Monday, September 05, 2005

Mesia baru lancar MiTV, katanya nak lawan Astro. Okay, good and fine. Bila baca MiTV ni dimiliki oleh Tan Sri Vincent Tan yang memiliki saham lebih dari 40 peratus dalam company tu, okay fine. Walaupun Tan Sri Vincent Tan ni jugak eksekutif dalam Berjaya Group sekali pun, tak jadi masalah. Tapi, bila baca MiTV ni adalah usaha sama dengan syarikat Runcom (http://www.runcom.com/) rasa macam tak best la plak. Kalau pegi ke company profile dalam web Runcom, pasti akan terbaca syarikat tu berpusat di Israel. Ah sudah. Biarpun ada orang mengata MiTV ni satu usaha yang bagus untuk mengatasi penguasaan Astro di Asia Tenggara, tapi bila baca ada kaitan dengan Israel, "Hello, apa citer?"

Jadinya, kena la berhati-hati. Bukan apa, pasti kita tahu, ramai orang cuba merosakkan bangsa Malaysia kita. kalau bukan bangsa Malaysia sekali pun, yang dirisaukan ialah saudara seagama yang tidak mengambil peduli persoalan perlunya berpegang teguh pada agama. Bila makin banyak ujian, kena ada lebih banyak benteng pertahanan. Biar pun Islam Hadhari itu satu usaha yang dikatakan berkesan untuk mengembalikan Islam ke dalam jiwa masyarakat, tapi risau juga bila dibenarkan syarikat yang berpangkalan di Israel ni membuat satu saluran secara tidak langsung ke dalam negara kita.

Jadinya, awas. Jangan mudah tewas!

____________________________
Kotak TV dah makin banyak kaler dan irama, tapi kenapa rakyat suka sangat mengadap kotak TV dan ada yang sampai pergi konsert, tapi berapa kerat je yang pergi Ceramah Perdana? Mana satu yang dikatakan dapat mencapai usaha kerajaan membina insan? Mana satu ni? Haaa... jangan konfius pulak! Fantasi membina insan? Hmmm punah...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home