Thursday, May 12, 2005

Aku rasa aku nak cuba pakai la ilmu yang aku dah belajar dalam beberapa tahun ni. Berdasarkan pada kenaikan harga barangan di negara kita Malaysia sekarang ni, keadaan macam membimbangkan. Kami di luar ni tak merasa la apa kesan kenaikan harga minyak masak eh minyak petrol dan diesel kepada perkembangan ekonomi sekarang ni. Kurasakan kuncup atau melayu jugak akhirnya nanti ekonomi negara kita ni, pak hehe. Mula sekali kita cari teori, harga kos naik sebab harga minyak naik lalu harga barang pun naik, buatkan pengguna tak mampu nak beli barang macam biasa sebab rega barang jadi mahal... pasal rega naik so pengguna pun mintak sikit je la sebab tak mampu nak beli barang. Hukum permintaan ni mudah je, harga naik mintak pun turun sebab tak mampu nak beli banyak. So, kita dapat fikir pembolehubah untuk kajian kita ialah 1) Harga minyak 2) harga barang 3) harga barang gantian dan 4), 5), 6) lain-lain tu pandai taram je lah. Lepas tu kita buat penilaian regrasi mencari garis penyesuaian terbaik bagi memerhatikan perubahan situasi realiti melalui pembinaan model (graf regrasi) atas kertas. Lepas tu kita periksa balik, betul ke idak apa yang kita kaji ni? Kena periksa jugak ada penyakit apa ke dalam cara kita kaji ni? Ada ke idak pemboleh ubah yang kita tertinggal ke, macam nilai subsidi ke (tapi yang ni dah dicerita secara eksplisit dalam harga minyak yang juga menerangkan jugak harga kos buatan atau pembekalan). Pastu kita periksa balik, betul ke formula yang kita pakai iaitu garis lurus ni sesuai untuk model kita ni? Elok pakai dalam bentuk logaritma ke atau dalam bentuk linear-logaritma ke, atau logaritma-linear ke? Kita periksa lagi ada penyakit kesan dari perubahan sebelum ni ke macam kesan pada gempa bumi yang berlaku beberapa bulan lalu ada ke kesan dia pada keadaan sekarang ni.... dah la malas aku nak citer, pasal aku tak tau nak cakap apa dah hehe... kalau nak tau, belajar ekonometrik, kejar-takde-matriks... bukan dalam alam maya macam Keanu Reeves masuk tu, sebab kita kaji alam betul pnye, alam matriks ni tak main aaa hahaha bengong dah aku nih... dah-da, balik pada apa yang kita nak bincang tadi....

Secara mudahnya untuk memahami kenaikan harga ni, semudah A+B = C. Kalau harga diesel naik akan buatkan kos pengangkutan barang yang melibatkan kenderaan barang dagangan menjadi mahal, tambah lagi dengan kekurangan sumber yang diperlukan lagi la buat harga melambung. Okay harga minyak naik A dan harga kos naik pulak B. So, kalau tambah A dan B akan dapat C. Apa yang sepatutnya berlaku bila berlaku C? Untuk C, reaksi yang berlaku ialah apa yang kita dapat perhatikan sekarang iaitu kenaikan harga barangan untuk menampung kos.

Penyelesaian dalam permasalahan kenaikan harga barang ni ada dua sudut yang boleh kita perhatikan, ye memurid. Mula sekali kita dapat lihat pada penyelesaian yang negara kita sekarang cuba lakukan, iaitu mengubah corak permintaan barangan. Contoh yang jelas, negara kita cuba buat kempen beli barang murah (yang kualitinya kerajaan tak jamin sama sekali). Yang ini adalah satu kemukaan yang teramatlah klasik. Satu perihal yang menyukarkan lagi ialah kegagalan negara dalam mendidik rakyat tentang ilmu mudah ekonomi. Kalau rakyat takde asas sama sekali, semudah A+B=C, inilah yang payahnya. Kalau kerajaan nak A+B tak jadi C, maka ilmu mudah itu akan disalahi. Tapi, dari sudut jangka pendek memang la sakit sket, haa ini pun ilmu mudah ekonomi, biar bersusah seketika, kejap tak lama nanti elok la tu.

Okay, penyelesaian kedua yang kerajaan kita yang konon miskin tanak buat ialah menambahkan lagi nilai subsidi diesel dan petrol. Perihal ini adalah satu solusi yang dikemukakan dari sudut pendekatan membantu pihak pembekal dan penjual. Ini dipanggil sudut penawaran dalam bidang eco-money (kejar duit). Hal ini, jarang sekali kerajaan kita nak buat sebab tak berani nak pokaikan duit kerajaan (yang sebenarnya duit rakyat). Dalam pendekatan yang ni, orang dulu tak percaya la boleh buat pendekatan macam ni, tapi tak sangka boleh sebenarnya. Macam contoh satu program untuk pemuda-pemudi yang mengangggur ni, pendekatan yang kerajaan buat ialah menghidupkan semula program latihan (yang mana elaunnya jadi hal jugak, sekali lagi tanak pokaikan duit rakyat secara jelas,belakang-belakang tak tau, huish tak baik sangka buruk, dosa...). Ini pun sebenarnya satu pendekatan dari sudut penawaran sebab kita melatih pekerja supaya jadi lebih produktif, tapi satu yang kureng sikit la di mata kaca den yang buto nih, kerajaan gagal menyediakan peluang pekerjaan. Hal macam ni, sebenarnya bukan kerajaan gagal apa, tapi tak menarik minat, sape la nak buat kerja ladang atau nak jadi jurulatih dengan ijazah perakaunan dan pengurusan. Tapi, tu sebab jugak elok kalau yang tanam anggur takde hasil tu ikut program latihan tu sebab cari kemahiran lain supaya lebih kompetitif (huish kutip dari perkataan ongputih).

Penyelasaian dari mana sudut pun, sebenarnya la, ini aku punya pendapat yang aku rasa teori aku ni memang secara umumnya betul. Sebab, kalau la negara kita adalah satu famili yang kecil, cara untuk atasi kemiskinan, kita simpan duit dan labur (tapi kena ikat perut) atau kita cari kerja lain untuk dapat lagi banyak duit (tapi kena kerah keringat dan peluh, yang ni cara baik ikut agama sebab pelaburan kalau ikut kejar-duit a.k.a. eko-money kafir ni boleh jadi haram kalau tak tentu hala dicampur lagi dengan riba'nya dan lain lain lagi). So, secara umumnya, penyelesaian yang tepat mengikut pada falsafah ekonomi ialah SIKAP. Perubahan sikap adalah faktor kepada penyelesaian yang dah dimaktub dalam sistem ekonomi Islam. Kalau kita tak tamak nak buncitkan perut dengan duit yang tak kesah halal haram mahupun halam, kita akan lupa yang segala entiti dalam ekonomi tak kesah la barangan ke pembeli ke penjual ke hatta diri kita sendiri yang mengaku pembekal atau pembeli atau usahawan ke apa ke semuanya adalah di bawah kekuasaan ALLAH. Tu pasal kalau nak solusi paling agung dalam permasalahan ekonomi, kena perbetul sikap kita, kalau orang Islam tu kita kena betulkan iman dia dulu. Kita kata, "Sabar la semua ye, kerajaan akan tanggung sikit subsidi tu, tapi kerajaan terpaksa naikkan sikit cukai ke atas rakyat (pengguna dan pembekal tak lari), so kita sama-sama usaha. Sebab kerajaan kita sempit duit, kita sama-sama cari duit dan kumpul duit. Hutang lama yang berbillion yang dah bercucu-cicit tu pun tak terlunas lagi, tu sebab kerajaan nak rakyat tanggung walaupun kerajaan tau kerajaan salah sebab tak pandai kawal dengan baik. Tapi, kerajaan nak rakyat tahu yang cara penyelesai ekonomi bukan ekor-money, tapi kita biar ekor-iman-dan-taqwa." Hoho, kalau cakap camni kat orang bukan Islam, pergh pasti derang tak paham, apa maksud iman dan taqwa. Kawan aku dak Cina Mesia yang tengah dalam perjalanan balik ke Mesia sekarang ni pun kata dia tak paham apa benda kerohanian ni sebab dia kata dia berfikiran bebas tanpa batas (free thinker la katanya). Tapi, kawan aku ni bagi aku satu kisah yang buat aku malu, dia kata ayah dia ada buat bisnes balak kat Pahang, ada la satu kes ayah dia cadang orang Melayu pindah dari dok kat kawasan rendah yang memang selalu kena banjir sebab jejaskan produksi syarikat pasal pekerja ni tak datang kerja bila banjir. Tapi orang melayu kuno ni dengan bangganya jawab, "Kami tanak pindah sebab bila banjir kerajaan bagi duit." Ceh, macam besar sangat kerajaan bagi duit tu. Kalau aku la, pecat je la pekerja camtu. Buat susah syarikat je. Kawan aku ni tegur la dia kata jangan la nak harapkan pada kerajaan je sebab dia kata sebagai minoriti derang memang usaha kuit untuk mendapatkan kekuasaan dan sama rata pasal derang takde la dapat layanan istimewa (yang takde la istimewah pun) dari kerajaan.

So, basically, kena faham satu je. Usaha setiap ahli eko-duit ni bukan apa, nak atasi masalah ialah dengan ubah sikap. Rakyat kena banyak berjimat, macam kat jepun naik beskal dan kenderaan awam (tapi masalah kat mesia bas teksi pun mahal tambah lagi jadual yang macam haram tak tepat !&*^&(@#^@&! -huh puas hehe). Tu la, semua pihak kena ubah sikap. Kalau anda kata 100 peratus kepuasan kat perkhidmatan kerajaan dan institusi kewangan di negara kita, peh tak betul, nak sampai 50 peratus pun payah. Muka masamnya, pastu kalau tengok cara pakai macam orang tak berada mesti dalam hati, "Malas aku nak layan orang miskin nih, bukannya paham apa aku nak cakap." TU yang bila layan tu, "Apa? Tak puas ati?" ditambah lagi dengan yang singkat otak ikutkan sangat pada prosedur. Itulah kekurangan yang perlu diperbetul dalam sikap bila bekerja dan mengguna di Malaysia. Hatta walau sekelumit cuma perubahan tu pun bermakna, sebab ekonomi memang perhati macam mana tindakbalas manusia terhadap perubahan. Manusia adalah tikus makmal ahli eko-duit sebab bagi ahli eko-duit, kelentong manusia adalah menarik, sian manusia kebanyakan. Tapi sebenarnya, manusia lagi bijak mengkelentong ahli eko-duit, tu sebab ahli eko-duit terkial-kial nak bantu manusia kebanyakan, buat program sana sini itu ini sampai kata, "Kita kena usaha perluaskan pelaburan ke luar negara," padahal ahli eko-duit dah terkial tak pandai nak tutup dah kelemahan derang yang tak tau apa-apa. Tengok la nanti, KWSP plak kecoh, aritu dah kena dengan Tabung Haji, lepas ni lingkup la KWSP. Sebab aku risau la, berdasarkan pada perkembangan sekarang ni, kenapa perlu kita labur? Sebab dah takde duit ke dalam KWSP tu? Cuba bagitau betul-betul apa sebabnya sebenarnya ni?

Entahla, aku ni tak patut buat wild guess sebab kalau jadi ahli eko-duit yang bengong, hanya ikut pada data dan nilaian statistika. Okay lah, aku nak buat kerja eko-duit jap, ada kerja statistika yang kena hand in esok. Tapi secara sempoinya, periksa akhir aku dah habis, ni yang seronok ni, hai apa nak buat, Quran? Makan? Buku? Haa baru teringat, baca buku yang Mahathir tulis yang aku pinjam dari library tajuknya, The Way Forward. Aku nak jadi Mahathir yang pandai eko-duit jugak la hehe.

___________________________________
Bagi yang tak paham eko-duit, duit ialah money, so eko-duit ialah eko-money, evolusi sikit selama kurang dari satu saat, maka ia adalah adik kepada ekonomi. Bagi yang tak tau jugak, adik aku dalam proses ke-2 cuba untuk masuk MAS... dia dah lulus ujian pertama, dan harapnya dia lepas untuk kali ini sebab kata ayah, harap dia dapat masuk MAS sebab MAS tu ialah singkatan pada nama adik aku Muhammad Abdul Salam. Tapi kalau kat US plak, MAS stands for Muslim American Society..... dan secara umumnya semua tu takde kaitan langsung dengan eko-duit, cumanya kebongkakan kita akhirnya menghasilkan KLIA yang banyak mempokaikan... apa usaha kita untuk membuat semula duit yang kita dah boroskan? Solusinya, ubah sikap dan cari atau simpan lagi banyak duit. UBAH SIKAP! UBAH SIKAP! UBAH SIKAP! Aku cakap kat diri aku je, sebab aku nak cari lagi human capital supaya nilaian human capital yang aku ada lagi tinggi dari orang lain, macam ye je nilai aku lagi tinggi... err second thought, boleh ke aku jadi macam Mahathir yang boleh nangis sebab bangsa sendiri degil sangat payah nak ubah sikap? Serius ni bangsaku, kalau nak jadi bagus dalam kejar-duit ni, kena ubah sikap! Ubah la sikap wei, nanti aku nangis cam Mahathir gak, letih dah orang tua tu.... Sebab sikap Tan Sri Dr. M tu la buatkan orang nampak dia bagus sebab sikap orang lain tak bagus.... hoho tiba-tiba fanatika Mahathir hidup dalam jiwaku....oooyeah, hidup Dr. M! 20 years to come Dr. M tu akan jadi gelaran untuk aku plak, sebab nama aku pun boleh jadi mula dengan huruf M :p

0 Comments:

Post a Comment

<< Home