Saturday, October 09, 2004

Parah

Takleh tahan perangai manusia gila sekarang ni. Mahu dipancung sahaja, mahu dipukul sampai mati, mahu didera kembali orang gila macam ni, terencat akal sungguh. Kanak-kanak dibuat bagaikan mainan. APAKAH NIKMAT KEHIDUPAN ITU TIADA NILAI?? Ini la perangai manusia dalam masyarakat kita... memang rosak sungguh la... mana keadilan? Sama-sama perlu ditegakkan... Jika benarlah segala yang berlaku, manusia sebegini yang tidak pernah menghargai nikmat hidupnya adalah sejelik-jelik manusia kerana juga tidak menghormati nilai kehidupan manusia lain... pelik kan? Manusia sekarang tidak kenal siapa diri mereka, tidak tahu dari mana datang, tak tahu apa tujuan diberi nikmat kehidupan ini, dan tidak tahu pula mana hala tuju kehidupan... inilah yang parah... parah kerana erti kehidupan tidak difahami akibatnya nilai kehidupan tidak dihargakan sama sekali...

Jangan disimpan sendiri berita kezaliman ini... buka mata hati dan detikkanlah juga pada mata hati manusia lain akan kejelikan ini...

______________


Baca berita di bawah yang dipetik dari Harian Metro:

Edisi Tengah: Lihat adik dibunuh

Oleh Ahmad Nazri Mohamad
ahmadnazri@hmetro.com.my

POLIS TAHAN BAPA SAUDARA
SEREMBAN: Seorang budak lelaki berusia 10 tahun terpaksa bersembunyi semalaman dalam sebuah rumah kosong selepas melihat adik perempuannya yang berusia empat tahun mati akibat dipukul pakciknya di rumah mereka di Taman Seremban Jaya.

Menurut sumber polis, kejadian pada malam 28 September lalu itu dirahsiakan kanak-kanak itu daripada emaknya, seorang ibu tunggal 32 tahun, sehingga selesai urusan pengkebumian mangsa dua hari kemudian.

Sebelum itu, katanya, lelaki berusia 28 tahun yang mempunyai pertalian keluarga dengan mangsa, membuat laporan mangsa dijumpai mati di bawah tangga selepas terjatuh di rumah teres dua tingkat itu.

Bagaimanapun, sumber itu berkata, pakar patologis yang menjalankan bedah siasat mengesyaki sesuatu apabila mendapati kecederaan mangsa yang teruk, retak tulang rusuk, pecah usus dan cedera pada paru-paru.

Berikutan maklumat pakar patologis itu, katanya, polis membuat siasatan dan mendapatkan keterangan daripada ibu mangsa yang membongkar perbuatan lelaki yang sudah berkahwin itu.

Sumber itu berkata, ibu tunggal itu memberitahu anak kedua daripada empat beradik itu menceritakan lelaki itu memukul mangsa hingga mati di rumah mereka.

Berdasarkan cerita adik-beradik mangsa, lelaki yang bekerja sebagai penyelia di sebuah kilang di Seremban itu, sering memukul mereka ketika ibu keluar bekerja di sebuah kilang dari jam 7 malam hingga 7 pagi.

Sumber itu berkata, pada tengah malam hari kejadian itu, kanak-kanak itu melihat adiknya dipukul dengan kayu dan ditendang di luar rumah hingga terhumban ke dalam longkang.

Katanya, abang mangsa nampak kepala adiknya terkulai ketika diangkat dan diletakkan dalam raga motosikal lelaki itu sebelum dibawa pergi dari situ.

Menurutnya, kanak-kanak itu juga nampak lelaki itu datang semula ke rumah dan mencuci kawasan longkang tidak lama kemudian.

“Selepas itu, kanak-kanak berkenan melarikan diri ke sebuah rumah kosong berdekatan dan bersembunyi di situ semalaman.

“Apabila pulang ke rumah keesokan harinya, ibu mangsa memberitahu adiknya sudah mati.

“Bagaimanapun, mangsa tidak menceritakan kejadian sebenar sehingga selesai urusan pengkebumian kanak-kanak itu,” katanya.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohamad Abdullah, berkata polis menahan lelaki itu Rabu lalu dan menahan reman hingga 15 Oktober ini untuk membantu siasatan.

Menurutnya, berdasarkan siasatan, lelaki itu juga disyaki merogol kakak mangsa yang berusia 11 tahun apabila hasil pemeriksaan perubatan mendapati ada kesan koyakan lama pada kemaluan mangsa.

“Lelaki itu juga disyaki mendera empat adik-beradik berusia empat, tujuh dan 10 dan 11 tahun,” katanya.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, Seksyen 376 kanun sama kerana merogol dan Seksyen 31 (1) Akta Kanak-kanak 2001 kerana penderaan.

_____________________________
Kredit untuk: Harian Metro Online

0 Comments:

Post a Comment

<< Home