Saturday, January 24, 2004

Kemas Rumah

Aktiviti paling best. Kenapa?? Ntah, sebab dapat lupakan kerja untuk seketika. dapat buat kerja sesama ahli rumah. Kitorang orang bujang memang serabut la kalau rumah dibiarkan. Tapi, dalam serabut tu la kitorang hidup :p Yang menarik tu, sampai satu tahap sorang member ni dia yang akan ajak kemas rumah. Biasa kalau buat sesorang mesti orang lain buat tak endah je, pastu nanti haa habis la bertaburan semula bebarang (ni kat ruang tamu je, dalam bilik memasing pikir sendiri sebab dah bilik sorang satu, sendiri la yang kena urus). Dapur pun macam tu juga, tapi sejak dua menjak ni okay la banding sebelum ni sebab dah makin teratur. Dulu time cuti sempat la juga sesusun bebarang yang banyak sangat tu (mana taknya, umah kitorang tempat orang tolak bebarang kalau ada yang pindah / balik mesia).

Alhamdu lillah, arini dah kemas semula. Tengok la macam mana ragamnya nanti, harapnya boleh la stay kemas sampai bebila, yang penting, memasing kena ada sikap tak pandai menyelerak atau tetinggal bebarang bila guna. Pinggan ke mangkuk ke gelas ke cawan ke mug (kole) ke and whatever la (including abu dan puntung rokok), kena pandai la untuk pastikan tak mengotorkan. Hmmm, ini la dugaan hidup dengan smokers bila mana kita je sesatunya yang tak berasap.

Banyak lagi homeworks yang tak siap. Environmental Science ada 2 kerja, Philosophy mungkin ada kuiz, Drawing ada lukisan kena buat, Calculus 2 kena buat latihan (dah serik dah amik mudah tak buat latihan math, tu la jadinya sem lepas jatuh pasal math tak berapa bagus). Tapi hari ni relax tak buat kerja sebab amik masa untuk rehatkan diri seketika (tapi terlajak ketika juga, bukan 'se' tapi dah jadi 'beberapa' ketika ;p)

Okeh, kena semangat berjuang nih. Kena cuba untuk majukan diri biar lebih baik dari sebelum nih.

____________________
Perubahan bermula dari diri sendiri, kena detikkan dari dalam diri

0 Comments:

Post a Comment

<< Home