Friday, July 22, 2005

Aku bila baca forum ni baru aku tau ada kes macam ni... aku kurang sikit nak belek bahagian surat di laman akhbar Malaysia. Tapi, kalau hal macam ni dah jadi pada orang yang mempunyai harapan besar untuk memajukan diri kerana mempunyai rekod yang cemerlang, sedihnya bunyi. Agak-agak apa tindakan yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah ni? Ada yang ambil berat ke pasal kes ni? Siapa? Anda bagaimana pula?

__________________________

Luahan Seorang Gadis Kampung di Perlis

Sistem on-line susahkan pelajar kampung

Saudara Pengarang,PENGGUNAAN sepenuhnya sistem on-line bagi permohonan jawatan kosong dan kemasukan ke IPTA, politeknik dan maktab wajar difikirkan semula bagi pelajar luar bandar.

Saya dan kawan-kawan yang berada di kampung pedalaman kurang terdedah dan tidak berkemampuan untuk memiliki komputer. Kami terpaksa berulang-alik ke pekan untuk mengisi permohonan.Ada kalanya kami kecewa kerana pusat siber yang beroperasi tidak tentu masa.Kerap juga kami terpaksa menunggu giliran yang lama untuk menggunakan komputer di pusat siber, dan pernah balik begitu sahaja.

Selain itu, pengisian borang melalui on-line menyukarkan kami untuk berbincang dengan keluarga akan jurusan yang dipohon berbanding mengisi borang melalui pos kerana terdapat buku panduan untuk memilih jurusan yang dipohon.Saya dan kawan-kawan yang memperoleh keputusan cemerlang kecewa kerana kurang mahir menggunakan komputer serta tidak mendapat bantuan keluarga untuk membuat pilihan yang betul, menyebabkan permohonan kami gagal.

Oleh itu, saya dan rakan-rakan sangat berharap pengisian borang melalui pos diguna semula, selain menggunakan sistem on-line. - GADIS KAMPUNG, Dato' Kaaman, Perlis.

http://utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2005&dt=0708&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_04.htm ape nih?bukankah perlis lagi maju dari kelantan?

_______________________
Semua petikan di atas aku amik dari forum klik sini

0 Comments:

Post a Comment

<< Home