Sunday, December 28, 2003

Bermuktamar di Atlanta

Hari ni malam akhir Muktamar MISG-IMSA di Atlanta, GA. Alhamdu lillah things kat sini semuanya baik² belaka. Kehadiran agak baik, even tiada perkara yang tidak diingini berlaku sewaktu perjalanan muktamar. Menarik kerna dapat bertemu dan belajar dari ramai orang, terutamanya dari saudara² dari Indonesia. Salah satu presentation yang masih ingat adalah satu proposal yang disampaikan oleh seorang muslimah Indonesia yang juga pensyarah di Purdue University. Perihal pendidikan berasaskan komuniti atau "Pendidikan Berbasiskan Komunitas", iaitu satu sistem pendidikan yang bergantung kepada setiap individu dalam masyarakat itu sendiri untuk mendidik dan memberi sumbangan kepada perkembangan individu-individu dalam komuniti itu sendiri. Hal tersebut sebenarnya dikatakan salah satu kejayaan yang dilakukan oleh sistem pendidikan di US ini. Sambil² mendengar, teringat pula pada bi'ah solehah (suasana yang baik) yang dapat kita perolehi bila mana kita berdamping dengan orang² soleh dan solehah atau dalam erti kata lain iaitu suhbah solehah (berkawan/berdamping dengan orang² baik).

Tadi sepatutnya ada persembahan, tapi tak dapat nak menghadirkan diri walhal kena berlakon. Entah, badan ni letih. Bangun² pun ingat macam dah tak sihat sebab batuk², tapi seketika je. Alhamdu lillah dah okay sekarang ni. Insha-Allah, kena gaya nak berjalan lagi. Target baru: 1) Men Ski dan ziarah di North Carolina, atau, 2) Melajakkan diri ke FL. Kemungkinan besar akan ke North Carolina dan yang pasti kena pergi, Lehigh University sebab kena hantar beberapa pelajar Lehigh pulang.

Kongsi sikit pengalaman memandu ke Atlanta, tak pernah dalam hidup membawa lori. Eh, tapi bukan bawa lori ke Atlanta. Cumanya merasa memandu van yang saiznya boleh mengalahkan lori, muatan penumpang 15 persons. Takut juga mula² tu, tapi lama² boleh tahan tak la susah mana, nampak je besar tapi side mirror kan ada, so tak susah nak pastikan posisi van tu di atas jalan.

Agaknya, antara benda lain yang menarik pasal muktamar ni ialah.... dapat beli buku "Pemikiran Sistemik" karya Bro. Fazrul Ismail. Kalau siapa² yang tak pernah dengar, sila² la mencari ye. Insha-Allah, ada manfaatnya dan ada satu perkara baru yang cuba beliau (Bro. Fazrul) cuba tonjolkan kepada para pembaca dalam kehidupan kita yang memerlukan sistem untuk mejalani perjalanan atau perlayaran hidup kita sehari².

Nampak gaya kena berundur setakat ini dahulu, masa di Atlanta ni cepat sejam sebab dalam timeline yang berbeza. Jadi kena rehatkan diri lebih awal (padahal dah lena pun tadi masa orang lain tengah buat persembahan ;p). Moga bermanfaaat.

Salam dari Atlanta, GA

Tuesday, December 23, 2003

Perjalanan Hidup

Hari demi hari dirasakan kerja tu mendatang dengan mendadak. Kerja yang tak pernah diduga akan dilakukan waktu cuti² sekolah ni. Rancangan awal untuk belajar itu ini pun tak berjalan kerna masa tak digunakan dengan optimum. Antara benda best yang penah dilakukan adalah main Final Fantasy 10, main Prince of Persia version cik cube Joe, praktis guna pen mouse dapat la sedikit sebanyak buat kartun² yang buruk. Tahap beginner la katakan. Semalam pun berkesempatan beli drawing instrument tapi beli pensel dia je sebab sketch book dah la ada cuma tak tersentuh. Kena gaya nanti memang nak kena praktis lukis nih, nak lawan "Abe" member dari sunway college dulu. Boleh kan Abe, kita fight okay?

Kejap lagi perjalanan hidup merentas benua akan dimulakan sekali lagi. Bulan Jun lalu kami 'sekeluarga' Marquette merentas ribuan batu menuju Florida semata-mata kerna ingin menjejakkan dunia fantasia di Disneyland kat Orlando. Lebih dari sehari masa diri kami semua diberadakan di dalam perut kereta dan van. Naik muak kalau jadi passenger, betul ke kawan2? Saya ni drive sambil minum Gatorade kaler biru, SEDAP!!! Masa balik, tak sorang pun jaga melainkan driver (saya la tu), terlalak la kesorangan bersama radio yang menemani kesunyian, yang lain semuanya lena dibuai mimpi, jeles seketika hehe... Tak mengapa, perjalanan hari ini pasti bukan begitu kesudahannya. Dahulu hanya drive berpermit kini tiba masa drive berlicense, yeah!

Teman², sahabat², adik abang kakak semua, diri ini mohon ampun dan maaf. Moga perjalanan ini selamat dan kita dapat bertemu kembali. Moga kalian juga selamat dalam perjalanan hidup sehari-hari. Doaku buat kalian.

Tiba masa menggerakkan diri. Insha-Allah catatan ini bukan di sini noktahnya, masih ada masa lagi untuk meneruskan koma yang akan menutupi catatan ini. Hari esok pasti ada jika DIA izinkan :)

wassalam

Saturday, December 20, 2003

Kuih TIRAM ASLI

Bahan
600gm tepung gandum
2 cawan gula halus
2 cawan air panas suam
1 camca teh serbuk penaik
2 biji telortelur
1 botol minyak untuk menggoreng

Inti
1/2 cawan minyak kelapa & dipanaskan dalam kuali. Tuang 1/2 cawan tepung gandum (digoreng hingga kuning) dan kemudian disejukkan.

Cara
1) Pukul telur hingga kembang. Kemudian masukkan tepung gandum bersama serbuk penaik & uli dengan air hingga lembut.
2) Canai nipis-nipis & sapu intinya kemudian digulung untuk dipotong. Canai semula sebelum ianya digoreng.
3) Apabila warnanya bertukar kekuningan angkat & toskan minyak. Biarkan ianya sejuk seketika sebelum ditabur gula halus di atasnya.


Sumber: Tak ingat la, yang pasti majalah dari mesia kat umah Kak Nana

Thursday, December 18, 2003

Abis Stok

Waa, dah gian sangat nak dapatkan Kodak DX6330 nih, masuk arini dah dua kali dah pegi kedai dan stok habis. Femes sangat tuh, maybe sebab price pun mengancam best, functionality dia pun macam gempak gak. Nak kena tunggu weekend ni la nampak gaya sebab katanya stok sampai maybe sabtu malam. Tak sangka plak kawan tadi siap keluarkan idea ekonomi, kita sendiri pun tak terpikir pasal elasticity masing-masing belajar ekonomi, walaupun kita yang major in econs dia plak yang lagi terpikir macam tu, hehe malu seketika.

Takpe, ada chance dapat la tu nanti. Esok dah jumaat kejap je tu, kena ada kamere nih sebab nak jalan gi Atlanta.

wah sejak bila rasa nak tulis blog balik ni, dulu dah jadik malas cuti ni dah membosankan sangat, patutnya kena cari kerjal lain. Perancangan nak buat itu ini tak terbuat pun lagi sebab letih sangat akhir-akhir ni. Tula, melukis pun tak praktis lagi ni, cuti plak rasa macam singkat je. Masa berlalu pantas, tak perasan pun dah dekat setahun menjejakkan kaki kat negara orang ni. Tinggal lebih kurang 11 hari je lagi maka genaplah setahun menjejakkan kaki kat negara ongputih nih. Alhamdu lillah, panjang lagi umur sebab setahun pun dah berlalu bagaikan secelik mata ;)
Sonata Musim Sejuk

Alhamdu lillah flu dah kurang, kesan yang ada hanya setakat selesema biasa. Saya selesema la cikgu :D Boring² pun alhamdu lillah masih ada kerja, kerja-kerja untuk muktamar masih dalam proses. Masih menanti respon dari yang lain, kerja bahagian penerbitan yang diterima baru ni pun alhamdu lillah tak banyak mana, tapi akan jadi banyak bila semua proses persiapan untuk publication telah disiapkan. Muktamar apa? Muktamar MISG-IMSA. MISG tu ape? IMSA tu ape? haa carik sendiri :D

Tadi pergi Bestbuy, konon² nak cari barang tapi tak dapat sebab dah habis stok. Sesampai kat rumah refresh je Internet Explorer alhamdu lillah, result sem ni dah keluar :) Result jatuh juga, tapi alhamdu lillah I deserve that sebab sem ni pun macam tak berapa teratur dengan baik, memang totally disordered. Insha-Allah, kena usaha untuk yang mendatang. Pandulah diri hambaMU ini Ya Rabb...

Tadi first bawak kereta member rumah atas, keras pedal clutch dia, tapi best. Lagi pun baru la merasa perasaan tenang bawa kereta ada lesen. Biasa bila drive tanpa lesen rasa seram sejuk juga. Tu pun siap skidding tu tayar keta masa nak keluar dari simpang sebab tak biasa memula tu bawak kereta tu, lagi plak musim sejuk jalan pun berais tu sebab skidding. Alhamdu lillah biasa je, memang boleh kata first time bawa kereta time sejuk² ni (or maybe second time hehe). Pengalaman la orang kata drive di musim sejuk ni.

Sebut musim sejuk ni ingat plak citer jiwang Winter Sonata. Citer femes la katakan, tapi tau ke maksud sonata? Dulu belek² kat surat kabar, Hyundai Sonata pnye iklan dia tulis 'melodi', betul la kot melodi, kena tanya orang korea nih hehe...

Alamak takleh nak citer dah sebab pening. Sihat, sihat juga tapi kesan masih ada. Pening dan batuk ada la sikit, ni macam mana nak jalan ni nanti. Tengok la, kalau sihat kita pergi, kalau tak kirim salam perjuangan pada yang lain :p

Tuesday, December 16, 2003

Subject: 7 Keajaiban Dunia


Sekelompok siswa-siswi kelas geografi sedang mempelajari "Tujuh Keajaiban Dunia." Pada awal pelajaran, mereka diminta untuk membuat senarai apa yang mereka fikir merupakan "Tujuh Keajaiban Dunia" ketika ini. Walaupun ada beberapa ketidak-sesuaian, sebahagian besar senarai diperolehi:

1) Piramid
2) Taj Mahal
3) Tembok Besar Cina
4) Menara Pisa
5) Kuil Angkor
6) Menara Eiffel
7) Kuil Parthenon

Ketika mengumpulkan senarai pilihan, pensyarah memperhatikan seorang pelajar, seorang gadis yang pendiam, yang belum mengumpulkan kertas kerjanya. Jadi, pensyarah bertanya kepadanya apakah dia mempunyai kesukaran membuat senarainya.

Gadis pendiam itu menjawab, "Ya, sedikit. Saya tidak dapat memilih kerana sangat banyak."

Pensyarah berkata, "Baik, katakan pada kami apa yang kamu miliki, dan mungkin kami dapat membantu memilihnya."

Gadis itu ragu sejenak, kemudian membaca, "Saya fikir, "Tujuh Keajaiban Dunia" adalah,

1) Dapat melihat,
2) Dapat mendengar,
3) Dapat menyentuh,
4) Dapat menyayangi,

Dia ragu sebentar, dan kemudian melanjutkan,

5) Dapat merasakan,
6) Dapat tertawa,
7) Dan, Dapat mencintai

Ruang kuliah tersebut sunyi seketika. Alangkah mudahnya bagi kita untuk melihat pada eksploitasi manusia dan menyebutnya "keajaiban". Sementara kita lihat semua yang telah Tuhan kurniakan untuk kita, kita menyebutnya sebagai "biasa". Semoga anda hari ini diingatkan tentang segalanya yang betul-betul ajaib dalam kehidupan anda.


________________
SUBHAANALLAH!
source: ML Hira'

Saturday, December 13, 2003

Kesihatan Jarang Disyukuri

Alhamdu lillah exam dah habis. Lama dah tak spend time betul² menaip nih. Semester pun dah tamat, exam final pun dah habis. Saja je tadi masuk² orang lain punya blog, alih² empunya blog dengar kabar demam. Demam ni sebahagian dari api neraka, eh betul ke, rasanya inilah yang didengar dulu masa khutbah jumaat suatu ketika dahulu, kalau tak silap ada kisah di zaman Rasulullah dahulu mengenai demam. Tapi dah tak ingat ceritanya bagaimana, yang ingat demam ni sebahagian dari neraka lebih kurang macam tu la rasanya, those yang pergi khutbah jumaat kat MIC - Milwaukee Islamic Center ingat tak? Kalau salah betuikan ye?

Hmmm, demam oh demam. Kongsi pengalaman final subjek Cinta Sophia (Philosophy) pagi tadi, tak sangka la pula masa nak jawap exam rasa nak selesema, batuk pun batuk juga dah tekak pun kerin. Lepas tu, ya Allah, hidung 'menangis' dari mula exam sampai keluar dari building. Tak dapat nak cover, nak tahan pun tak boleh sebab bernafas guna hidung dah tak boleh langsung. Ada sekali tu, lajunya 'air mata' hidung sampai menitis pada kertas jawapan. Ya Allah, kenapa aku 'menangis' ketika ini? Sihatkah aku? Sihat je, pagi tadi takde pape pun.

Balik je exam, hmmm memang betul² lepas abis exam badan dah tekan 'alarm' katanya makin panas. Masa pergi Solat Jumaat, keluar selamba je pakai t-shirt tanpa pakai sweater atau jaket, walhal suhu tatkala tu dah sampai -ve belas². Siapa sangka, tak rasa sejuk pun, malah rasa selesa. Pelik! Sah la ada yang tak kena. Balik je solat, 'alarm' dah kuat sangat dah, berkali-kali buat tak endah je. Alih², sah 'pengsan', tidur mati terus sebab dah tau badan tak sihat. Bangun², barulah mengaku yang diri ni demam rupanya. Tapi degil jugak tu, demam² boleh main PS2 sampai abis satu game hehe, tak sangka main baper jam je terus dapat khatam game. Crash Bandicoot nama game tu, adik² kat umah mesti ingat sebab dulu kitorang main sama² lagi game tu. Mat, Man, Auq, Jau, korang nak main tak game tu? meh la datang sini hehe....

Ops, kena rehat ni. Berlagak sungguh, demam² tanak mengaku demam. Tadi siap ada offer pegi umah Abang Wan, tapi tak jadi la nak pegi kang buat susah je stay sana sebab kita tak sihat.

---macam biasa, hari² berlalu tinggal kat umah sorang².... dah semua housemate jenis bukan duduk rumah bila ada masa kosong. Pergi mana tak bagitau pun, pegi wayang? Hehe tak minat :p Nampaknya, kena la jaga diri sendiri. Nak mintak tolong apa² bukan ada orang pun kat rumah. Apa la nasib badan :D Alhamdu liLLAH, kini giliran sakit pula menyusul, insyaALLAH mentari sihat kan muncul kembali... ALLAHumma asy-fee (Ya Allah Ya Tuhanku, sihatkanlah diriku ini) :) alamak, hidung menangis lagi, tandanya kena stop. -dot-

Thursday, December 11, 2003

Hati Unta untuk *KUAT* - DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

Semasa saya bermalam di Mina untuk menyempurnakan rukun haji pada tahun 1996, seorang ustazah Tabung Haji telah mencanangkan hati unta sebagai amat berkhasiat untuk orang lelaki.

Mula-mula mendengar teriakannya itu bukan saya sahaja yang tersenyum. Bahkan ada yang tertawa kecil, tertawa besar pun ramai juga. Tidak kurang yang terdiam, terpegun seolah-olah tidak percaya dengan apa yang diiklankan oleh ustazah berkenaan. Tapi tak kurang juga yang menyampuk 'iklan-iklan' ustazah itu.

Meskipun kami jemaah-jemaah haji, tapi apabila tinggal beramai-ramai dalam sebuah khemah gelagat lelaki tetap sama. Walaupun pakaian ihram masih menyaluti tubuh, tapi bab-bab 'berkenaan' tetap menceriakan.

"Siapa nak hati unta. Bagus untuk orang lelaki ni!" iklan ustazah itu lagi sambil menjulang-julang seketul hati unta.

"Bagus macam mana tu?" tanya satu suara.

"Bagus apa lagi. Tak kan tak faham," sahut satu suara lain. Semua orang ketawa.

"Siapa nak?" tanya ustazah itu lagi.

"Saya! Saya! Saya!" Ramai sekali orang yang mengangkat tangan.

Ustazah itu pun memotong hati unta berkenaan kecil-kecil lalu membahagi-bahagikannya kepada semua orang yang telah mengangkat tangan, termasuklah saya. Dalam pada itu ada juga orang yang tamak dan mahukan bahagian yang lebih besar. Tidak kurang juga mereka yang berteriak-teriak untuk menarik perhatian ustazah itu. Agaknya masing-masing berfikir, peluang dapat makan hati unta untuk khasiat lelaki mungkin tak ditemui lagi. Kalau ada pun terpaksa beli.

"Free ke ustazah?" tanya seseorang.

"Ya," jawab ustazah itu.

Mendengar perkataan free semakin ghairah kami mengangkat tangan, cuma tak sampai berebut-rebut saja. Hai, keadaannya hampir samalah macam budak tadika diumpan gula-gula.

"Semua dah dapat?" tanya ustazah itu.

"Dah!!!"

"Eh, macam mentah je," adu seseorang.

"Mentah ke ni ustazah?"

"Ya, mentah," jawab ustazah.

"Habis, macam mana nak makan?"

"Makan sajalah."

"Makan saja? Mentah-mentah?"

"Iya, mentah-mentah," jawab ustazah lagi.

"His!"

Agak riuh juga keadaan dalam khemah itu. Masing-masing lihat melihat, siapa dulu yang akan makan hati unta itu mentah-mentah. Kami sempat mentertawakan mereka yang tamak tadi. Hati unta segumpal dalam tangan mereka. Nak makan begitu sajakah?

"Hah, jangan dibuang. Bukan senang nak dapat ni. Hanya di sini kita dapat hati unta. Balik nanti, jangan harap!" kata ustazah.

"Tak boleh masak dulu ke ustazah?"

"Tak boleh. Nanti khasiatnya hilang. Awak semua kan nak khasiatnya."

Semua orang tergelak. Bijak sungguh ustazah itu mengenakan kami. Kalau dia beritahu dulu hati unta itu mesti dimakan mentah-mentah tentu tak ramai yang angkat tangan. Sekarang hati unta mentah sudah di tangan. Nak buang tak boleh. Habis, kena makan jugakah?

Dalam tertoleh-toleh itu kami nampak seorang lelaki yang memejamkan mata dan terus memasukkan hati unta mentah ke dalam mulutnya. Dia mengunyah dengan pantas. Wajahnya kelihatan kerut-merut.

"Tak apalah asalkan kuat," katanya menyebabkan kami semua ketawa berkekeh-kekeh.

Seorang demi seorang mengikut cara lelaki itu makan. Pejam mata, buka mulut dan sumbat ke dalam, kunyah cepat-cepat dan telan! Huwekkk...

Acara makan hati unta beramai-ramai itu memang meriah. Tak cukup dengan gelak ketawa kami giat menggiat antara satu sama lain. Maklumlah, kebanyakan orang yang tinggal sekhemah dengan saya terdiri daripada yang datang seorang diri, 'bujang' tak bawa isteri.

Tapi pendorong terkuat setiap orang adalah 'kuat' yang dijanjikan. Entah kuat apa, tak pulak ustazah itu menerangkan. Dah datangnya daripada ustazah tentulah kami semua percaya.

"Semua dah makan?" tanya ustazah.

"Dahhh!!!" jawab kami serentak.

"Sedap?"

"Rasa untalah ustazah," jawab seseorang.

"Hati unta tentulah rasa unta, takkan rasa kambing pulak," jawab ustazah. Kami semua tergelak.

"Betul semua dah makan ni?" tanyanya lagi. "Ada sesiapa nak lagi. Banyak lagi ni."

Tak seperti tadi, sekarang masing-masing ketawa sendiri dan tiada siapa mengangkat tangan.

"Hai, barang free tak nak ke? Tak nak kuat ke?"

"Biarlah tak kuat ustazah...," balas seseorang. Semua orang ketawa.

"Sekarang saya nak cerita khasiatnya," kata ustazah itu.

"Eh, tadi kan dah cerita?"

"Saya belum habis cerita, awak semua dah bercicit macam anak ayam.

"Saya bagilah...," jawab ustazah itu.

"La..., ada khasiat lain ke?"

"Ada, banyak khasiatnya. Kalau nak tahu hati unta ni kalau dimakan mentah-mentah nanti balik jadi baik macam unta."

"Ha???" Semua orang tergangga.

"Tengoklah unta, baik saja. Tak mengamuk, tak membantah. Tahunya buat kerja.Bergerak pun lambat. Bersopan santun," kata ustazah.

"La, jadi ustazah nak jadikan kami macam untalah?"

"Eh, unta kan bagus. Orang lelaki ni kalau ikut resam unta aman dunia."

Kami benar-benar berasa lucu sendiri. Bijak sungguh ustazah itu memainkan peranannya. Kalaulah dia berkata begitu pada awal-awal tadi, tentu kami tak ingin telan hati unta mentah-mentah.

Pengajaran apa yang mungkin tersirat dalam kisah benar ini, saya serahkan pada puan-puan dan juga tuan-tuan (sebab MW dibaca juga oleh kaum lelaki) untuk memikirkannya. Cuma saya ingin katakan, kebijaksanaan kita boleh mengubah sesuatu yang tidak mungkin dan juga mustahil.

from: my beloved dad
Madah Imam Shafie

Bermadah itu indah, bermadah itu manis, bermadah itulah aktiviti minda yang melatih kita mendalami kematangan kita mengenai kehidupan kerana gambaran hidup disimpulkan dalam huruf dan simbol. Renungkanlah antara madah-madah Imam Shafie ini, moga bermanfaat...

" Perhiasan ulama itu ialah takwanya, keelokannya akhlak mulia dan kecantikannya murah hati.
" Tidaklah berjaya seseorang itu dalam menuntut ilmu melainkan dia berada dalam kekurangan.
" Tidak ada aib yang lebih buruk bagi seseorang ulama, selain daripada kesukaannya terhadap perkara yang tidak disukai oleh Allah
" Ilmu itu bukannya yang dihafal, tetapi yang memberi manfaat.
" Kemiskinan ulama itu disebabkan Faqrul Ikhtiyar (kerana pilihan),sedangkan kemiskinan orang bodoh itu disebabkan Faqrul Idhthirar (kerana terpaksa).
" Barang siapa ingin hatinya diterangkan oleh Allah, hendaklah dia banyak berkhalwat (menyendiri), mengurangkan makan, tidak bergaul dengan orang bodoh yang buruk pekertinya, serta tidak berkumpul dengan kalangan orang berilmu yang tidak mempunyai keinsafan dan adab.
" Orang yang berakal itu adalah orang yang diikat oleh akalnya daripada segala perbuatan tercela.
" Tanda persahabatan itu hendaklah menjadi teman terhadap teman sahabatnya dan menjadi musuh terhadap musuh sahabatnya.
" Tidak ada kegembiraan yang menyamai perjumpaan dengan sahabat dan tidak ada kesedihan yang menyamai perpisahan dengan mereka.
" Barang siapa menasihati saudaranya secara diam-diam, bererti dia menginginkan kebaikannya.
" Barang siapa menasihati saudaranya di tengah khalayak ramai, bermakna dia telah membuka rahsia saudaranya dan memburukkan namanya.
" Barang siapa yang tidak dimuliakan oleh takwa, maka tidak ada kemuliaan baginya.
" Jangan anda berbicara sesuka hati kecuali perkara yang perlu saja kerana kalau anda ucapkan satu kalimat saja bererti kalimat itu telah menguasai anda dan anda tidak boleh menguasainya.
" Bersahabat dengan orang yang tidak takut celaan, sebenarnya lebih tercela.
" Menuntut kemewahan duniawi itu adalah suatu seksaan yang ditimpakan Allah kepada Ahli Tauhid.

Wednesday, December 10, 2003

Balik Mesia???

Pagi tadi ntah kali keberapa mimpi balik mesia. Rindu sangat kot kat tanah air nih... kali ni paling best kot tapi tak ingat sangat cuma rasa lagi puas hati. Tak silap this time dapat jalan banyak tempat, jumpa ramai orang dan banyak benda yang berlaku. Sedar² mimpi je... ops, tidur tak baca doa patut la, letih sangat kot tak pun banyak buat dosa sampai lupa pada Tuhan, tapi bagus jugak bangun pagi buta belum subuh, dapat la sahur. Alhamdu lillah, hari takde exam ni kena puasa sebab kena kawal nafsu. Sejak akhir² ni nafsu makan kuat, astaghfiruLLAH, kena kawal ni nanti gemuk eh silap nanti sakit, "perut adalah punca penyakit", tu yang kena beringat. Cancer, Diabetes, Heart Attack, dan banyak lagi sakit kronik banyak sebab tabiat pemakanan atau cara hidup... ala senang kata sebab perut. Sekarang ni pun dah jarang exercise, selalu kata nak pegi gym nak pegi gym tak pegi jugak. Tak boleh jadi ni sebab hak pada badan tak ditunai dengan baik, kalau nak cerdik kena cerdas "Al-'Aqlu as-Saleem fi al-jismi as-Saleem" tu tips nak jadi bijak, jangan main² penting tu sebenarnya, bukan kena exercise otak je tapi kena juga exercise fizikal baru la jadi student BESTARI (kata Cikgu Kaseri, cikgu sains kat KISAS dulu², BESTARI ni maksud dia "best all round individual" itu la matlamat sekolah BESTARI, ooo camtu rupanya). Ingat BESTARI tu maksud dia cemerlang dan bagus dalam study je, rupa²nya lebih dari tu, patut la matlamat sekolah BESTARI nak jadikan pelajar independent learner.

"Laaa, sekarang ni ko dah jadi independent learnener dah!! Hmmm apa lagi, pegi buat revision!!!"
"Adeh², sakitlah! Taulah aku, tulis blog kejap je haa sebab nak ngarang apa pun takleh time ni, ngarang blog je leh la."
"Ooo, blogging okay je... tapi jangan lebih² plak. OK?"
"Onggeh." (Onggeh = OK <--- bagi sape yg tak paham la. Banyak bahasa pelik yg diinvent masa kecik² dulu hehe)

JOM REVISE, TWO (2) PAPERS JE LAGI!!!

Segala baik buruk takkan mendatangi kita tanpa keizinanNYA, jadi usahalah wahai diriku dengan mengharap rahmat dan 'inayah (bantuan) daripadaNYA
Okeh, gambate, bittaufeeq, alayk binnajaah, good luck, all da best, u can do it! yeah!

Tuesday, December 09, 2003

Jau Adik Bongsu Moeh


Jau: Moeh, ko jumpa Clark Kent tak?
Moeh: Tak jumpa la (aik, sejak bila tau Clark Kent nih?)
Jau: Ala, takkan tak jumpa Clark Kent yang Smallville tu?
Moeh: Tak jumpa sebab Smallville tu jauh (ooo tau dari Smallville rupanya, kelentong sikit padahal tak tau Smallville kat mana, wujud ke Smallville tu?
Jau: Lex pun tak jumpa jgak ke?
Moeh: Tak jumpa, sebab tempat tu jauh sangat. (isy, cepat benar budak ni membesar, kuat plak ingatan dia pasal TV nih)
Jau: Oooo yeke... eh Moeh², belikan kasut roda.
Moeh: Haa boleh je, kaki saiz baper? (Alamak, dah kata boleh ni kena beli la nampak gaya)
Jau: Ermmm baper ye? Eh kaki orang Ayie saiz baper (tanya kat orang² lain yg ada kat umah)? 30 kot?
Moeh: Eh baper? (aha, ada jugak dia tak tau lagi, tapi cepat sangatlah dia membesar)
Jau: Eh tak tau la berapa saiz kaki orang.
Moeh: Hmmm, takpe² nanti orang tengok la mana yang sesuai? (Isy nak beli ke idak nih hehe)

Perbualan sedikit sebanyak dengan adik bongsu sebelum pegi exam tadi. Isy, cepat bebeno bebudak ni membeso. Awat cepat sangat nih? Aik, dah dekat setahun dah pun, patut la, tak perasan masa berlalu. 20 Hari lagi genaplah setahun menjejakkan kaki kat negara ongputih nih. Bila dengar adik cepat besar ni, sukar nak membayangkan apa yang dah berlaku walaupun dapat dengar cerita dari tepon, tapi tak sama dengan mengalaminya.

"Orang yang lebih bijaksana itu orang yang belajar dari pengalaman orang lain berbanding orang yang (sudah atau cuba) mengalaminya" - pepatah ongputih
So, kena la pandai imaginasi tinggi² kalau nak merasa pengalaman orang lain. Jangan jadi bodoh nak cuba merokok, belajar je dari pengalaman orang lain, tak perlu nak mencuba merokok, okay? Macam tu juga benda lain, belajar dari pengalaman orang lain. As Muslims, we learn from Seerah and the life of Prophet's companions Allah Knows Best

Sunday, December 07, 2003

Ya Allah kenapa la malas sangat nih
Boleh ke setakat yakin dengan bantuanMu tapi aku tak usaha?
Tak boleh jadi nih kena cuba persiapkan diri
Isy, kuatlah diriku kuatlah.. kuat kuat kuat...
Ala, jawab exam tu pun usaha jugak...
Ish situ pulak pikirnya
Usaha sebelum pun kena ada jugak
Jawab exam tu usaha semasa
Doa pulak usaha selepas
Owh ada 3 peringkat rupanya baru perasan
Usaha usaha usaha ya nafsi
Apsal lemah sangat nih
Tinggal sehari je lagi ni satu apa pun tak gerak ni
Masa terbuang macam tu je, usaha usaha usaha wahai diriku
Ya Allah bantulah diriku ini
Ya Allah kuatkanlah diriku ini
Ya Allah pandulah diriku ini
Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah
Moga ku tak lupa untuk terus bergantung kepada rahmat dan kasih sayangMu
Ya Allah, bantulah aku untuk terus ingat, syukur, dan beribadah kepadaMu

Friday, December 05, 2003

Pernah Tak Kita Fikir??

Pernah tak kita fikir
Apakah kesan tindakan kita pada orang lain?
Nak ke kita jadi promoter pergaulan bebas lelaki perempuan?
Nak ke kita promote dosa kat orang lain?
Sedar ke kita pulangan buat kita bila kita ajak orang lain pergi tengok wayang?
Sedar ke kita bila kita ajak orang lain tengok movie dan apa pulangannya?
Sedarkah kita apa saham kita bila kita ajak kawan kita buang duit beli buku atau CD merapu?
Bila mulut kawan kita ternganga, apala agaknya milik kita?
Bila mata mereka terbeliak, apala agaknya kan kita miliki?
Bila mulut derang terlalak-lalak, apa la yang akan jadi milik kita?
Bila orang baca penulisan kita, apa yang kita promote?
(Kalau orang baca blog kita astaghrifullah, semuanya liLLAHi Ta'ala insyaALLAH)
Bila orang baca hasil fikiran kita, apa yang kita bina sebenarnya?
Talian dosa atau talian pahala? Kita fikir ke tak ni?

Pernah tak kita pikir
Kita ajak kawan kita tu kita promote kesinambungan pahala atau kesinambungan dosa?
Kalau kita buat dosa sorang² tak pe lagi kot, tapi sendiri tanggung la
Tapi bila kita promote dosa kat kawan kita, bukan ke kita tumpang saham dia
Atau kata lain dia bagi saham pada kita sebab kita yang jual
Kita yang jual cara dan punca pada mereka, bila mereka beli dengan amalan
Terang-teranglah pulangan dia kita pun nikmati...
Ei takkan kita tak pernah pikir kot?
Paling simple pun, kalau kita nak buang masa, nak ke kita ajak kawan kita?

Selalu aku terfikir
Kalau aku promote orang dengar IKIM atau ERA mana lagi baik? Lebih kurang je dua² tu...
Kalau aku promote orang tengok TV RTM, dosa ke pahala yang akan sangkut kat aku? Banyak dosa je tu...
Kalau aku ajak kawan aku tengok TV, siaran dosa ke siaran pahala yang aku ajak dia join? Banyak dosa jugak tu...
Kalau aku bercakap, baik ke buruk yang kawan aku akan dapat? Dosa ke pahala yang aku semai?

Kenapa aku fikir
Aku fikir macam ni dan macam tu sebab aku terfikir satu hadith Rasulullah SAW (yang aku sayangi)
"Sebaik-baik individu yang paling bermanafaat kepada selainnya (mafhum hadith)."
Aku terfikir, dapat ke aku jadi macam tu?
Boleh ke aku jadi macam tu?
Sempat ke aku jadi macam tu?
Fikir fikir juga, buat tu jangan lupa
Cakap-cakap juga, amal tu jangan lupa
Renung-renung juga, ambil iktibar tu jangan leka
La'allakum tatafakkaruun (Moga kamu semua berfikir)
Moga aku kan terus berfikir

_____________________________________________________________
Apakah buah yang berputik dari fikiran aku ni bermanfaat pada orang lain?
Dulu ada seorang kawan, katanya jarang dengar radio, kini kat blog dia pun dah ada radio
Adakah ianya sebab diriku? Adakah ianya sebab perkongsian pengalamanku?

Sumber: Nukilan (precisely komen) seorang sahabat padaku

Tuesday, December 02, 2003

Sekutu Amerika Syarikat rebus ulama sampai mati


JASLIK (Uzbekistan): Seorang ulama Uzbekistan, Muzafar Avazov yang ditahan atas sebab politik, mati dalam sebuah penjara Uzbek akibat diseksa, termasuk direbus dalam air panas.

Malah, mayat Muzafar, 36, yang didakwa pelampau agama dan tahanan politik yang juga satu pertiga jumlah keseluruhan banduan penjara itu, turut mempamerkan ciri seksaan lain dengan semua giginya patah dan kuku tangannya dicabut.

Bagaimanapun, ketua penjara itu, Alikhaidar Kolumbetov yang duduk di atas sebuah kerusi emas, memberitahu wartawan semua banduan dilayan dengan baik dan hidup selesa.

“Penjara ini tidak ubah seperti pusat kesihatan dan banduan menikmati makanan yang enak dan dibenarkan bermain bola. Semuanya baik di sini,” katanya kepada wartawan agensi berita Reuters yang mengunjungi Penjara Jaslik yang terletak di sebuah kawasan gurun di barat Uzbek.

Dia juga menafikan dakwaan banduan di penjara itu dikasari dan mendakwa mereka mati kerana penyakit. Malah Kolumbetov juga tidak membenarkan wartawan Reuters memasuki kebanyakan kawasan penjara itu.

Namun, ibu Muzafar yang mendiami sebuah kawasan di Tashkent, ibu negara Uzbek, kira-kira 1,000 kilometer jauhnya dari penjara itu, tidak percayakan kata-kata Kolumbetov itu.

“Buktinya, lihatlah apa yang mereka lakukan kepada anak saya di Jaslik. Mereka seksanya di sebuah bilik bawah tanah dan memasukkannya dalam air panas,” kata Fatima Mukadyrova, 61, teresak-esak sambil menunjukkan gambar mayat Muzafar yang penuh dengan kesan melecur yang teruk, cedera dan lebam.

Malah, gambar itu dengan jelasnya memaparkan mayat Muzafar dengan jarinya tidak berkuku dan hampir semua giginya patah.

“Pegawai keselamatan mahu mengebumikan mayatnya seberapa segera bagi mengelak sebarang publisiti. Saya berasakan anaknya yang masih belum lahir harus melihat bapanya, tidak kiralah bagaimana rupa dan keadaannya. Oleh itu, seorang lagi anak lelakinya mengambil gambar ini.”

Uzbekistan sememangnya menikmati hubungan baik dengan Washington sebagai pertukaran kepada sokongannya terhadap kempen ketenteraan Amerika di Afghanistan.

Aktivis hak asasi manusia pula berkata penindasan dan seksaan ke atas tahanan politik, terutama atas sebab keagamaan, sememangnya biasa di negara itu.

Malah, sebuah badan hak asasi manusia antarabangsa, Human Rights Watch (HRW) menganggarkan ada sekurang-kurangnya 6,000 tahanan politik dan agama di Uzbekistan dan lebih 10 kematian tahanan terbabit dalam penjara akibat diseksa sejak November 2001.

“Kita sudah memfailkan kes seksaan itu yang turut membabitkan kanak-kanak dan mereka lain hanya kerana mereka membangkitkan kes itu di mahkamah. Apa yang menyedihkan, kejadian itu masih berterusan,” kata wakil HRW, Theo van Boven.

Presiden Islam Karimov, yang mentadbir Uzbekistan sejak era Soviet Union, pula enggan mengecam kekejaman itu dan cuba berkata dia perlu tegas menangani pelampau Islam di negara Islam itu.

Seorang tahanan Muslim lain, Nodir Sarimsakov, yang menjalani hukuman penjara 16 tahun kerana ‘melanggar Perlembagaan’ mengesahkan seksaan ke atas banduan sememangnya satu perkara biasa.

"Sehingga lima enam bulan lalu, kejadian memukul atau membunuh sememangnya berlaku di penjara ini,” katanya.

Namun, seksaan itu ternyata tidak menjejaskan pengaruh Parti Hizbul Tahrir yang pro Islam dan mahukan undang-undang Syariah diperkenalkan di negara itu.

Malah sekumpulan penyokong parti itu yang ditahan di Penjara Jaslik ternyata tidak dapat menyembunyikan rasa marah dan kesal terhadap hubungan akrab Presiden Islam dengan Presiden George W Bush dan Perdana Menteri Britain, Tony Blair.

“Anda dari Reuters? Britain? Sila beritahu Blair dan Bush apabila kami dapat menguasai negara ini, mereka akan kami pertanggungjawabkan le atas kekejaman di Bosnia, Afghanistan dan Iraq, serta sokongan mereka ke atas pembunuhan umat Islam Chechnya dan Uzbekistan,” kata Akram Ikromov, 29, yang dikenakan hukuman penjara 18 tahun.

“Allahu Akbar!” laung kumpulan itu sambil mengenggam tangan di udara sambil diperhatikan pegawai penjara Jaslik. – Reuters
_________________________________________
source: Berita Harian Online (Rabu - Dec 3, 2003)
apakah reaksi kita? Sejauh mana rasa tanggungjawab kita terhadap human rights dan Muslim rights?