Sunday, December 28, 2003

Bermuktamar di Atlanta

Hari ni malam akhir Muktamar MISG-IMSA di Atlanta, GA. Alhamdu lillah things kat sini semuanya baik² belaka. Kehadiran agak baik, even tiada perkara yang tidak diingini berlaku sewaktu perjalanan muktamar. Menarik kerna dapat bertemu dan belajar dari ramai orang, terutamanya dari saudara² dari Indonesia. Salah satu presentation yang masih ingat adalah satu proposal yang disampaikan oleh seorang muslimah Indonesia yang juga pensyarah di Purdue University. Perihal pendidikan berasaskan komuniti atau "Pendidikan Berbasiskan Komunitas", iaitu satu sistem pendidikan yang bergantung kepada setiap individu dalam masyarakat itu sendiri untuk mendidik dan memberi sumbangan kepada perkembangan individu-individu dalam komuniti itu sendiri. Hal tersebut sebenarnya dikatakan salah satu kejayaan yang dilakukan oleh sistem pendidikan di US ini. Sambil² mendengar, teringat pula pada bi'ah solehah (suasana yang baik) yang dapat kita perolehi bila mana kita berdamping dengan orang² soleh dan solehah atau dalam erti kata lain iaitu suhbah solehah (berkawan/berdamping dengan orang² baik).

Tadi sepatutnya ada persembahan, tapi tak dapat nak menghadirkan diri walhal kena berlakon. Entah, badan ni letih. Bangun² pun ingat macam dah tak sihat sebab batuk², tapi seketika je. Alhamdu lillah dah okay sekarang ni. Insha-Allah, kena gaya nak berjalan lagi. Target baru: 1) Men Ski dan ziarah di North Carolina, atau, 2) Melajakkan diri ke FL. Kemungkinan besar akan ke North Carolina dan yang pasti kena pergi, Lehigh University sebab kena hantar beberapa pelajar Lehigh pulang.

Kongsi sikit pengalaman memandu ke Atlanta, tak pernah dalam hidup membawa lori. Eh, tapi bukan bawa lori ke Atlanta. Cumanya merasa memandu van yang saiznya boleh mengalahkan lori, muatan penumpang 15 persons. Takut juga mula² tu, tapi lama² boleh tahan tak la susah mana, nampak je besar tapi side mirror kan ada, so tak susah nak pastikan posisi van tu di atas jalan.

Agaknya, antara benda lain yang menarik pasal muktamar ni ialah.... dapat beli buku "Pemikiran Sistemik" karya Bro. Fazrul Ismail. Kalau siapa² yang tak pernah dengar, sila² la mencari ye. Insha-Allah, ada manfaatnya dan ada satu perkara baru yang cuba beliau (Bro. Fazrul) cuba tonjolkan kepada para pembaca dalam kehidupan kita yang memerlukan sistem untuk mejalani perjalanan atau perlayaran hidup kita sehari².

Nampak gaya kena berundur setakat ini dahulu, masa di Atlanta ni cepat sejam sebab dalam timeline yang berbeza. Jadi kena rehatkan diri lebih awal (padahal dah lena pun tadi masa orang lain tengah buat persembahan ;p). Moga bermanfaaat.

Salam dari Atlanta, GA

0 Comments:

Post a Comment

<< Home