Thursday, April 07, 2005

Kalau hidup boleh dikaji, tapi masih juga tak pasti. Belajar ilmu ekonomi dan sains sosial yang lainnya, hanya suatu agakan untuk mencari formula yang boleh menjelaskan realiti berjalannya alam dan kehidupan manusia seharian. Tapi formula yang dapat dirumus hanyalah suatu formula yang pasti ada keraguan sebab dalam ilmu sains kehidupan, kajian yang dilakukan amatlah jauhnya dari 100 peratus yakin betul.

Errr apa pnye bahasa da... Hari ni akak aku masuk hospital, due date dah sampai, anak buah? Ah buat apa fikir, bukan dapat tengok pun. Harap selamat semua pun dah cukup bagus dah. Berbalik pada apa yang ditulis kat perenggan satu tadi, bahasa yang dipakai pelik sebab kalau sains diterjemah dalam bahasa Arab disebut "uluum". So kalau kita sebut ilmu sains = ilmu "uluum" dan kalau dimelayukan terjemahan dari bahasa arab, maka maksud yang sebetulnya jadilah ilmu ilmu-ilmu haha katun betul bahasa. Macam hari tu dah citer, rahmat kasih sayang, padahal perkataan rahmat tu pun juga bawa maksud kasih, pnye la nak tauqid (penegasan) sampai diulang banyak kali. Dalam penulisan, fiksyen la contohnya, kalau suatu perkataan tu diulang banyak kali menandakan mesej itu penting dan cuba ditekankan oleh penulis. Penulis cuba tekankan mesej tu pakai pensel, tu yang habis bercarik mesej tu kena tekan dengan pensel penulis hehe.

Pelik kan? Bahasa dan pemikiran manusia memang pelik. Tu sebab kalau mesej yang dipancarkan tak kena dengan frekuensi penerima, maka mesej tu boleh tak diterima dengan baik. Itu sebab dalam hidup ni pelik, kita takkan jumpa satu teori yang pasti, melainkan apa yang digariskan dalam Quran dan Sunnah. Tapi, sekali lagi, manusia juga menjadi punca perpecahan, bila terjemahan terhadap maklumat yang termaktub (tertulis) di dada al-Quran dan disebut dalam Hadith itu pelbagai kepala cuba cerakin dan rumuskan aplikasinya dalam hidup kita sehari-hari, tu yang takde pendapat yang satu. Tapi, bagi kita walau 4 mazhab pun kita tak kata pun imam-imam tu salah, semua pun betul. Hebat kan? Tak macam Kristian, tengok pada sejarah silam, dari Katolik, lahir yang ikut Martin Luther (panggil derang Lutheran), Protestant dan lain-lainnya. Bila dah lain versi Bilble yang dipegang, sampai berbunuhan. Tak percaya? Baca sejarah dunia Barat, bukak balik baca macam mana perbezaan dalam agama ni jadi satu sebab kawasan-kawasan di eropah berperang. Macam kat kelas hari isnin lalu sehari lepas Pope John Paul II mati, kawan sorang gelak tengok ramai orang yang kononnya silence dan khusyuk baca Marquette Tribune (paper official Marquette), pastu yang tengah baca cakap: "Kalau ko bukan Katolik pun, tak perlu la ko gelak, hormatlah sikit." Aku yang dok sebelah pun tak gelak, tapi tu la dia hakikat.

Pelik kan? Tak pelik pun, sebabnya ramai yang tak tahu. Islam adalah agama sekular, hui bunyi macam statement yang kontoversi, tapi sebenarnya perkataan sekular ni hanya sesuai dengan dunia Barat sahaja sebab dalam Islam kita takde institusi agama, yang kita ada hanya agama yang mana Quran dan Sunnah menjadi asas rujukan. Tapi ulamak kita tak dinaikkan taraf sebagai seorang ketua dalam agama. Tapi berbeza dengan dunia Barat, Pope adalah pangkat tertinggi dalam institusi keagamaan. Sebab tu wujud satu gerakan sekular, yang cuba memisahkan antara institusi keagamaan dan negara, sebab agama derang kalau tak buat macam ni alamat tak maju dan menolak penemuan baru. Macam zaman dulu, mana ada derang percaya bumi putar keliling matahari, tapi derang percaya matahari putar keliling bumi, tu yang agama derang ajar. Sape kata matahari dikelilingi bumi, dia bawak ajaran sesat yang boleh merosakkan kepercayaan orang ramai, so orang yang macam tu patut dibunuh. Pastu, Galileo pun mengaku la dia reka-reka je cerita (walaupun hakikatnya benar), dia pun kena buang negeri. Kenapa dia kata dia reka-reka? Sebab dia takut kena jatuh hukuman bunuh, sebab apa? Sebab gereja ada kuasa, gereja adalah satu institusi yang memerintah kehidupan di Barat pada zaman silam. Hari ini, kalau orang Barat paham, derang patut ikut Islam sebab Islam takde institusi dalam agama. Walaupun 4 imam berlainan pendapat, semua pun betul sebab kita takde hak untuk dakwa yang kita adalah pemilik kebenaran yang sejati, sebab al-Haq itu hanya ada pada ALLAH, Tuhan sekalian alam. Hanya Tuhan sekelian alam sahaja yang tahu dengan lebih pasti lebih dari 100 peratus tahu sebab Tuhan Maha Tahu.

***Selingan jap: Statement Islam menjamin sekular ni sebenarnya aku dengar masa Dr. Nomanul Haq bagi speech hari isnin lalu, dia kata sekular ni sebenarnya tak sesuai dengan Islam sebab Islam takde institusi macam dalam Kristian yang ada institusi gereja yang pegang authority dalam agama, that's why kalau pegang pada Islam tak perlu la ada struggle between church and state macam yang dialami orang Barat seperti tercatat pada sejarah beberapa ratus tahun yang lalu. Sampai Raja mengaku ada divine authority, sampai raja lawan Church, sampai state lawan monarki, sampai state lawan church, sampai berlaku keganasan akibat Revolusi di Perancis yang menuntut kepala raja yang zalim, tapi revolusi itu sendiri kejam dan zalim. Sampai berbunuhan tu. Satu lagi reason, Dr. Haq cakap, politik dalam Islam tak pernah dikuasai oleh agama, sebab ikut pada sejarah Islam pun (ni ikut apa yang aku faham la) ada je ulamak yang kena penjara sebab tanak ikut cakap pemerintah, ramai je macam Anwar Ibrahim tu ehehehe Anwar Ibrahim tu jauh sangat dan tak kena langsung sebab dia bukan orang alim agama hanya pemimpin je, okay serius2... so contoh yang sepatutnya ialah macam Imam Hanafi, sebab dia tanak jadi hakim kat Baghdad dia kena penjara. Macam tu jugak Imam Hambali, tak lari kena penjara jugak. Ramailah ilmuwan Islam yang dipenjara sendiri oleh Khalifah, Khalifah tu jangan main, Khalifah tu yang marah kat ulamak, abis ulamak kena penjara. Tu la bukti Khalifah sendiri tak dapat nak kontrol agama sekadar jadi ketua negara dan kalau ada pun Khalifah juga ada penasihat agama kalau Khalifah tu sendiri tak punya ilmu. Dan hakikat yang mesti difahami, apa yang jadi satu asas kesatuan umat Islam walaupun ada 4 imam yang cuba jelaskan aplikasi Quran dan Hadith dalam hidup seharian, kita disatukan atas dasar kita punya kepercayaan yang satu lagi menyatukan, iaitu Tuhan itu hanyalah ALLAH yang takde satu pun layak disembah melainkan DIA dan kebenaran ini hanya dibawa kepada kita melalui rasul-rasul yang diakhiri oleh nabi kita yang mulia lagi dikasihi, Muhammad RasuluLLAH yang merupakan manusia biasa yang juga mampu melakukan kesalahan tapi ALLAH memelihara nabi kita dengan memandu hidup baginda sebagai contoh ikutan buat kita semua. Ingat, kita bersatu sebab kita ikut ALLAH dan Rasul, kalau pemimpin kita bertentangan dengan ALLAH dan Rasul, maka kita patut derhaka pada arahan pemimpin. Ingat tau! Tamat selingan.***

Kalau kita tanya boleh ke Tuhan buat itu ini, itu namanya kita persoal akan kekuasan Tuhan. Dan kalau Tuhan boleh buat pun, apa motif kita sebenarnya? Motif kita apa? Mencabar Tuhan? Nak buktikan kita tak percaya pada Tuhan? Cuba fikir macam ahli falsafah yang takde asas, ahli falsafah yang bukan Islam, bahaya! Jangan cuba, sebab kalau nak cuba pun make sure Quran dan hadith jadi panduan. Satu soalan yang difikir ahli falsafah, "mampukah Tuhan cipta batu yang Tuhan senidri tak mampu nak angkat?" Bodoh kan? Sebab cuba jawab, apa motif tanya macam tu? Apa hala tuju tanya soalan macam tu?? Kalau dapat jawab pun, apa yang akan dapat diselesaikan? Ke mana sebenarnya soalan tu membawa kita?? Kita hanya bertanyakan soalan yang tak penting untuk kita tahu. Bunyi soalan tu sama macam orang yang takde hala tuju, terkapai dalam kegelapan. Ibarat dia tanya macam, "Eh, siapa aku?" "Eh kenapa aku hidup kat dunia ni?" "Eh, untuk apa aku dihidupkan dan dimatikan?" "Eh, ada tujuan ke hidup kat dunia ni?"

Soalan macam tu pun kalau tak dapat nak jawab, apa kita nak kata ye orang macam tu? Dah toksah nak kata apa-apa, kita kata kat orang macam tu, "Carilah jawapannya, supaya kita tak merasa rugi hidup menghirup dan menghembus udara setiap saat dan ketika selama kita bernyawa." Kita pun yang hidup ni, sedarlah tak ke mana hidup kalau takat dok lepak kat uptown tiap malam, kalau asik dok hisap rokok membunuh diri sekelumit demi sekelumit, nyawa kita mereput kalau kita merokok tapi kita tak perasan. Nyawa pun boleh reput? A'ah, hehe. Bukan apa, setiap kita lakukan, biarlah bermakna.

Nota sebelum habiskan penulisan kali ini. Cuba perhatikan pada perkataan maklumat (seperti yang ditulis dalam perenggan sebelum ni). Maklumat kalau ikut dalam bahasa Arab adalah jamak (plural/kata yang kolektif) untuk perkataan maklumah (sesuatu yang diberitahu atau yang dimaklum maka jadilah benda tu maklum atau sedia tahu). Bila dalam bahasa Melayu, kita hanya ulang dua kali jadilah ianya banyak, iaitu maklumah-maklumah maka kalau diikut dalam Arabnya jadilah ia maklumaat atau sesuai lagi dieja ma'luumaat. Dari perkataan maklumah tu juga ada perkataan maklum, bila ditambah ta bulat tu yang jadi maklumah tu. So, perkataan sebenar adalah maklum, so kalau sebut maklum pada orang Melayu, pahamlah ianya merujuk pada sesuatu yang sedia diketahui. Dari perkataan maklum tu juga dalamnya ada perkataan ilmu. So, kalau orang Melayu dapat faham mengenai bahasa macam ni hebat, kan ke dapat tahu ooo itu sebenarnya asal usul perkataan bahasa Melayu yang sebenarnya cedukan dari bahasa lain, dalam konteks maklumat, ianya diceduk dari bahasa Arab. Faham semua? Maka habislah penulisan untuk kali ini.

__________________________________
Ada pemikir ilmu falsafah Existentialist yang belajar tentang bahasa dan dia rumuskan satu pendapat yang menjadi idea gila bagi orang yang tak paham Existentialism, bahaya kan kalau kita tak paham bahasa. Kalau cikgu kita tau kita tak paham bahasa, abis kita kena marah, kenapa? Sebab dia kata "kau ni kurang ajar!" Haha, kesihan kan? Orang yang takde ilmu boleh diklasifikasikan sebagai orang yang biadab padahal dia takde ilmu. Kurang ajar je kena tengking sebab kita mengkategorikan manusia, padahal sesama kita tiada yang lagi bagus pun. Lagi tinggi ilmu patut lagi rendah diri, ini idak, kita pegi cop kurang ajar yang mana sinonim dengan biadab. Ibarat kita kata, ko ni geng biadab tahap rendah, aku orang terpelajar tak pernah kurang ajar sebab aku dalam kelas yang lagi tinggi dari kau. Aku rasa aku nak jadi orang kurang ajar, so takde la aku digolong dalam orang terpelajar yang bongkak macam bongkah kayu. Wachaa...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home