Saturday, January 31, 2004

. . . . (No title)

Tak tau nak share apa untu kali ini. Yang tahunya, semalam sejuk tahap tulang, sampai 5 lapis baju telah kusarung. Time main pingpong, tak tahan plak pakai 3-4 lapis baju. Pastu malam main bowling abis lenguh tangan. After doing some massage guna minyak panas baru la rasa lega sedikit, but still semuanya dari Allah. Sakit ke tangan atau sembuh ke tangan adalah bi-izniLLAH.

And then, sila la lihat lukisan yang tak seberapa ni yang moeh lukis untuk homework tempoh hari (tapi moeh tak submit sebab dia dah withdraw. cumanya, dia still bercita-cita nak prektis sendiri sampai dapat lukis potret :D )



Walaupun takla sehebat pelukis alwan dan ikomik, tapi aku tetap berazam untuk melatih lagi. Tapi, apa yang boleh dilakukan dengan kemahiran tu nanti ye??? Hmmm apa agaknye ye....

________________________
Karya Tuhan itu paling kreatif dan indah kerna lukisanNYA bernyawa

Friday, January 30, 2004

Taqwa?

Ada beza tak rasanya antara

..."Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah adalah orang yang bertaqwa."

dengan,

..."The most honorable among you in the sight of God is the one who is most God-conscious."

keduanya dipetik dari Quran (Hujurat 49: Ayat 13)

Hmmm....
God-conscious dan Taqwa? or....???

Macam mana orang Melayu bangga sangat dengan bahasa Melayu? Tak berkembang, bahasa yang agak 'statik,' bukan nak kutuk la, tapi macam tak berapa la bila baca terjemahan Melayu. Hari tu jumpa orang kita yang bebetul kagum dan bangga dengan bahasa Melayu, siap kata bahasa Arab kira bagus sebab di'agama'kan bahasa itu. (Tapi aku tetap nampak tinggi pada bahasa syurga -Arabic). Tapi takleh nak kata apa, itula yang sesuai dengan mentaliti orang kita tu. Tiada maksud nak kutuk memana pihak, cumanya terasa nak kongsi pemerhatian ni sebab dirasakan kalau orang kita hanya bergantung pada satu sumber memang tak jadi. Kalau dalam English dah ada dah yang gunakan embrio atau fetus untuk terjemahkan al-'alaq. Perkataan 'alaqa adalah berhubung atau bersambung, in English kita sebut attach. Sebab tu la ada usaha mengupdate terjemahan yang disokong oleh kajian dan penemuan yang sudah jelas terbukti di zaman sekarang. Yela, embrio tu kan attach pada dinding rahim ibu, kalau dulu sebut embrio ada ke yang paham? Sesuai la kalau guna segumpal darah. Tapi segumpal darah ni pun unik juga sebenarnya kalau diperhatikan, mana taknya sekarang ni pun klon pun dah terbukti wujud, pandai dan bijak sungguh alim ulamak terdahulu, kita yang tak punya ilmu ni nampak sangat kena belajar lagi. Rasanya dah ada ke idak ye terjemahan moden dalam bahasa kita? Nak gak cari, alih-alih guna terjemahan dari sebarang (nusantara), kadang tu tak paham gak, tak gitu dong :p Bila baca yang English, rasa beza. Terjemahan taqwa tu biasa dengar adalah righteousness, pastu ni jumpa plak taqwa yang diertikan sebagai God-conscious. Paham ke kita semua maksud taqwa agaknya ye? Bila dah di'melayu'kan perkataan taqwa tu, ntah paham ke idak. Yang tau guna, "kalau ko buat apa yang Allah suruh, kalau ko tinggal apa yang Allah larang, baru la boleh jadi orang yang bertaqwa." Tapi apa maksud taqwa tu, hmmm rerenungkan hai diriku :)

________________________
Perbetulkan diri ini kalau ada salah, yang bengkok tu tetolong la luruskan ye??
Sebab tu ramai orang sekarang masuk Islam pasal Quranic Translation dalam English boleh difahami orang zaman sekarang, mereka terasa betapa mukjizat Junjungan Nabi Allah, Muhammad SAW, bukanlah kitab atau buku biasa bahkan satu pemberian Allah sejak 1400 tahun lalu yang masih dipelihara dan terjaga.

Thursday, January 29, 2004

Arghhhh

Aku tak tau la, masuk kali ni dah dua kali aku singgah kat blog Addeen Bandar Sepi, tapi memang aku takleh tak rasa bengang gak macam Addeen rasa bengang. Arghhh, korang tengok sendiri la gambar kat link ni klik sini. Tanak aku link gambar tu kat blog aku, hangin tau tak, hangin nih!! Korang tengok la sendiri, tak tau la nak kata pape dah.. komen gambar tu pun macam !&^%$&^!%%*&^#!(&... <<< geram!! >>>

_________________
Sedarlah hai diriku, hidup ini realiti bukan mimpi...

Tuesday, January 27, 2004

Tanah Airku, Aku Sayang Kamu!!!

Malaysia negara paling aman kalau nak dibanding dengan negara Islam yang lain? Malaysia tanah airku!

Malaysia politik paling stabil? Malaysia tempat aku dilahirkan!

Malaysia punya sistem pendidikan yang 'moden', 'canggih' dan bla bla bla? Malaysia yang sponsor aku sekarang ni!

Malaysia takde perang fizikal? Malaysiaku kini diserang masalah akhlak dan keruntuhan moral!

Aku sayang Malaysia! Masa aku kecil aku suka nyanyi lagu aku anak Malaysia! Mesti Kaklong, Yeebah dan Mak Abah ingat yang aku suka nyanyi lagu aku anak Malaysia time kekecik dedulu!

Allah beri kita perang juga sebenarnya, dalam aman duniawi ni, ada juga serangan yang menggila, serangan 'sosial.' Siapa yang salah?!!

Pencuri yang mencuri rumah jiran dianggap sedara-mara (ini kisah yang temanku cerita padaku ketika mana pencuri dianggap sedara yang datang rumah pakciknya, tak percaya kan??).

Setiap IPT di Malaysia dah ada kes seksual ni, tapi tak dihebahkan. Nak jaga air muka mangsa, ataupun 'institusi'??!?! Mangsa yang ditujah oleh 7-8 orang lelaki binatang!! sampai koma pun tak dihebahkan, sebabnya?? hmm kena jaga air muka institusi yang kita banggakan... apa nih??!?!? U mana tu??!?!? ala, U dekat umah tu la, U mana lagi... betul ke? begitu la yang dikatakan berlaku, tapi tak tau kan? Sebab tanak dihebahkan, nanti malu institusi tu... U paling tersohor la katakan, yeke? Nilailah sendiri...

Malaysia, aku sayang kamu!!!

Sedarkah kita? Agaknya Tuhan nak menguji kaum perempuan akan pergantungan pada Tuhan bila mana keluar berjalan. Tuhan agaknya nak uji kaum lelaki dengan ujian nafsu yang selalu buatkan mereka tewas. Aku benci kaum binatang yang bertindak ikut keseronokan. Eh, kenapa panggil binatang? Ala, Aristotle pun kata macam tu, bestiality istilahnya. Manusia binatang yang bertindak atas sebab pleasure yang akan diperolehinya. Menurut kepercayaan zaman Aristotle, kata dia la, manusia ni binatang rasional. Objektif paling tinggi yang perlu manusia kecapi adalah bertindak secara rasional dalam kehidupan sebab itulah yang dituntut oleh human function itu sendiri. Menurut ahli falsafah, function tu juga boleh diertikan sebagai purpose, yela kegunaan pisau untuk memotong, jadi sama juga kalau dikatakan objektif pisau wujud adalah untuk memotong. Sebab tu manusia sebenarnya wujud bertujuan untuk mencapaii kehidupan yang rasional dari segi moralitynya. Bukan macam orang biasa paham, "aku hidup untuk mencapai kegembiraan," itu betul tapi kata Aristotle itu bukan objektif paling utama. Tapi kalau kita fikir pun, fikir la macam mana sekali pun, hujungnya mesti manusia itu letakkan 'kegembiraan' sebagai objektif akhir yang ingin dicapai. Kekayaan, bijaksana, rasa seronok, dipandang tinggi, semua tu kegembiraan yang diertikan oleh manusia kebanyakan.

Tapi, kita Muslim macam tu juga ke? Islam menggariskan macam tu ke? Ya, ada betulnya. Kegembiraan yang kita ingin kecapi adalah kegembiraan yang tertangguh, kegembiraan di dunia lagi satu. Dunia sekarang ni adalah penyebab untuk mendapat kegembiraan kat sana nanti. Tapi, kita diajar untuk mengejar redha Ilahi. Orang selalu kata, "aku kena buat baik, nanti aku boleh masuk syurga," tapi ada yang kata, "buat baik pun, tapi Allah tak redha tak masuk syurga jugak sebab bukan sebenarnya diri kita bukan penyebab untuk kita masuk syurga sebab semuanya adalah dengan izin dan redha Allah," hmm mana satu ye? Kata Imam Nawawi, ada 3 jenis manusia bila dinilai tujuan amalan yang mereka lakukan. Pedagang, Hamba dan Merdeka. Pedagang beramal nak untung (syurga la tu), Hamba takut diseksa (neraka la tu) tapi orang Merdeka paling tinggi martabatnya sebab dia tak minta apa-apa dan tak mengharap apa-apa, dia bebas dari balasan atau seksaan sebab dia beramal hanyasanya kerna mengharapkan redha Allah. "Itulah matlamat tinggi yang kita nak," oooo camtu :)

Kena la beringat, sesiapa keluar rumah ke berada kat mana sekali pun, tak kira lelaki dan perempuan, pergantungan itu hanya pada Dia, Allah Yang Maha Satu. Ibu yang berada di rumah pun mungkin rasa tak selamat, akak di pejabat pun mungkin rasa tak selamat, tapi ingatlah, keselamatan itu hanya dari Dia :) Ingatkah kita pada mafhum hadith yang baik buruk macam mana bagus macam mana teruk sekali pun takkan berlaku kalau tidak diizinkan Allah, ingatkah kita?? Bergantunglah pada Allah. Keluar rumah baca doa tak?? Doa keluar rumah? Doa tu doa tawakkal sebenarnya, tu maknanya pergantungan pada Allah jua :) Itulah ujian, nak uji macam mana pergantungan kita... apa yang kita pegang? Ujian ini menyerang pegangan kita... adakah sebab diri kita sendiri kita akan selamat dari semua kejahatan? Kita percaya sebab diri kita atau sebab Dia?

Kena beringat la, ujian nafsu pun satu serangan juga. "Serang nafsu manusia itu, seraaaaannnngg!!!" Ayah, Bang, Pakcik, Mak, Akak, Makcik, apa benteng yang kita ada?!?! Iman, Nafsu, Akal?!? Ntah?

Malaysia, bangkitlah!!! Aku sayang kamu!!

________________________
Rintihanku ini entah sampai jauh mana auranya, aku juga risau sebab aku juga takut
Aku sedih, rogol dibalas... tapi macam mana bunuh tu?? Bunuh dibalas apa? Penjara 20 tahun ke? Mana hukuman untuk nyawa? Takkan maruah je yang perlu dihukum? --sedih, aku hanya mampu sedih?? kenapa ini je yang aku mampu?? arghhh--

Sunday, January 25, 2004

Masak Kurma

Hari ni first time rumah kitorang masak kurma. Ala, kurma instant je. Mak bagi dah lama dah, boleh kata masa musim panas hari tu lagi, baru hari ni guna. Tengok belakang, tinggal berapa hari je lagi nak habis tarikh luput. Tu la, dok biar je semua kat dapur, hari ni baru kemas. Kemas-kemas haaa terceruk pepeket resipi instant yang mak pos sebelum ni. Keropok ikan aritu pun tak merasa sebab housemate je yang bedal, derang masak sikit-sikit, kita tak merasa pun. Pastu, tadi dah jumpa resipi segera, nampak gaya lepas ni makan sedap-sedap la. Tu yang tadi masak ayam kurma. Hmmm masak seekor ayam terus. Ala, hidup bujang senang je, potong-potong pastu letak la bawang dengan kentang. Alih-alih kuah cair plak sebab air tak ikut sukatan yang dicadangkan. Main curah je air masuk dalam kuali, asal nampak berkuah nampak penuh je jadi la. Tak-tak... asalkan sedappp (macam la sedap aku masak ;p).

Arini juga first time rendam kaki dalam air panas sebab dah tak tertahan akan kesejukan musim winter. Dahnya bangun pepagi tengok heater pasang kuat macam biasa tapi sejuk kat kaki dah tak tertahan. Tu jela yang tak tahan, kaki sejuk sangat, lain semua takde hal. Dugaan musim sejuk la katakan. Padahal musim winter ni la best. Macam lecturer calculus kata, dok la kat tepi cermin tingkap library buat latihan sambil tetengok salji jatuh dari langit (pandai gak lecturer ni ajar jiwang-jiwang hehe takpe la kan jiwang dengan alam semesta ciptaan Tuhan, bagus ape =D). Tapi memang best kalau jenjalan time salji tengah turun, rasa nyaman je. Sejuk memang sejuk, tapi rasa lebih selesa sebab angin tak kuat macam hari biasa. Biasanya kalau ada angin tu yang tak tertahan tu sebab buatkan rasa lagi sejuk, huuu sejuk-sejuk... kalau suhu dah rasa macam -20 degree Celcius (negatif tuuu), siapa tahan. Padahal selamba je pegi buang sampah pakai selipar dan T-shirt sehelai (tanpa sweater), kalau parents tahu mesti derang sound =D Tapi tu la, musim salji ni amat ku minati. Bila mana melihat salji terkumpul kat atas kerusi tetepi jalan, rasa nak makan je sebab geram macam ais krim tanpa perisa hehe. Haa, tengok la gambar kat bawah ni, salji tu macam ais krim yang amat panjang, rasa nak je gigit ;p



Isy, kerja drawing tak siap lagi la. Nak kena lukis tangan sendiri dalam 3 keadaan, adei susah tu sebab dia nak tengok macam mana real yang kita mampu buat. Aritu kat kelas, dia kata lukisanku boleh tahan cuma dia kata saiznya terlalu kecil. Kertas besar gedabak, tapi tak terguna keseluruhannya pasal lukis kat tetengah je. Kata instructor, kena stretchkan lukisan sebab dia kata kena guna semua bahagian kertas. Tapi tu la, tak biasa lukis bebesar. Tengok classmate minah salleh (tak soleh pun sebab ada piercing kat bibir, ganas tuh), uish dia lukis boleh tahan. Nampak la artisticnye lukisan dia. Tapi minah tu baik hati sebab dia offer satu kelas nak guna pensel lukis dia sebab dia ada bebarang satu plastik. Aku pakai tools sendiri je, dah ada buat apa nak pepinjam. Tapi tu la, dah nama kena pektis lagi. Sebab lukis sebelum ni pektis sesendiri je, tak pandai mana. Sekarang ni baru nak tau cara lukis bebetul.

Alamak, apasal semangat nak menaip lagi nih. Hmm teringat plak aritu Paeh citer, masa tu kitorang beborak terpacul pula perkataan "Ganazz." Pastu apa lagi, tersingkap la kenangan silam. Kata Paeh, lecturer dia dulu ada sebut orang yang bagus ni "pengganas" sebab kan biasa orang kata, "pergh, ganeh deme"... eh tersilap loghat plak, "pergh, ganazz ah ko," haa baru betul. Tula bebudak sekarang, dia kata orang yang bebagus ni "terror." Tu yang lecturer tu kata, orang yang tere-tere ni kira terrorist la sebab dia "terror." Hehe, tak pernah terpikir. Biasa kita kata, "orang tu ganaz ah dia tere buat kerja geganazzz," tapi tak penah plak nak kata, "orang tu terrorist la sebab dia tere buat kerja hehebat." Hehe, tergelak seketika. Pastu terdiam seketika sebab baru perasan sesebut pasal terrorist kat public sebab masa tu tengah jenjalan kat kedai barang sukan. Haha, thanks Paeh kongsi pengalaman tu, baru la aku perasan. Hmmm, nampak gaya pemerhatian aku tak cukup tajam lagi sebab benda remeh macam tu pun aku tak perasan. Kena usaha untuk tajamkan lagi nih =D

Okay la, mencarik sesuatu kat blog mencarik jugak, kerja pun tak sesiap lagi. Selamat melukis, Moeh. Moeh kata, "Kalau kerja aku cantik, boleh la aku tunjuk kat blog nih," macam ye je hehe.

__________________________
Hidup itu indah untuk diperhatikan kerna ciptaan Tuhan itu indah-indah belaka

Saturday, January 24, 2004

Kemas Rumah

Aktiviti paling best. Kenapa?? Ntah, sebab dapat lupakan kerja untuk seketika. dapat buat kerja sesama ahli rumah. Kitorang orang bujang memang serabut la kalau rumah dibiarkan. Tapi, dalam serabut tu la kitorang hidup :p Yang menarik tu, sampai satu tahap sorang member ni dia yang akan ajak kemas rumah. Biasa kalau buat sesorang mesti orang lain buat tak endah je, pastu nanti haa habis la bertaburan semula bebarang (ni kat ruang tamu je, dalam bilik memasing pikir sendiri sebab dah bilik sorang satu, sendiri la yang kena urus). Dapur pun macam tu juga, tapi sejak dua menjak ni okay la banding sebelum ni sebab dah makin teratur. Dulu time cuti sempat la juga sesusun bebarang yang banyak sangat tu (mana taknya, umah kitorang tempat orang tolak bebarang kalau ada yang pindah / balik mesia).

Alhamdu lillah, arini dah kemas semula. Tengok la macam mana ragamnya nanti, harapnya boleh la stay kemas sampai bebila, yang penting, memasing kena ada sikap tak pandai menyelerak atau tetinggal bebarang bila guna. Pinggan ke mangkuk ke gelas ke cawan ke mug (kole) ke and whatever la (including abu dan puntung rokok), kena pandai la untuk pastikan tak mengotorkan. Hmmm, ini la dugaan hidup dengan smokers bila mana kita je sesatunya yang tak berasap.

Banyak lagi homeworks yang tak siap. Environmental Science ada 2 kerja, Philosophy mungkin ada kuiz, Drawing ada lukisan kena buat, Calculus 2 kena buat latihan (dah serik dah amik mudah tak buat latihan math, tu la jadinya sem lepas jatuh pasal math tak berapa bagus). Tapi hari ni relax tak buat kerja sebab amik masa untuk rehatkan diri seketika (tapi terlajak ketika juga, bukan 'se' tapi dah jadi 'beberapa' ketika ;p)

Okeh, kena semangat berjuang nih. Kena cuba untuk majukan diri biar lebih baik dari sebelum nih.

____________________
Perubahan bermula dari diri sendiri, kena detikkan dari dalam diri

Monday, January 19, 2004

Semester baru...

Hari ni kosong. Tak terisi, masa terbuang sekadar berjalan di kedai-kedai. Cuti pula, tapi kosong. Cuma fikiran masih ligat, itulah hobi. Tanpa buku kalau berjalan, kalau pening menatap buku dalam kenderaan bergerak, gunalah minda dan pemikiran cetekmu itu untuk berfikir. Putarkan sampai ligat, biar terisi masa itu walaupun berfikir, "Macam manalah imanku sekarang ini?" Walhal, ada je kerja yang perlu dibuat cumanya masih ada masa lagi. Tambahan pula, keletihan berjalan masih terasa (driver la katakan... hehe).

Semester baru ni dah pun bermula. Malas perlu dibuang. Hidup perlu diatur (biasala lelaki bujang tak teratur, tak patut jadi kebiasaan lelaki tak kawin tak pandai urus hidup sendirian). Semua kelas dah mula. Cuma satu kelas je belum bermula lagi, kelas lukisan. Sebabnya, Milwaukee Institute of Arts and Design tu belum lagi memulakan semester baru. Esok adalah harinya. Setakat yang ada, semuanya banyak kerja dan perlukan kerajinan lebih berbanding semester yang telah lalu.

Tiada yang dapat diisi dalam entri kali ini. Semester baru ni memang agak sibuk walaupun tak berat seperti semester lalu, tapi kena lebih rajin sebab keputusan makin jatuh. Moga semuanya dipermudahkan, insha-Allah. Oh ye, hari tu dah kata nak share beberapa gambar masa berjalan tempoh hari. Tak sempat nak berjalan sangat, sekadar me'lalu'kan diri merentas beberapa negeri. Masa balik tu merasa juga lalu terowong di negara orang, 3-4 terowong tu... okay la, sepintas pengalaman masa perjalanan ini menutup entri kali ini.



Pergunungan Blowing Rock di North Carolina




Jalan ke Blowing Rock.. merasa gak la drive kat kaki bukit di negara orang... dah la bawa van besar, jalan sempit lak ;p





Singgah sebentar di sebuah bandar di Maryland... isi minyak je tak sempat jalan pun.. tapi rasa macam kat Europe lak tempat tu, best!




Perjalanan ke Lehigh University




Madison - hmm atas State Capitol tu, atas kubah tu, orang kata patung tu dibuat dari pure gold...

Saturday, January 17, 2004

Seminggu Kelas Cuti Semula

kelas dah pun seminggu berlalu, rasa kejap je masa berlalu dah hujung zaman la orang kata kan. alamak takleh nak taip la plak nak kena gerak gi Gurney kat Illinois. Tido sana pastu esok nak gi beli ayam kat Chicago, hmmm bila la nak jalan2 pusing Chicago ni tak berkesempatan betul, yang dah jalan2 kat Chicago kita je la yang belum (hmm ada la jgak lagi sorang dua yang tak jalan gak sebab masa tu kitorang dok umah second cousin moeh tu yang tak folo derang lepak Chicago, jeles2). OK la ye kena gerak dulu.

Friday, January 09, 2004

My two angels...

What specialty I possess? Ntah pnye la plak aritu masa kat muktamar suka bebeno dua malaikat yang kecil berbahasa ongputih ni folo moeh. Punya la tak paham, "Why you guys...??!?@!?@!?@" tanya kenapa macam mana sekali pun jawapan dia, "Coz you're more fun and active than others... so we will follow you all da time."

Waa all da time budak² ni bergayut dengan moeh. Sampai jadik segan, tengah cakap dengan perempuan la paling malu, boleh derang attack and gayut. Alahai, apa la yang ada pada moeh ni sampai bebudak ni suka beno ikut moeh. Actually kenal derang ni awal lagi sebelum muktamar, yang sorang tu memang travel dengan family dia tu sebab boleh rapat (pasal moeh pun satu, suka kacau budak kecik ;p) pastu masa pegi Vanderbilt U aritu, alamak kenal lagi sorang habis derang ada team la plak. Tu yang dekat muktamar abis macam malaikat betul la, pegi mana sekali pun derang ikut, makan, program, tido, buat kerja, hatta borak dengan orang lain pun derang menanti je bila moeh nak gerak. Ikutkan dulu derang ni tak puas ati dengan moeh sebab tak dapat nak kalahkan moeh masa main fake American football. Mesti la moeh menang sebab moeh besar, tapi kadang tu terlepas jgak dua ekor malaikat kecik ni hehe sebab derang lincah sesangat.

Yang best sangat men dengan derang ni sebab boleh improve English especially in conversation sebab si Huzaifah tak pandai langsung berbahasa melayu (dah la cakap ala² pak itam -black- tuu). Si Uqbah pun fluent in English tapi dia masih boleh berbahasa ibunda kita :D Tu yang menarik tu kacau derang sebab kita pun belajar, takde la cakap melayu je sebab kalau jumpa melayu asik cakap melayu je. Otak dan mulut pun kena ligat think and talk in English.

Haaaa, satu kejutan yang tak pernah terbayang. Semalam dapat satu email. Guess who, sila la tengok gambar di bawah, memang terkejut tak hingat :p


Aduhai, ke mana pun ada lagi malaikat ni. Tapi satu yang sadis mata memandang, si Huzaifah tinggal kat Columbia di North South Carolina dan Si Uqbah ni tinggal kat Milwaukee di Wisconsin (jauh tu, sorang kat tengah benua sorang kat hujung benua). Yang sadis tu masa si Uqbah menangis, though he is 11 tapi dia paham erti persahabatan. Menangis sebab tak nak dipisahkan dari kawan. Masa tu derang dedua tengah tido, tu yang menangis si Uqbah sebab tak sempat pun nak ucap selamat tinggal pasal si Huzaifah tido lagi. Melalak la Uqbah sepanjang perjalanan. Tak pernah terbayang moeh in his place having a fren who lives hundreds mile away. Moeh terkenang kat kengkawan di Mesia. Though we are 180 degrees apart, tapi moeh tetap ingat pada kengkawan semua.

Banyak juga perkara lain yang kita belajar sepanjang perjalanan. Bukan setakat melihat keindahan alam ciptaan Tuhan, moeh juga dapat melihat keindahan perilaku manusia dan gelagat mereka (padahal moeh la nampak paling childish pasal moeh suka kacau dua malaikat kecik tu). Haaa satu yang nak citer pasal Huzaifah, walaupun dia 2 tahun lagi muda dari Uqbah (umur dia tak silap 9 tahun), tapi dia lompat 2 grades kalau tak silap coz he's too brilliant... hmmm makes me jealous ;p

Sebagai mengakhiri coretan kali ni, moeh memperkenalkan dua malaikat yang suka kacau moeh (hatta moeh tido sekali pun, boleh derang buat movie masa moeh tido dah la pakai moeh pnye kamera, cet ;p).

----Ops lupa, belah kiri Huzaifah.. yang macam lagak sikit tu Uqbah----

Wednesday, January 07, 2004

Sejuk-sejuk Berjalan

Camne nak cerita ye? Ringkaskan dengan gambar je la ye, kalau cerita takut tak semua orang dapat visualize plak nanti ;)


Masih lagi di Milwaukee (sebelum bertolak)





Purdue University, IN (singgah sebentar makan²)





Suasana di Muktamar





Kids in Muktamar's Madrasah





Bergambar lepas soccer game dengan rakan peserta muktamar





Gambar sebelum pulang


___________________________________
p.s. Lepas ni gambar berjalan ke North and South Carolina... lepas tu singgah sebentar di Lehigh U sebelum pulang semula ke Wisconsin

Sunday, January 04, 2004

Alhamdu lillah dah pulih dah kembali w.bloggar v3.02 ntah kenapa sejak beberapa seketika ni tak dapat pula nak menggunakannya. Ini application penting (bagi moeh la) untuk mengepos posting ke blog. Bagi yang masih tak kenal pada wbloggar, sila la masuk ke site: wbloggar.com. (Bukan sekadar nak pos je tapi nak edit template semuanya senang dan mudah :D)

InshaAllah, posting selepas ini akan memuatkan pengalaman sepanjang perjalanan di waktu cuti musim salju sejuk baru ni.