Wednesday, February 18, 2004

Cerita Malam 13 Februari Tempohari...

Cerita lapuk ni walaupun dah berlalu tapi rasa menarik pula kalau dibuat cerita :D Tak perlu banyak tulis, setakat letak gambar... hehe, tiba-tiba dapat idea bila tengok gambar-gambar yang diambil tempohari masa pegi umah abang Mat (jiran sebelah) aritu. Kenapa pegi umah abang Mat malam tu? Jawapnya ada di bawah...







Esoknya (14 Februari) kitorang pun ada makan-makan sebab ada makan-makan sampai malam pun tak payah makan dah sebab banyak sangat menu yang sedap-sedap (ya Allah, lupakah aku pada saudaraku di tempat lain??). Kek ada dua jenis, alkebetulan ada harijadi sorang brader ni, dia sendiri yang buat kek untuk jamah tetamu yang bertandang ke rumah abang Mat... (Brader Rizal yang buat kek? uih, tercabar nih.. aku hanya mampu buat kek coklat je ;p) Alhamdu lillah, semuanya sedap-sedap belaka sambil melayan Lion King 1.5 (one and half). Makan sedap, katun lawak (lupanya aku akan hakikat kehidupan di luar sana..). Hari tu juga dapat jumpa abang Wan (my second cousin) and family, tapi tak sempat amik gambar sangat sebab kamera bateri 'kong' plak. Tu la yang tak best bila semangat jadi jurugambar tak berbayar lagi tak bertauliah, bateri plak buat hal. Tapi, hari tu semuanya menarik la walaupun aktiviti hanya makan-makan (typical activities for Malays or Malaysians?? nampak sangat asyik layan perut je...).

______________________________________
Kenapa kalau makan-makan tak pernah terfikir pasal nasib insan lain, yang ingat hanya perut sendiri... teruknya la...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home