Wednesday, July 20, 2005

At last, aku dapat gak link utk RTM... dulu ada pastu takde skang ada balik... so dapat la aku letak balik link untuk tengok TV mesia... ntv7 pun ada (tapi tak pasti live ke idak)... tv8? 8TV aku tak tau plak... channel 9? channel 9 masa baru bukak aritu aku ada emel, dia kata tak buat lagi... hmmm apa lagi? kalau tanya aku channel astro aku taktau ler... sah kena bayar... lagi plak ada AF sah2 aku takkan letak link haha... mau aku nak promote AF, sori wori... takde kerja... jiwa patriotik aku bermaruah haha... apa aku citer... so enjoy la bagi yang kempunan... bagi yang tidak kempunan mari kita kutuk yiha!

Minggu ni layan Shark Week kat Discovery Channel... best! Yang paling best Mythbuster yang berusaha membuktikan myths yang tak semuanya betul... surely this week semuanya pasal Shark... banyak jenis jerung kat US... dan yang paling best, tengok percubaan berenang bersama jerung yang paling ganas, Great White Shark (siapa minat Pendekar Laut dia tau nama Orga, yang sepatutnya Orca which is the scientific name of jerung putih gergasi) di Afrika Selatan... kagum! Secara umumnya, jerung tak makan manusia... satu jenis jerung je yang biasa serang manusia... yang lain tu biasa dia tersilap ingatkan kaki manusia tu ikan... tapi filem Jaws oleh Stephen Spielberg berjaya mewujudkan salah faham dan diskriminasi ke atas binatang yang bernama jerung ni... jadinya siapa yang tengok War of The World (yang sebenarnya adaptasi atau lakon semula dari cerita Sci-Fi lama) pun sepatutnya akan rasa prejudis pada makhluk asing sebab Spielberg suka psiko manusia supaya takut pada sesuatu yang dijadikan raksasa dalam filem arahan beliau... atau dalam kata lain aku saja buat dakwaan yang takde kaitan dengan jerung pun... tapi itulah peranan filem yang boleh mempengaruhi minda manusia yang mudah tertipu... oleh sebab itu, jom layan Discovery Channel! marilah beralih dari AF ke Discovery Channel hehe...

_____________________________
Tahukah anda, jerung ada pelbagai jenis... tapi dalam semua species jerung, kebarangkalian anda tidak akan diserang jerung ialah 80 peratus, kiranya hanya 20 peratus je yang suka "main-main" dengan manusia... dan perairan US tak kira West Coast or East Coast keduanya ada jerung kerana kawasan banyak ikan kecik menarik perhatian jerung... ah gila apa aku nak citer semua kat sini... nak tau tengok sendiri... or visit Discovery Channel's Shark Week

0 Comments:

Post a Comment

<< Home