Friday, April 02, 2004

Life like an empty can...

Semalam rasa macam kosong. Life macam tak diisi dengan baik. Hari yang paling kurang membaca (teruk!!). Tapi, dapat juga bersukan menggerakkan tulang empat kerat. Buat pe? Pi men bowling je. Tere tak? Tak tere pun sebab main dengan pengganas (orang yang tere @ terrorist ;p) Takpe, the most important thing is UKHUWWAH. Sekali-sekala kena spend time bersama kawan-kawan yang lain. Pengalaman yang telah lalu adalah reminiscence yang akan dibawa ke masa depan. Walaupun sedikit dan seketika masa yang digunakan untuk bersama rerakan adalah begitu bermakna. InshaAllah, niatnya untuk mengeratkan lagi ikatan. Sebelum ni memang jarang-jarang nak join hinggakan pernah dicop sebagai "anti-sosial," terkejut? Tak pun sebab boleh kata dulu baru lagi, masih tak berani nak join (saje buat sebab mamat nih... konon2 je :D). mana taknya, dulu takde la interested nak main bowling selalu. Sekarang, ntah macam mana jadi macam addicted, setiap minggu tak sah kalau kitorang tak pergi men bowling.

Tapi, satu perkara... average masa yang digunakan untuk bermain bowling dari keluar sampai la balik mesti mengambil masa 2 jam. Bila fikir balik, sometimes rasa too much... rasa macam buang masa pulak, tapi selalu cuba nafikan sebab kena gerakkan badan ni untuk hak badani i.e. riadah. Dulu main bowling pasti rasa terketar-ketar je tangan bila balik nak menulis atau buat kerja, sekarang sudah tidak seperti dulu, things had changed! Takpe, niat selain riadah pastilah untuk ukhuwwah :)

Hari ni pun dah hujung minggu, dah hari Jumaat. Hari yang di Malaysia terasa meriahnya tapi bila di sini, rasa meriah dalam diri sendiri je. Komuniti kecil, solat Jumaat pun di Union Building je kat dalam bilik di International Center. Memang terasa kelainannya. Tapi, yang begitu terasa kelainannnya adalah khutbah, khutbah yang diberi terasa pak khatib di depan bercakap dengan kita. Macam mana isu yang ditekankan setiap kali khutbah berbeza sama sekali dengan teks yang dibaca ketika sesi khutbah Jumaat yang statik di Malaysia. Macam mana khutbah di sini menekankan soal pemahaman Islam yang hakiki, hak-hak yang 6 (nyawa, harta, maruah, akal dsbg) yang dipelihara Islam, betapa kita perlu aware tentang keadaan saudara kita seaqidah di tempat-tempat lain (fi kulli biqo'i al-ardh @ di setiap pelusuk dunia), dan pelbagai isu yang buatkan kita terasa menusuk di kalbu. Cerita mengenai ikhlas, rasa nak menitik air mata. Cerita mengenai sabar, pun rasa nak menitik air mata. Cerita mengenai taubat, hati rasa meronta-ronta. Rasa diri ini penuh bergelumang dengan dosa (ini hakikat! bukan imaginasi!) :( sedih... dahulunya, masa khatib baca doa untuk saudara Muslim di Iraq masa mula perang tempoh hari (tahun lepas), khatib yang juga imam menangis dalam solat Jumaat pada hari tu, hati ini yang juga rasa terguris kerna memahami setiap butiran doa yang dibaca oleh imam walaupun dalam bahasa arab (alhamdu lillah, I have background in Arabic Languange) memang tak dapat tahan juga, bergenang air mata. Kita sendiri pun rasa nak meraung masa solat tu, berbezanya keadaan di sini.

Memang terasa betapa Bahasa Arab tu menusuk dalam diri coz I feel how beautiful the language is, sampaikan terasa nak marah kalau sesiapa yang kutuk Bahasa Arab! (ops, terover). Tu pun, masa memadam ingatan (macam mana boleh jadi macam ni?) sebab jarang nak praktik Arabic. Hanya solat, Quran dan doa yang menjadi praktikaliti harian. Walaupun ada beli buku Sayyid Sabiq mengenai Aqidah Islam dalam teks asal Bahasa Arab, tapi tak pernah nak spend time untuk mentelaah betul-betul. Jadi begitu lembab bila baca Arab (walhal memang slow pun tambahan bila sudah bertahun meninggalkan dunia gembira mengaji Arab). Takpe, kena cuba lagi ni untuk gunakan masa untuk menajamkan lagi kemampuan dalam Bahasa Arab. Bahasa yang indah, indirectly mendidik semua para celik pandai yang pandai berpuisi dan berkarya. Mereka "jiwang"? Pedulikan apa yang orang kata, hakikatnya jiwa kan terasa lembut bila memahami keindahannya :)

Alamak, masa cemburu untuk aku terus menaip kat sini. It's time for my next class, Environmental Science. Kelas yang menarik! SubhaanaLLAH, belajar tentang bumi dan persekitaran ciptaan Allah Yang Maha Agung. Gerak dulu... Jyaa!!
____________________________
Hidup penuh dengan input, walau sedetik cuma, banyak input yang kita telah terima secara tidak sedar... banyak juga (rupanya) input yang boleh kita jadikan output... alhamdu lillah
Tapi nliaian 'banyak' itu, adakah jumlahnya juga banyak di sisi Tuhan?

0 Comments:

Post a Comment

<< Home