Tuesday, February 10, 2004

Marah?? Bersabarlah... sesal kemudian tiada gunanya...

Hari ni dapat surat elektronik (email) dari Abang Mat. Kalau dapat pasal menyayat hati ni mesti rasa nak kongsi dengan semua orang. Pasal marah... hmmm... teringat kenangan lama masa marah tak tentu pasal, habis barang sendiri rosak tu sebab kalau boleh tanak marah, barang rosak takpe lagi, kalau insan lain yang rosak macam mana? Tak nak le jadi macam dalam cerita sedih di bawah ni, moga menjadi manfaat buat semua. Renunglah, kawallah diri ketika marah. Moga kita semua menyahut peringatan baginda Rasulullah S.A.W. supaya mengekang kemarahan kita, kerana ada baiknya, kelebihan dan hikmah tak terhingga terselit di sebalik kemampuan kita mengawal kemarahan. Kan indah kalau semua manusia bersikap pemaaf, ibu dan ayah bersikap pemaaf pada anak-anak baru la takde dosa anak derhaka (kata-kata Mak yang diceritakan oleh Kaklong sewaktu borak dengan Kaklong beberapa ketika yang lalu --thanks Kaklong, beruntung kita punya mak ayah yang begitu kasih dan sayangkan kita). I really miss my beloved parents. waaa sedih plak. Indahnya dunia kalau mak ayah begitu penyayang dan si anak pula begitu taat dan kasihkan ibubapa mereka ---idealistik sangat ke? Apa pun, renungkanlah kisah di bawah ni. Moga menjadi peringatan buat ibu bapa, juga yang bakal jadi ibu atau bapa, mahupun kepada mereka yang pemarah, berhati-hatilah...

_______________________________


Dear all,

Satu tauladan for parents...
Buat yang belum berumahtangga, tolong forward kepada keluarga atau teman yang sudah berumahtangga .....(supaya mendapat iktibar)

Khusus untuk ibu-bapa, beristighfarlah banyak-banyak kali kalau tengah marah. Pukul anak jangan lah sampai mencacatkan Sesal dulu pendapatan sesal kemudian tak berguna!!

Baru baru ini surau di tempat saya telah mengadakan ceramah umum sempena menyambut Maulid Rasul SAW. Antara kisah yang menarik yang telah sampaikan oleh penceramah undangan tersebut ialah satu kejadian yang berlaku di utara semenanjung dimana tinggalnya sepasang suami isteri beserta seorang anak lelaki baru berumur + - 3 tahun yang petah bercakap dan tengah nakal juga seorang pembantu rumah.

Menjadi kelaziman keluarga di Malaysia ini anak ditinggalkan dengan pembantu rumah sewaktu keluar bekerja. Ketika si pembantu rumah ini sedang sibuk dengan kerja harian membasuh dan memasak, anak yang tengah lasak dan nakal ini bermain seorang diri diluar rumah. Ditakdirkan anak ini terjumpa dengan sebilah paku yang berkarat. Almaklumlah oleh kerana budak tengah nakal yang suka menconteng dan melorek apa saja maka dijadikanya kereta abahnya sebagai papan hitam/buku. Suami isteri tersebut tidak memandu kepejabat hanya naik m/sikal sahaja maklumlah nak jimat belanja. Si anak tadi telah menconteng, malah apa saja pada seluruh badan kereta ayahnya yang berkilat sebab baru di polish. Habislah kereta tersebut dengan segala macam kreatif anak nakal.

Kejadian ini tidak disedari oleh pembantu rumah. Baliknya si ayah dari pejabat maka terkejut besar separuh mati nasib baik tak mati sebab lemah jantung melihatkan kereta kesayangan jadi sedemikian rupa. Hilang penat terus menerkam kepada pembantu rumah yang terpinga pinga dan ketakutan sebab melihat muka tuan yang marah merah macam ketam dibakar. Siapa punya kerja ini, tanya beliau dengan keras, sianak yang ingin bermanja menjawab dengan jujur itu adalah kerjanya. Si ayah yang tengah panas baran itu terus mencapai rotan dan memukul tangan sianak bertubi tubi kali tanpa belas kasihan dan menghiraukan jerit lolong anak manja tersebut. Sudah terasa puas barulah ia berhenti tapi disambung pula olih si ibu yang geram dengan perangai anak tersebut memukul dengan rotan ditempat yang sama sebagaimana suaminya tadi. Si ibu hanya berhenti setelah melihatkan anak tersebut berhenti menangis dan jatuh pengsan. Pembantu rumah hanya terlopong
melihatkan peristiwa tersebut disamping rasa terkejut dan rasa takut.

Ayah dan ibu anak tersebut dengan rasa benci dan marah membiarkan anaknya tidur dengan orang gaji tanpa menghirau kannya yang menangis selama tiga hari berturut siang malam menanggung sakit. Pembantu rumah tersebut oleh kerana sudah tidak tertahan lagi melihatkan azab sianak yang menangis tidak henti henti serta menangung kesakitan yang teramat sangat lalu merayu kepada majikanya agar membawa anak tersebut berjumpa doktor.

Oleh kerana siayah mengalami gangguan untuk tidur maka ianya bersetuju membawa ke klinik, diklinik doktor arah rujuk kepada hospital pakar. Setelah diperiksa dan xray, tidak ada apa yang boleh ditolong lagi melainkan potong sahaja tangan anak tersebut untuk mengelakkan dari merebak kebahagian atas sebab telah bengkak hampir ke paras siku dan bernanah didalam disebabkan tulang yang hampir hancur kena pukul. Siayah yang masih marah begitu juga dengan si ibu bersetuju apabila doktor meminta untuk menandatangani surat kebenaran pembedahan tanpa soaljawab walaupun dengan sedikit rasa kesal di hati mereka.

Setelah si anak tadi sedar dari kesan ubat bius pembedahan ianya terkejut melihat tangan berbalut putih macam serban. Maklumlah anak yang keletah, nakal, manja dan petah bercakap tersebut berkata kepada si ibu dan ayah. Papa, mama; "saya berjanji tidak akan buat lagi perkara tersebut, tidak akan menconteng lagi kereta abah dan tak nak buat jahat lagi" katanya berulang kali sebagai tanda takut akan dirotan lagi. "Tapi abah dan mama bagi lah balik tangan saya, pulangkanlah balik tangan saya, pasangkanlah balik tangan saya yang abah ambil itu, saya berjanji tak akan buat lagi." katanya berulang kali sebagai tanda kesal. Bagaikan gugur jantung si ibu meraunglah ia setelah tersedar akan kesilapan yang telah dilakukan.

~SeMaLaM AdaLaH KeNaNgaN.......Hari Ini AdaLaH KeNyaTaaN.....Esok AdaLaH HaRaPaN~
_____________________________
Sumber: forwarded by Abang Mat
Hitamnya mata hati ketika marah, tindakan pun bagaikan orang buta, bila tiba-tiba pandangan hati itu kembali terang baru nak perasan dah terpijak banyak paku.
"Ya Allah terangilah hati-hati kami dengan cahaya hidayahMu sepertimana Engkau menerangi bumi ini dengan cahaya matahariMu".
"Aku tanak marah sebab nanti yang marah tu bukan aku, tapi yang marah itu adalah aku yang dikawal oleh... nafsu atau ???".
"Aku tanak marah sebab aku tau aku tak dapat kawal diri bila aku marah, takut nanti habis semua benda di sekeliling aku hancur punah, aku yang akan rugi di penghujungnya nanti".
"Aku tanak marah, nanti aku macam orang gila tak tentu arah. Sebagai Muslim, aku dididik untuk berpijak di atas bumi nyata, aku tanak jadi orang gila".

0 Comments:

Post a Comment

<< Home