Tuesday, October 05, 2004

Fikir

Berfikir itu ada 2 macam
Objektif atau subjektif

Bila objektif
-sekali pandang terus menghukum
-mudah sekali tuding jari tanpa usul periksa
-bila silap, malu.. kesal pun tiada guna
-tiada sangsi
-terlalu yakin sampai tak fikir apa kemungkinan
-kalau kata kerusi, maka ianya kerusi dan tiada kemungkinan ianya bukan kerusi
-berfikir macam ni lahirnya ilmu seperti Matematik, Fizik yang tiada sangsi kerna ianya pasti!
-tidak melibatkan perasaan

Bila subjektif
-eh betul ke ni?
-kena periksa dulu...
-mungkin bukan macam tu sebab ada kemungkinan macam ni
-owh, mujur tak cepat tuding jari
-ooo baru faham, hidup manusia itu pun subjektif
-tak semestinya kalau dia kena macam tu kita boleh hukum orang lain pun sama macam dia
-hidup seorang tu sesuai dengan hidup dia je
-takkan nak ikut bodo-bodo je...
-digunapakai dalam ekspresi emosi dan cara penyampaian... contohnya senyum...

Pilihlah dalam berfikir mana satu. Kombinasi keduanya perlu, adakala kita perlu fikir secara objektif dan di kala yang lainnya pula perlu berfikir secara subjektif. Nak pilih untuk fikir mana satu pun subjektif. Kemungkinan itu lahir dari objektif yang masih belum terbukti tetapi kepastian itu bukan menghapuskan kemungkinan tetapi adalah satu kemungkinan yang aktif dan terbukti. Fuh dah la, buat pening kepala sendiri dan buat pening kepala orang lain je nak memahami falsafah orang kafir yang "buta" nih... Janganla main dengan fikiran anda tanpa ada batasan... Jangan lari jauh dalam berfikir... gunakanlah asas dan rujukan yang baik supaya tidak sesat... buah manis yang manfaat itu boleh dipetik, yang pahit tidak bermanfaat itu bakar sahaja...

_________________________
Jangan mudah menghukum, fikirlah secara subjektif! Kaji dahulu...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home