Friday, November 21, 2003

Semalam belajar Philosophy macam biasa. Sehabisnya kelas, terasa tak berapa jelas apa yang dipelajari masa kelas tadi, almaklum la bincang mengenai Plato's Pheadrus. Berkisar mengenai komen Socrates mengenai cinta. Masa jumpa lecturer tu, punya lama la borak sampai masuk diskusi general about Philosophy. Sebab dah curious sangat, terlontarlah satu soalan bertanyakan lecturer muda tu mengenai maksud Philosophy. Sebab mengapa philosophy yang dalam bahasa Melayunya disebut falsafah tu femes sangat. Kalau Theology tu dah tau la jugak, perkataan greek yang menggabungkan Theo (God) and Logos (Word/Study), so maksud Theology tu study about God. Kalau economy tu sama jugak gabungan eiko nomous camtu la tak berapa ingat ;p So, philosophy camne plak?

Philo dan sophy adalah gabungan perkataan Greek. Philea yang bermaksud Love and Sophia tu nama orang. Oooo rupa2nya kitorang belajar cara2 untuk bercinta dengan sophia. Korang ni baca je, tau ke apa maksud Sophia? Maksud Sophia (atau Sofia) tu adalah wisdom iaitu kebijaksanaan. So, kata lecturer memang sedap nama tu bukan takat sedap je tapi kamu kena hormat orang nama Sofia. Yeke? Ntah bijak sangat ke orang nama Sofia nih? Ada lagi nama lagi sedap dari Sofia tapi rahsia la ehehehe.

So, Philea+Sophia = Philosophy. Waaah patut la menarik sangat sebab mengajak manusia berfikir, mengajak manusia cinta kepada kebijaksanaan. Dari Philosophy lah bermulanya batu loncatan kebanyakan bidang seperti physics, chemistry, sciences, sociology, psychology, ethics dan sebagainya. Kata lecturer, Philosophy is the biggest umbrella, so yang lain tu bawah (cabang) dari ilmu falsafah la. Sebab tu orang nama dia ada PhD tu dipanggil Doktor Falsafah pasal kiranya orang tu power la dalam bidang tu. Oooo cenggitu ke, best la camni sebab sesuai for people like me who like to think (but I'm bad in reasoning :( )...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home