Sunday, May 29, 2005

Waktu Itu...

Hidup,
Adakah hanya sedut dan hembus?
Atau menghijau dan berbuah?
Setakat itu sahaja?

Berjalan,
Adakah dari meniarap dan merangkak?
Atau dari bertatih dan berkerusi roda?
Sepanjang masakah mampu berjalan?

Mati,
Adakah bila sudah tiada nafas?
Sudah tidak menghijau?
Adakah ada lagi selepas itu?

Berhenti,
Sejenak?
Termenung?
Apa ada pada sekitar dan waktu itu?

Perhati,
Fikir?
Melangut?
Kagum atau kosong?

Waktu itu,
Kau masih berenang dalam laman kasih (rahim) ibu,
Jantung berdegup tanda kehidupan,
Berjalan selepas mampu berdiri,
Sampai masa kan kembali dimatikan,
Berhenti, tiada lagi degupan...
Perhatilah, waktu itu apa yang ada?
Kagum dengan ganjaran buat bekalmu?
Atau, rugi kerna kosongnya kantungmu?
Tiada guna lagi menung,
Tiada kan berbalik,
Rugi tika menghijau,
Berbuah pahit, tiada digemari...
Mungkinkah menanti saat hilang hijau barukan sedar?
Tiada lagi peluang setelah dikembali....
Aku dan kamu dan mereka semua kan kembali...
Saat tiada lagi makna merintih yang berlalu...
Malu? Resah? Gundah?
Hari ini kan menjadi penentu...
Usahalah hai diriku jua dirimu...
Untuk hari kita di alam sana...

_______________________
Katakan pada diri, "Andai diri berusia 80 tahun, apakah dibangga kehidupan waktu lalu?"

0 Comments:

Post a Comment

<< Home