Monday, January 19, 2004

Semester baru...

Hari ni kosong. Tak terisi, masa terbuang sekadar berjalan di kedai-kedai. Cuti pula, tapi kosong. Cuma fikiran masih ligat, itulah hobi. Tanpa buku kalau berjalan, kalau pening menatap buku dalam kenderaan bergerak, gunalah minda dan pemikiran cetekmu itu untuk berfikir. Putarkan sampai ligat, biar terisi masa itu walaupun berfikir, "Macam manalah imanku sekarang ini?" Walhal, ada je kerja yang perlu dibuat cumanya masih ada masa lagi. Tambahan pula, keletihan berjalan masih terasa (driver la katakan... hehe).

Semester baru ni dah pun bermula. Malas perlu dibuang. Hidup perlu diatur (biasala lelaki bujang tak teratur, tak patut jadi kebiasaan lelaki tak kawin tak pandai urus hidup sendirian). Semua kelas dah mula. Cuma satu kelas je belum bermula lagi, kelas lukisan. Sebabnya, Milwaukee Institute of Arts and Design tu belum lagi memulakan semester baru. Esok adalah harinya. Setakat yang ada, semuanya banyak kerja dan perlukan kerajinan lebih berbanding semester yang telah lalu.

Tiada yang dapat diisi dalam entri kali ini. Semester baru ni memang agak sibuk walaupun tak berat seperti semester lalu, tapi kena lebih rajin sebab keputusan makin jatuh. Moga semuanya dipermudahkan, insha-Allah. Oh ye, hari tu dah kata nak share beberapa gambar masa berjalan tempoh hari. Tak sempat nak berjalan sangat, sekadar me'lalu'kan diri merentas beberapa negeri. Masa balik tu merasa juga lalu terowong di negara orang, 3-4 terowong tu... okay la, sepintas pengalaman masa perjalanan ini menutup entri kali ini.



Pergunungan Blowing Rock di North Carolina




Jalan ke Blowing Rock.. merasa gak la drive kat kaki bukit di negara orang... dah la bawa van besar, jalan sempit lak ;p





Singgah sebentar di sebuah bandar di Maryland... isi minyak je tak sempat jalan pun.. tapi rasa macam kat Europe lak tempat tu, best!




Perjalanan ke Lehigh University




Madison - hmm atas State Capitol tu, atas kubah tu, orang kata patung tu dibuat dari pure gold...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home