak pegi kat Restoran Syed kat seksyen 3, tempat aku makan sengsorang kalau famili aku tinggalkan aku sendirian kat umah.

Takpe, pasti manis bila dapat bersua kembali dengan kengkawan. Ada yang kata dah tunang, ada yang dah kawin, dan ada pula yang nak kawin pertengahan tahun ni. Tapi, asik melepas je la aku bila dengar ada kawan yang nak nikah, aritu tempoh hari (tahun lepas), kawan aku kawin masa Hari Merdeka. Tapi kat sini ada Harley Davison punya roadshow sempena 100 years anniversary, hehe buat sebab padahal memang takde chance pun nak pulang ;p

Apa pun, harapnya masih punya masa dan umur untuk bersama kawan-kawan. Maaf dipinta atas kekurangan diri ini. Moga-moga semuanya berjaya dan dirahmati Allah selalu. Moga Allah pandu hidup kita dan mempertemukan semula kita, kalau tak di dunia ni, inshaAllah di Jannah nanti :)

_________________________
Bertemu dan berpisahlah kerana Allah... pasti ianya manis...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home