Friday, March 11, 2005

Argh aku tertekan la!
Eh kenapa?
Pekak ke? Aku tertekan!!
La dah kenapa? Releks la, ko kena tarik nafas tenangkan fikiran tu...
Ko kenapa?
La kata ko tertekan...
Cet, aku tertekan button print ni ha... aku tak abis taip lagi ni buang dakwat je....
Ceh...

Pelik kan? Beginilah jadinya kalau kita pakai bahasa Melayu, senang je kalau tak sengaja kita letak je ter... tapi bila dah dimasukkan ter dalam perkataan tekan boleh jadi dua maksud plak... Kalau english letak la adverb macam mana ko buat either intentionally or unintentionally. Senang tapi sesenang bahasa boleh bawa maksud yang bercelaru pulak, orang kata A dia pegi tangkap maksud B buat mende?

Camtu jugak la orang kata, berhikmah dalam berbahasa. Kalau diikut pemikiran Sistemik, perkara nombor satu yang ditekankan ialah Semantik atau dalam kata lain berkaitan dengan maksud dalam bahasa itu sendiri. Contoh kalau kita sebut telur, saintifiknya adalah peringkat awal sistem pembiakan tapi kalau orang yang otaknya kotor diertikan perkara yang lucah. Macam tu jugak kalau kita sebut hati-hati, pada sesuatu keadaan diterjemah menjadi amaran tetapi dalam situasi yang berbeza merujuk kepada hati yang banyak.

Perkara ini kalau dirujuk pada sejarah terdahulu, antara sebab seruan Islam ditolak dan ditentang dengan perang adalah disebabkan bahasa Arab itu sendiri yang pada waktu dahulunya tidak mempunyai sebarang titik pun yang ada hanya bentuk lekuk-lekuk atau orang mudah kata huruf ba-ta-tsa itu hanya satu mangkuk dan huruf sin-shin ada 3 mangkuk. Bagi orang yang asal-usul arab juga boleh salah baca sebab sistem penulisan tanpa titik ni memang buatkan maksud sesuatu perkataan itu boleh jadi lari semantiknya. Perkara ini hanya diperbaiki pada zaman pemerintahan Saidina Ali (seingat aku yang dah lupa ni) dengan diletakkan titik dan juga baris, kira sekitar zaman tersebut baru dilakukan usaha sebegitu. Jadi bayangkanlah kalau salah baca Quran itu boleh jadi lari maksudnya, dan terbukti sudah marahnya seorang raja dengan surat dakwah yang ditulis kepadanya kerana salah terjemah maksud, ikut cerita dikatakan raja tersebut berang hingga merah padam (cuba tengok bahasa Melayu boleh guna padam kat sini, tanya budak kecik pun tak paham apa kaitan padam dan merah hehe semantik tak semantik la kan?)...

Takpe la, that is why kalau berguru dengan buku itu orang kata berguru denga syaitan. Kalau bijak dalam peperiksaan sekali pun tetapi pemikiran seperti pemikiran Asia yang tipikal, alamat di takuk itu jugalah walau usaha sekali pun. Kalau belajar dari buku hanya fikir cara buku abis la, dunia bukan seperti yang ditulis dalam buku. Cerita ini merujuk kepada apa yang kena pada aku, adei buat malu pensyarah aku tegur dia kata memanglah dalam buku tentang hukum prinsip yang kita belajar kata tak boleh letak negatif tapi bila kamu dah jadi ekonomis yang matang, kamu akan tau itu hanya pada buku dan realitinya memang ianya negatif. Kan dah terkena batang idung sendiri, fikir lagi macam tipikal Asia. Oleh sebab itu (ingat ni salah tatabahasa kalau pakai "oleh kerana itu"), Guru itu lebih penting dari buku, tapi dalam banyak kelemahan yang hanya bergantung pada skima buku ini ialah gagalnya untuk melatih minda berfikir dan bertanya mahupun mempersoalkan. Kalau buku kata Allah itu satu, faham hanya pada fakta tapi dari segi realiti gagal melihatnya pada perspektif kebenaran yang hakiki (ada ke perkataan hakiki dalam Melayu ni? Ke hakikat baru betul?).

Mendengar pada khutbah Jumaat tadi, terkedu dalam diam mendengar dalam Bible ada menceritakan kisah para nabi yang cukup memalukan. Dikhabarkan nabi Nuh mabuk dan bogel, ada juga kisah nabi yang disuruh berlari dalam keadaan bogel (the hell with that facts?) hatta dalam kitab Bible ada mystical monsters and beasts yg tak tau la wujud ke idak tapi memang dipercayai oleh pagan atau orang-orang Greek dahulu kala. Merenung dan mendengar khutbah tadi, merasakan sedih menyedari hakikat perkembangan Kristianiti adalah terkesan dari 2 pengaruh iaitu Judaism (agama Yahudi) yang dimuatkan dalam buku Old Testament dan juga tokok tambah dalam King James Bible yang dijelaskan dalam Revised version of Bible hasil dari pengaruh Paganism (agama orang Greek dahulu kala). Sebab tu bila difikirkan balik konsep manusia yang juga tuhan adalah hasil daripada pengaruh agama pagan yang menyifatkan sifat-sifat manusia kepada Tuhan yang mana Zeus itu adalah tuhan yang memang bentuknya serupa seperti manusia. Duduk di atas langit memerhatikan perangai manusia. Tidak hairan mereka berfikiran sebegitu bahawa Tuhan itu juga mempunyai rupa paras dan bentuk seperti manusia kerana bagi orang-orang pagan, hidup di dunia ni adalah satu perpindahan dari dunia kekal ke dunia sementara dan akan kembali ke dunia kekal (berbeza dengan konsepsi Kristian dan Islam yang mengatakan manusia ini dihidupkan daripada tiada bukan daripada suatu keadaan yang pernah wujud di dunia kekal sebelum wujud ke dunia sementara di dunia ni). Sebab tu pagan percaya manusia dahulu bersama Tuhan tapi dihidupkan ke alam sementara di dunia ini. Ilmu yang kita pelajari kat dunia ni adalah ilmu yang kita pernah tahu, sebab tu ada satu persepsi kalau tak silap Socrates yang mengatakan belajar atau mencari ilmu adalah satu proses rekoleksi atau mengumpul semula ilmu-ilmu yang pernah diketahui sebelum lahir ke dunia sementara ini. Kecantikan, keadilan, kira-kira matematik dan sebagainya telah diketahui tapi bila pindah ke dunia sementara ni kita lupa, nak tunggu ada orang yang ingatkan kita atau satu keadaan yang akan buatkan kita ingat kembali. Sebab tu ada yang kata guru ni bukannya orang yang memberi ilmu tapi keadaan yang membuatkan seorang itu mendapat ilmu sebab kalau contohnya cikgu Ahmad ketuk kepala Ali yang tengah mengelamun untuk jawab soalan, pastinya cikgu Ahmad akan ketuk sekali lagi sebab ilmu yang diajar tidak diterima Ali kerana situasi masa diberi ilmu berada di dunia imaginasi.

Dah panjang dah cerita, cukup takat ini dahulu. Konsepsualisasi minda akan diteruskan lagi selepas ini, hingga ketemu lagi, salam bahagia. (Bwa ha ha ha ha).

_________________________________
Orang mesia mana yang belajar pasal ilmu pemikiran Greek? Apa dia tak penting? Ye la tak penting, kenapa ilmuan Islam dahulu hebat tau tak? Sebab mereka mempelajari apa yang difikirkan oleh ilmuan Greek seperti Aristotle dan Socrates kemudian mereka ubah dan perbaiki idea yang defek... dan ini jugak yang kita kena buat baca buku dan idea pemikir yang telah difikirkan kemudian check balik ada ke silap atau yang tak kena, peranan kita la untuk memperbetulkan pemesongan yang mungkin ada... haha macam la rajin kan? baik kita enjoy life macam biasa je buat tak kesah pun betul ke idak asalkan hepi... pandai buat pandai la tanggung jangan tak pandai fikir tapi pandai buat udah...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home