Tuesday, August 30, 2005

Ekonomi Malaysia Paling Terasa Kesan Perubahan Global

Pergi ke kelas ECON154 baru ni, kelas currency market. Stated that Malaysia one of the top 20 countries yang begitu aktif dengan perdagangan antarabangsa. Kalau anda jenis peka, pasti anda perasan pecahan yang begitu penting daripada pendapatan Malaysia ialah berasaskan perdagangan antarabangsa (international trade). Tu la sebabnya Malaysia paling terasa kesan kenaikan minyak dunia kerana perubahan ekonomi luar memberi kesan besar pada perubahan struktur kegiatan ekonomi yang begitu bergantung pada kegiatan perdagangan asing. Kalau pelaburan asing ditarik dari Malaysia, pasti ramai yang kehilangan kerja. Tapi ramai yang tak tahu kedudukan Malaysia ialah ke-20 di sudut keterlibatan atau keterbukaan ekonomi terhadap perdagangan dunia.

Minyak yang menjadi satu bahan asas pengangkutan cukup membebankan negara untuk menampung kos pengangkutan barang dagangan. Jangankan perdagangan antarabangsa, kegiatan ekonomi domestik pun teruk terjejas kerana kenaikan harga minyak. Teruk terjejas kerana negara mengalami masalah inflasi yang tidak dapat dibendung lagi. Even my mom said, a kilogram of chicken could cost twice as mush as 2 years ago before I went to U.S. So, imagine how serious the inflation problem is in Malaysia, right now. Kerajaan memang tidak dapat menghalang kenaikan harga barang yang terpaksa dilakukan oleh peniaga. Cuma kerajaan hanya mampu membuat satu garis panduan supaya kenaikan harga barang tidak menjangkau pada satu tahap yang membebankan pengguna. Kalau pengguna tidak mahu membeli, kegiatan ekonomi domestik akan terjejas. Kalau kerajaan berkeras menghalang kenaikan harga, alamatnya ramai peniaga terpaksa gulung tikar.

Perubahan kenaikan 10 sen minyak tidak boleh disamakan dengan kenaikan harga barang. Pengguna tidak patut menganggap kenaikan yang sama juga akan dilakukan peniaga barang komersial, iaitu menaikkan harga 10 sen bagi setiap barang dagangan. Anggapan sebegini teramatlah serong. Kenaikan harga minyak akan menjejaskan pengangkutan bahan mentah kerana kenaikan kos 10 sen bagi setiap liter minyak. Bila produksi bahan mentah naik, peniaga terpaksa menaikkan harga untuk mendapatkan keuntungan. Orang tengah yang sepatutnya dihapuskan juga akan menjual pada harga yang lebih mahal daripada harga jualan pemproses bahan mentah. Ini akan menyebabkan berlaku inflasi yang mungkin melibatkan lebih dari 1 atau 2 kali ganda kenaikan harga minyak seliter. Mungkin harga ayam yang dahulunya 5 seekor akan dinaikkan menjadi 7.50 ringgit seekor, berkadaran kepada kos pengangkutan ayam yang terpaksa ditanggung penjual.

______________________
Be a smart consumer, don't be so naive to make yourself so dumb in making judgment...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home