Tuesday, March 15, 2005

Kubaca dan kufikir, hmmm betullah kalau fikiran yang mati ibarat air bertakung yang kalau dibiarkan busuk. Eh kalau fikiran matai sama macam orang mati la hehe, orang mati ni busuk kalau tak ditanam kan? Berapa ramaikah orang yang busuk di sekitar hidup anda? Silap-silap anda juga orang yang busuk, kalau nak bagi fkiran bergerak bukaklah blog he he... naper? pasal orang yang menaip atau menulis setidaknya fikirannya mengalir... kalau cakap? Cakap bahaya, pakai lidah... sama je bahayanya, tapi at least kalau menulis atau menaip ni ada bukti dan orang lain boleh perbetulkan sebab idea tu kelihatan tapi kalau kata yang diucapkan ni kalau tak dirakam kan hilang ke dalam ruang udara je kalau orang lain masuk satu "tinge" kuar "tinge" lagi satu pasal pe? pasal kata tu tak lekat dalam kepala, takat macam angin mak kita tiup dalam "tinge" masa kita kecik... bila mak tiup angin plak masuk "tinge"? Ade la, mak tiup masa lepas mandi tanak air bertakung dalam "tinge." A'ah la lupa plak dulu mak tiup angin masuk "tinge" hui sedap je bila "tinge" kena tiup, tak caya buat la... tu pasal kalau ilmu tak lekat kat kepala kita rasa hui sedapnya macam angin kuar masuk "tinge"... bila sedap ni yang sedap tido ni hehe... takde kaitan langsung... dah jom baca aku baca yang buat aku fikir:

Taken from Brotherfaiz's blog:

Pemikiran Dinamis

"Kita perlu menjadi orang yang bergerak pemikirannya. Kerana hanya orang yang bergerak pemikirannya, buah fikirannya akan diterima pakai. Seperti air, hanya air bersih yang mengalir dan bergerak akan diterima pakai. Air yang bertakung dan berada di takuk lama akan hanyir dan tidak digunakan oleh orang ramai. Oleh kerana itu, untuk menjadikan pemikiran kita bergerak perlu perbanyakkan membaca atau sekurang-kurangnya hadir ke kuliah kuliah yang menambah ilmu pengetahuan seperti ini." - Ustaz Rusdi - [Kuliah Seksyen 7 Surau Al-Islah, 3.00-4.30 :: setiap hari Ahad]

_________________________________
Fikirlah walau sejenak dalam hari-hari yang berlalu... kurang-kurang bila ditanya apa hasil hari ini? Boleh la jawab, hari ni berfikir memproses input, kira bergerak jugak la kilang minda kita sebelum menghasilkan output... Output kalau dah kuar terpulang la nak pasarkan ke idak, kalau nak pasarkan output dari minda kalian, apa lagi blog kan ada :D

0 Comments:

Post a Comment

<< Home