Monday, March 14, 2005

Cis... kenapa aku pecah tradisi pasang niat makan maggi segera ni? kan dah berair hidung... aku rasa sejak dari dulu aku tak suka maggi, tapi sejak dua tiga menjak ni aku asik kelaparan. Orang kata hak pada diri tu adalah antara 3 hak yang mesti setiap individu Muslim tunaikan. Satu pada Tuhan, satu pada keluarga, satu lagi pada diri. Kalau difikirkan 2 hak yang mula tu hak external sebab untuk selain diri kita dan yang last tu baru la untuk diri internal contribution la konon, tapi sebabkan yang satu tu aku fokus maka tewas jugak la pendirian tanak makan maggi secara sengaja. Tapi aku still buat excuse pasal aku lapar sangat ni, musim sejuk macam tanak hilang je.

Dok sini hari-hari terfikir, betapa di Mesia kita kata owh kan bestnya dapat musim sejuk tapi bila berada di sini dirasakan owh bestnya kalau ada musim panas tapi bila sampai musim panas haa camtu jugak la nak musim sejuk. Tapi bila aku pergi ke Eropah tempoh hari dirasakan owh bestnya kalau macam ni sepanjang masa, tapi malam sama je owh bestnya kalau tak sejuk sangat, tapi still suasana di Eropah sana tak sesejuk Milwaukee dan tak sepanas Shah Alam. ALLAH saja yang tahu betapa manusia ini cerewet dan suka berangan menginginkan sesuatu yang tiada, bila tiada dipinta dan bila ada dipinta yang lain pula. Menurut ilmu Ekonomi (kalau paham betul maksud dia kejar duit ekor + money hehe), memang manusia ni adalah tikus-tikus ujikaji yang disifatkan macam binatang, bertindak ikut kemahuan sendiri (rasional yang kawan aku kata sebenarnya takde la rasional tapi anti-rasional pasal masing-masing bertindak ikut hati dan kehendak memasing). Sebab itulah berlakunya ketidakcukupan yang dikatakan oleh ekonomis sebagai kekurangan kerana permintaan yang melampau tak boleh la nak dipenuhi dengan sumber alam dan bahan mentah yang terhad.

Tapi, masalah kekurangan ini sebenarnya boleh diatasi. Contohnya, zaman Umar ibn Abdul Aziz dah membuktikan kambing dengan serigala pun boleh makan sekali inikan manusia yang lagi bijak dari binatang mestilah sepatutnya lebih baik dari dua binatang tersebut. Dalam kata lain, keseimbangan permintaan dan penawaran dapat dicapai jika kita sesama manusia secara idealnya dapat bersepakat untuk berpada dan tidak berlebihan. Semua suruhan yang dimaktubkan dalam Quran bukanlah semata untuk dibaca tetap ditetapkan sebagai garis panduan sebagai merealisasikan dunia ideal tersebut ke dalam kehidupan kita masa kini. Kalau kalian pakai sistem kapitalis (yang Amerika sendiri pun bukannya pakai pure capitalism pun, korang je kena kelentong), buat rugi masa je belajar sebab dalam segala hal kerajaan atau pemerintah tak dapat nak buat apa-apa melainkan biar je la ekonomi akan pulih sendiri dalam jangka panjang. Tapi, kalau diperhatikan dengan betul pun, Amerika sebenarnya bukan takat tak pakai sepenuhnya sistem ekonomi kapitalis walhal menghampiri sistem ekonomi Islam (yang dalam sistemnya ada konsep kapitalis dan konsep sosialis tapi berlandaskan prinsip Islam yang menjauhi penindasan dalam urus niaga tanpa tolak ansur dengan unsur syirik seperti membazir, eh membazir itu syirik? iye sebab kita mempertuhankan nafsu tanpa ingat berpada seperti yang Tuhan telah ingatkan pada kita). Memang dalam diam sebenarnya US ni menghampiri suatu bentuk sistem ekonomi yang mementingkan hak kemanusiaan (berdasarkan sistem moraliti yang rapuh sebab sistem moraliti paling tinggi ialah seperti yang digariskan oleh ALLAH). Kalau nak kata dengan jelas, sistem ekonomi US ni tak disahkan oleh ajaran Kristian sama sekali sebab dalam Kristian mana boleh pinjam melainkan dari Yahudi (haa tengok la ni satu benda rekaan yang menyusahkan orang Kristian sendiri).

Oleh sebab itu, aku kena stop sebab dah kenyang pastu kena siap nak gi kelas. Hai patut aku baca buku, takpe, at least dapat berkongsi pun alhamdu liLLAH, suatu kenikmatan bagi mereka yang berfikir moga-moga difahami dan dikembangkan. Time to class..

______________________
Hari-hari pun kena fikir, lepas mati pun kita befikir jugak ke? Minda dan kesedaran kita mati tak nanti sebab roh kita masih hidup, badan je yang mati nanti, kan? Kita boleh berfikir lagi la lepas mati macam tu.. bestnya dapat fikir lagi nanti :D

0 Comments:

Post a Comment

<< Home