Friday, October 01, 2004

Manusia

Siapakah manusia? Pernahkah terfikir pasal manusia? Wujudkah manusia? Apakah komposisi manusia? Apakah perkara yang dipanggil manusia itu?

Nyawa dan badan, adakah nyawa dan badan itu dua entiti yang terpisah? Adakah nyawa itu dipenjara dalam badan? Manakah yang kekal, nyawa atau badan? Manakah asal nyawa (roh) dan mana pula asal badan? Apakah keperluan nyawa (rohaniah) dan apa pula keperluan badan (jasmaniah)? Siapakah yang dapat balasan, nyawa atau roh?

Heh... kenapa perlu fikir semua tu? Generasi manusia sekarang tidak perlu memikirkan tentang perkara asas yang ada dalam diri mereka kerana perkara fundamental ni buat sakit otak je. Tapi, apakah persepsi kita tentang perkara ini? Fahamkah kita bahawa kebenaran wujudnya ALLAH boleh terjawab kerana jawapan itu telah lama tersemat dalam diri kita, sedarkah kita akan hakikat ini?

Berapa kerat agaknya manusia di Malaysia dan dunia umumnya yang memahami perkara ini. Tahukah orang dahulu kala, Socrates, Plato dan ahli falsafah awal memikirkan persoalan ini. Kenapa? Kerana mereka mencari hala tuju kehidupan. Untuk mendapatkan jawapannya mereka berpendapat, mereka perlu memahami siapakah manusia (diri mereka) itu sendiri. Kebanyakan orang mencari kebahagiaan, tapi fahamkah apa itu kebahagiaan? Perempuan, kekayaan, kepandaian, pangkat dan kedudukan? Itukah kebahagiaan yang dapat memenuhi hala tuju dan tujuan kejadian manusia di muka bumi ini? Mana satukah yang menjadi pilihan kita? Kenapa kita tak memikirkan akan hal ini walhal orang dahulu yang telah sesat pun cuba mencari-cari akan kebenaran ini. Mencari-cari tujuan kehidupan manusia.

Owh, lupa... manusia hari ini telah digariskan itu dan ini dalam kitab rujukan mereka. Atau mereka menyangka kehidupan yang digambarkan oleh dunia sekitarnya menjadi jawapannya. Anak ikut mak ayah, kawan-kawan ikut teman-temannya, rakyat ikut pemerintahnya... hmmm tak nampak rujukan yang lebih authentic... Kehidupan manusia lain adalah subjektif untuk diadaptasikan. Hidup seorang mungkin hanya sesuai dengan kehidupannya sahaja. Menjadi raja, tak semua orang pandai menggunapakai dengan baik kedudukan itu. Menjadi rakyat, tak semua sedar akan peranan yang boleh dimainkan.

Tapi menjadi seorang yang Muslim? Semua orang boleh. Sesuai tak kira pangkat. Tak kira bangsa. Tak kira keturunan. Tak kira masa. Tak kira zaman. Tak kira tempat. Semua kita boleh jadi Muslim, semua kita boleh sujud dan rukuk.

Perkara yang buatkan kita sama akan tersingkap apabila kita faham siapakah manusia itu. Kita asalnya sama, komposisi kita sama. Roh kita dari Tuhan, badan kita dari tanah. Roh keperluannya kena rujuk pada Tuhan kerana dari situlah asalnya roh. Badan pula keperluannya berdasarkan pada keperluan tanah kerana dari situlah pula asalnya. Bila kita memahami hakikat ini, kita akan faham, tiada yang lebih istimewa. Cucuk pisau atau pedang tetap berdarah. Sekebal mana manusia tidak akan lari dari hakikat sebenar diri mereka yang bernama manusia, juga ada roh, juga ada badan dan juga hidup yang mana akan mati satu hari nanti.

Sedarlah manusia, kita sama juga serupa. Kita punya komposisi yang sama. Rupa bentuk walau berbeza tapi bila komposisinya sama, masih dipanggil manusia. Islamlah atau dalam kata lain berserahlah pada hukum alam, hukum alam mematuhi ketentuan Ilahi. Kenapa kita diberi pilihan tapi kita tidak mahu memilih jalan yang mengikut sistem alam ini? Agung sangatkah kita, kitakah yang mencipta alam ini? Ah kenapa begitu?

---Kalau dikatakan hidup ini sekadar imej yang wujud dalam otak, tanpa otak takde hidup ini, setujukah kita? Kita tiada badan, kita tiada tangan, tiada jari, tiada kulit, semuanya sekadar deria dan mesej yang diterima dalam otak. Pasti payah untuk diterima kerana selama ini kita menyangka badan kita benar2 wujud. Hmmmm takut kan bila fikir? Takut kan? Tapi fahamkah kita fundamentalnya mengenal diri kita ni? Kenapa kita tak pernah fikir?

___________________________
Kita manusia... rupa memang berbeza, tapi dalam itu penilaian yang sebenarnya

0 Comments:

Post a Comment

<< Home