Tuesday, February 10, 2004

Gossip

Dengar cerita, permaisuri negeri kat pantai timur dah lari ke India bawa harta berbillion lagi tu. Ah, bengangnya dengar, mana taknya bukan harta sendiri, harta rakyat. Sejarah dah membuktikan negeri pantai timur tu la dahulunya menjadi beban kepada negara kerana punya hutang yang banyak. Hingga kini, rakyat tetap miskin, kerabat diraja bermain dengan harta yang dikatakan milik mereka. Ah, mimpi mereka tu, kalau aku dapat takhta, nyah kau kerabat diraja. Kau telah rampas hak aku dan rakyat negeri aku. Walaupun gossip mengatakan si raja kini bermain 'kayu' untuk mengail Normala Shahsudin, engkau tetap hina. Raja di dunia, raja zalim, apakah patut engkau bertindak sebegitu? Aku tak takut, kalau pun aku ditangkap tapi aku tau, hak aku sepatutnya di takhta dan singgahsana yang engkau kini nikmati. Engkau takut ye? Kenapa masih tak lantik-lantik lagi orang kaya berlapan itu menjadi orang kaya berempat? Sampai matikah engkau kan biarkan si bangsawan menjadi Datuk Setia Muda? Bilakah nak naikkan si bangsawan menjadi Datuk Maharaja Perba J****? Tanah J**** itu bukan milikmu, milik kami!!! Sepatutnya, setelah tamat tempoh 40 hari kemangkatan Datuk Maharaja Perba J****, adalah secara rasminya Datuk Setia Muda perlu diupacarakan sebagai mengisytihar kenaikannya menjadi Datuk Maharaja. Tapi kenapa hingga kini urusan ini tak terlaksana? Adakah sebab engkau begitu sibuk dengan si janda??? Argh, nyah engkau. Aku tak takut ditulah, yang aku tahu, hak perlu ditunaikan. Engkau kini perasan harta di tanganmu milikmu, zalim sungguh engkau kerna itu adalah hak rakyat. Bumi dahulu hijau, kini telah ditarah... bencinya aku, kenapa tiada yang ingin mempertahankan lagi tanah hijau yang dahulunya tumbuh bebas? Selepas pemergiannya, aku yang dahulunya buta tak sedar, rupanya hari ini baru aku nampak, pemergian yang aku tak punya rasa waktu dahulu adalah satu petanda bumi hijau itu kan dirobek, tidaaakkk ianya bukan begitu sepatutnya. Almarhum yang aku sayangi tidak kan biarkan bumi hijau itu ditarah. Aku punya perasaan begitu sebab aku tahu, di hari kemangkatan almarhum, kontraktor yang dahulunya hampa kerna tidak pernah menang hati almarhum, kini mereka berlumba mengejar tender. Tak perasankah kalian? Bumi hijau itu kini telah ditarah (aahh tidakkk!!!), kini dibentang dengan permaidani jalan raya yang menghubungkan timur dan barat dengan lurusnya. Jarak itu bagaikan dipendekkan kerna tempoh perjalanan kini lebih singkat. Tapi tengok la sekarang, kemalangan maut berlaku di permaidani jalan raya itu. Aku rasa tanggungjawab aku untuk menyampaikan mesej ini daripada almarhum kepada semua, sama-samalah kita pelihara kehijauan bumi kita. Negeri itu negeri aku, walaupun aku tak dibesarkan di situ, tapi aku lahir di negeri itu. Negeri itu dahulunya kami yang tadbir, bagaimana mungkin aku dapat menuntut tanah kami semula?? Perlu ke aku menuntut negeri itu?? Melihatkan kezaliman yang ada, aku rasa aku perlu tuntut negeri itu. Kerajaan itu aku yang punya.... "Ingatlah hai manusia, kalau engkau mencari tanggungjawab, kebinasaan akan mengejar kamu. Biarlah tanggungjawab itu yang mencari kamu." Ya Allah, aku buta kuasa rupanya. Apa perlu aku lakukan, kezaliman ini makin berleluasa, takkan aku hanya mampu biarkan ianya berlaku lagi dan lagi dan lagi?? Pasti ada titik noktah akan ketidakadilan ini. Tak mengapa, pokoknya, aku perlu sampaikan mesej ini pada yang lain. Bukalah matumu wahai kalian, si raja kini bermain dengan si janda, kini menjadi buah mulut di kota ibu negeri tempat raja itu berkuasa, juga telah ada disiarkan di dada akhbar. Sedarlah hai kalian, tanah hijau itu kini ditarah, paip besar kini cuba ditanam, bukit kini menjadi landai, tanah hijau itu bertukar merah, hijaunya telah hilang. Tanah tinggi itu tempat judi, tanah itu bukan begitu caranya untuk dibangunkan, tapi hakikatnya inilah realiti yang berlaku. Bukalah mata kalian, walaupun si bangsawan telah tua, tapi si raja masih takut untuk menaikkan si bangsawan. Nak tau kenapa? Cukuplah dengan mengatakan raja itu zalim, takhta igauan yang dinikmatinya kini bagaikan syurga itu amat kuharapkan satu hari nanti dia tersandung jatuh dari takhta itu. Moga keadilan kan memegang semula tampung pemerintahan itu. Err, kalau aku yang memerintah, kalian nak sokong aku tak?? (layak ke aku memerintah?)... Siapalah aku??

_____________________________________
Aku cukup benci melihat kezaliman, aku cukup marah bila kehijauan yang kami cuba pertahankan itu kini dibentang dengan tar hitam yang takde la 'smooth' mana pun, 'still' ada lubang... argh, aku benci pada kezaliman!!! Dunia kini....hmmm fikirlah wahai diriku..."

0 Comments:

Post a Comment

<< Home