Thursday, June 23, 2005

Duduk kat rumah orang, bila tak tau buat apa2, dicari kerja...
Dimainlah jari-jemari... cuba-mencuba "patah"kan jari biar "letup-letup"...
Lepas dah habis letup, dimain lagi jari-jemari...
Ntah ada lagi bunyi ke idak...
Perhati gelagat diri, kekok tanpa sebarang kerja...
Diam... perhati... Mencari kerja...

Bila di rumah ALLAH pun, menanti saat azan berkumandang...
Berdiri sendirian, melihat sekitar...
Berdiri di saf belakang sementara menanti muazzin berdiri di hadapan...
Hanya seminit dua tiga empat je lagi...
Terfikir apa nak dibuat? Sekali lagi jari-jemari jugak menjadi mangsa...
Mulut berkumat-kamit, tangan patah-mematah jari...
Rasa bersalah kalau sekadar senyap, kekosongan diisi dengan peringatan..
Diqasad/tumpukan hati membatu ke arah Rabb Yang Maha Satu...

Berdiri sendirian lagi...
Terasa di bumi asing, walau bersama saudara seagama...
Kerana dirasakan diam mengisi penantian itu lebih indah...
Lihat sekitar, senang hati melihat kemesraan manusia lain...
Gembira bersalaman dan sahut-menyahut dalam bahasa ibunda mereka...
Dari dunia sendirian, kuperhati dan tersenyum dalam hati...
Senyuman dan kegembiraan juga kegembiraan hatiku...
Manisnya ikatan iman, biar jauh turut dikongsi ketenangannya :)

Kini sendirian lagi...
Sepulang teman serumah, mereka menonton cerita Indon...
Tapi, aku petang tadi bermain bola sepak bersama rakan Indon, Edwin namanya...
Aku tak perlu tatap rakaman, kerana pengalaman aku real live...
Bagi yang tak merasa, cukup sekadar memerhati...
Cuma, waktu tayangan selari waktu membelek buku...
Ilmu yang ditakung ini hanya tinggal 4 hari lagi curahannya...
Hari ke-5 akan diuji kejernihannya...
Sesudah itu, tamatlah seketika perjuangan...
Moga dipermudahkan urusan diri...

Bila telah selesai segalanya...
Bila telah tiada kerja...
Bila terfikir apa perlu buat...
Adakah jari-jemari masih menjadi mangsa?

__________________________
Kenapa fokus pada diri? Apa peduli tentang apa yang diperkata?

0 Comments:

Post a Comment

<< Home