Monday, April 26, 2004

Belum Ngantuk Lagi?!??!

Aku patut tido time ni, tapi aku takleh tido pasal baru sumbat 2 mangkuk lebih nasik goreng. Terletak banyak minyak pulak masa masak nasik goreng tadik, tak berapa suka sangat bila dah banyak minyak, tapi makan banyak jugak??

Rasa nak cari gaduh. Jom kita gaduh jom!!! Bestnya la kalau dapat cakap camtu kat semua orang. Pastu nanti semua orang benci? Setuju tak? Silap! Dah penah buat camtu dah, pastu mana ada semua orang benci pun. Yang ada orang lain concern ada la, "Eh kenapa dengan dia ni? Dia tu ada masalah ke?" Haa menda camtu la kuar yang akan keluar kalau bukan benci, bengang, bengong dan sebangsa dengannya.

Kalau nak gaduh, gaduh sendiri-sendiri je la, tak pekdah pun. Kalau gaduh, tanak la aku share apa yang belajar hari ni. Ade ke sampai macam tu, tak patut. Benda baik sharela dengan semua orang. Okay la.

KEPADA SAHABAT AKU YANG AJAK AKU BERBORAK TEMPOH HARI, NAK KATA SESUATU: "KALAU DAH TAK TAU NAK BUAT APA, DAH TAK JUMPA APA JAWAPAN, RASA DOWN TO THE GROUND SAMPAI DAH TAK TAU JALAN APA LAGI NAK BUAT, SOLUSINYA... BUKAK KITAAB ALLAH AL-MUKJIZ. INI LA JAWAPAN YANG TERNGIANG KAT TELINGA DAN MINDA AKU BILA MANA PENCARIAN INI TERJAWAP SETELAH AKU MELIHAT VIDEO DARI LAMAN HARUN YAHYA BERTAJUK 'NEVER FORGET'. KENAPA SELAMA NI AKU TERLUPA? TAJUK VIDEO TU SENDIRI DAH KATA TAK LUPA. TAPI AKU LUPA, SEMUA JAWAPAN TU ADA DALAM KITAAB ALLAH YANG DAH 1400 TAHUN BERSAMA KITA. DAH TERANG KEPADA KITA YANG ALLAH NYATAKAN SEGALA PERMASALAHAN ITU DAH PUN DIA BERIKAN PANDUAN DALAM QURAN SEBAGAI GUIDE UNTUK KITA. RESAH? GELISAH? REFER BACK TO ALLAH! AKU PUN KENA SELALU 'KETUK' DIRI AKU NI, WAHAI DIRIKU JANGANLAH LUPA DAN BERINGATLAH."

Ku kira, sebab tu la pentingnya peringatan (tazkeerah), bila mana kurang tazkeerah, kuranglah ingat. Bila ingat, tak diingat, kemudian lupa balik. Na'uzubiLLAH.

Kata kawan Kak Ngah, kita selalu admit yang diri kita buat salah dan kita biarkan diri kita terus berada dalam kesalahan. Same claim yang kita selalu buat bila kita rasa down. Apa yang penting, tak perlu dilayan sangat. Perkara macam ni, katanya, banyak kita alami bila kita dah duduk seorangan agak kerap dan teman berbual tu nanti akan jadi diri kita sendiri. Bila dah lama-lama, sampai satu tahap kita akan confront diri kita dengan pelbagai perkara yang kosong je sebenarnya. Katanya lagi, we shouldn't put limit to ourselves though we never know how far we able to strike!!. Macam main bowling, apa nak berkira sangat berapa banyak pin yang akan jatuh, cuba je la baling sehabis bagus, at least we try.

Haha, aku dah ngantuk. Minda dah makin kelam. Sayonara!! Time to bed. Aku mana ada katil, tido kat bawah je bungkus sleeping bag. Macam la aku hidup kat Jepun tido kat bawah je hehe.. tak pe, merasa la jugak, konon2 je la.

_______________________________
Aku hanya mengarut sebelum tidur... leka dan lalai tu sebab dah tak peka kerna dah mamai... mai mai, macam panggil adik aku la plak... astaghfiruLLAH...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home