Monday, April 11, 2005

Buang Duit

Gaji menteri dan ahli parlimen naik 10 peratus? Mak aih, tak cukup lagi ke gaji? Gaji dah puluh ribu, kalau naik 10 peratus maknanya naik ribuan ringgit. Kita rakyat putih mata je, pasal rakyat bayar cukai, masuk poket pemerintah. Tu la dia, kita tak perasan, kan2? Ingat lagi tak ada cerita sorang menteri ni, bila time lapang dia spend time tengok EPL (English Premier League) dengan anak-anak dia. Apa kerja, duit masuk banyak boleh dia bersenang... kurang-kurang spend time membanting tulang dengan anak-anak berkebun ke, paling tidak pun salurkan duit tu kepada orang yang memerlukan.

Ada la satu citer ni lagi, ni budaya kerja kat mesia la, dia akan buat kerja seperti bos suruh bila bos ada je. Tapi yang satu halnya, kat dalam pejabat kerajaan la, ni orang kata la kan, kalau nak tau betul ke idak pi tanya orang kerajaan tak pun suh la reporter buat investigation. Ada la ceritanya, macam ni ceritanya. Kat dalam ofis kerajaan, bos paling tinggi gaji dia memang puluh ribuan ringgit, so kalau stay satu tahun ibarat boleh dapat satu rumah. Okay tu tak kesah la kan, sebab duit yang dia dapat tu sebagai ganjaran dia berkhidmat, tapi yang tak betulnya sikap orang yang pegang jawatan tu. Dia tau dia orang atas, dia pandai je bagi arahan. Tapi yang teramatlah sedihnya, bila orang lain buat kerja lebih dia pi tengking, dia kata jangan nak memandai buat kerja lebih plak. Katanya lagi la, tak peduli la lulusan mana oversea undersea wherever la sekali pun dia kata jangan memandai, dia kata kat sini aku yang in-charge, kalau ko nak buat kerja lebih walaupun ko sanggup, ko boleh blah dari jabatan ni. Itu ke realiti kerja kat dalam ofis kerajaan? Aku yang dengar menyirap la, macam mana mesia kita nak maju. Pastu plak, orang macam ni, bila sampai time dia step down, dia tak mahu jugak, orang lain yang dah ada pengalaman pnye la ramai in-line tunggu dia mampus, bukan tunggu dia pencen. Itu la alkisahnya, kita rakyat apa tau, kan?

Oleh sebab itulah aku pun kata, dari pandangan aku yang belajar ekonomi, bukanlah satu tindakan yang ekonomik untuk naikkan gaji pemerintah sebab itu hanya meninggikan lagi perbelanjaan negara. Patutnya dibekukan dahulu gaji pemerintah. Kes lebuhraya yang kecoh aritu kejap je bisingnya, skang ni senyap je plak. Tak patut betul, pastu banyak la lagi citernye. Menurut sumber yang aku memang percaya sangat, harga kapal selam yang dipasarkan ialah dalam ratusan ribu, tapi bila menteri dan orang korporat pegi sana, officially jadilah harganya jutaan ringgit. Gemparlah dalam paper, mesia beli kapal selam yang juta-juta harganya, Mak Cik Kiah dan Pak Kasim kat kampung pun tak mampu membanting tulang nak beli kapal selam, sesenang dia je pi beli mahal. Tapi kata sumber tu, duit tu dapat balik kat orang yang membayar la, masuk poket dia ke masuk mana2 je la yang dia suka. Tu sebab atas paper tulisnya mahal. Oho, so aku pun kata bekukan je la kenaikan gaji menteri dan ahli-ahli parlimen dan whatsoever pangkat yang tinggi ni pasal nasib rakyat tak terbela 100 peratus lagi. Jangan mengada nak pakai duit rakyat untuk kesenangan sendiri. Harga minyak tengah melambung di pasaran dunia, boleh dia naikkan gaji time tengah gamat nih. Apa punya pengurusan la, sekarang ni bukan masanya nak naikkan gaji. Apa orang kata, "Dia nak lepas diri sendiri dulu la tuh..." Serius, betul cik, ni perangai orang kita, selfish adalah budaya nombor satu. Tak pandai nak fikir orang lain, amik kesempatan atas orang lain adalah jalan termudah... adei apa nak jadi, bila la mesiaku nak maju... rakyat biasa apa tunggu lagi? Bertindaklah menegakkan kebenaran hak kita :D

_______________________
Hehe tiba2 aku bersikap patriotik la plak, tapi untuk rakyat bukan untuk negara semata

0 Comments:

Post a Comment

<< Home