Thursday, July 07, 2005

Sekejapan (kata NM) dalam riwayat hidupku...

Kelas untuk minggu ni habis tadi, sebelum pergi kelas tengok berita London kena bom, tempat-tempat kena bom tu aku dan kawan-kawan pernah pergi (antara 2 stesen yang we all pergi tempoh hari ialah Russell Square dan Liverpool Street) masa bulan Disember 2004 yang lalu, syukur, pergi kelas tadi bincang dengan best fren, Paeh, diberitahu ada orang kata bom tu sebab ada negeri tak puas hati London menang pemilihan untuk jadi tuan rumah Olimpik 2012, tapi disalahkan pula golongan pejuang Islam yang katanya bom atas nama Islam, biasalah Barat, satu masalah tuding Islam dan pengikutnya sahaja, tak pernah terdengar perkataan "Israel" dan "bom" di dunia Barat ni....

Balik kelas, makan nasik lauk sambal udang, basuh pinggan, bukak peti surat, semua surat untuk aku, tengok surat pelik, bukak, satu reader's digest yang aku dah malas layan, satu lagi surat dari Milwaukee Govt., cuak, baca, TB test?, the hell, aku dipilih untuk buat TB test, baca lagi, katanya kalau dah terdedah pada virus TB kesannya bukan segera, ada kemungkinan bertahun baru kena, cuak lagi, kena pergi check la macam ni, dipilih maknanya dapat check PERCUMA, senang hati, lepas ni kena buat appointment dengan Health Service, surat kena bawak baru dapat F. O. C.

Ingat nak pergi tengok Jazz in The Park at Cathedral Square Park, Downtown Milwaukee kat East side, katanya ada Latin Jazz, teringin nak tengok, Zul called, jom bola kol 6, terpaksa batal niat nak pergi tengok Jazz performance, teringin nak pergi, teringin je la untuk masa sekarang... layan Jazz? Boleh la... Ingat nak pergi, tapi buat lupa la nak pergi.... Main sukan lagi bagus, bagus untuk badan dan minda, muzik hanya bagus untuk akal je pasal aku tak pandai berdansa, aku tak naik gila bila dengar muzik, kata lecturer, Dr. Noel, yang ajar Existentialism, ada dua jenis manusia, satu yang ikut "reason" (akal) satu lagi manusia yang dah kaburkan kuasa minda (akal) lalu diikutnya perasaan gila bila dah mabuk ("intoxicated") contohnya mabuk muzik bila dengar rasa nak ketap (aku tak tau la apa perkataan tapping dalam BM ye? maybe "hentak perlahan"? pelik bunyinya, kalau "hentak" je aku rasa kuat la plak...lantak la BM aku memang hancus) kaki.

Philosophy? Lama dah tak baca... Economy? Masih minat dan masih baca, tengah menatap lagi penulisan Dr. Mahathir tentang ekonomi Malaysia, penting tahu sejarah, itu kata Dr. Nourzad yang ajar aku Macroecons, baru tau camne rentak dan arus perubahan ekonomi, ekonomi Makro best, tanya Paeh, baru tau "how stupid" bila bertindak tanpa tau ilmu ekonomi, kata Paeh belajar ekonomi sama dengan belajar memperbetulkan "common sense," aku setuju, perkara yang sama jugak aku dapat, belajar ekonomi mengajar kita berpijak atas bumi nyata, merancang hidup duniawi dengan asas dan prinsip logika akal yang bagus, bukan bertindak dengan maklumat kasar yang dibuat oleh ramai manusia, jadinya belajarlah ilmu ekonomi, kalau ditanya adakah kita akan capai INFLASI SIFAR? Jawapannya TIDAK MUNGKIN sebab tiada istilah inflasi sifar, tapi kenapa di Malaysia dahulu ada kempen inflasi sifar? Sebab kempen tu tipu pengguna/rakyat semata, sebab bagi aku rakyat Malaysia tak ramai yang faham ekonomi dengan baik, belajar ekonomi rasa benci sebab bosan... rugi... belajarlah semua benda (konon bagus)...

___________________________
Aku tak tau apa aku taip, menghitung hari umur aku di sini makin berkurang, kurang setahun lagi misi aku akan aku akhiri... teringat kata kawan aku, dia menulis blog untuk tatapan anaknya bila dia... bila sampai masa dia akan bagitau anaknya catatan blognya, how sweet...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home