Wednesday, November 24, 2004

Break

Hari ni mula cuti. Cuti apa kat US sekarang ni? Cuti Thanksgiving. Perayaan apa? Malas nak citer, cari sendiri kat internet. Jangan jadik orang makan suap je.

Masa balik kelas Western Civ semalam, aku tanya kat Jonathan a.k.a. Jon,

"When is the celebration?"
"It's on Thursday."
"Is that a specific date?"
"Actually no specific date, only the Thankgiving Day is celebrated every year on the last Thursday of November."
"Oooo, I thought it has a specific date." (buat sebab padahal aku penah tau tapi lupa)... "Then, are you gonna cook on that day?"
"Yes, but it depends on what you actually mean by cook."
"No, I mean are you gonna help preparing the food on that day."
"Yes... sure."

Pastu borak2 la lagi, citer la pasal Ramadhan yang baru habis dan sehari raya pose (kalau kat mesia sebulan lamanya). Dengan bangga aku kata sambutan raya orang Islam lagi meriah, kami kumpul pagi2 ramai2 kat satu tempat untuk buat collective prayer pastu abis prayer salam2 dan jumpa ramai orang... pastu mula la tradisi ziarah yang memang dah jadi aktiviti hari raya....

"I like that better."

Jon ngaku yang dia lagi suka camtu sebab dia kata memang Thanksgiving ni sesama famili je. Aktiviti derang, kumpul sesama famili pastu makan. Makan bukan biasa2, makan besar. Kalau ikut member aku yang aku dah tak jumpa 2 sem ni, nama dia Travis, dia kata,

"I eat a lot and drink then I gonna take my nap for 1-2 days."

Tu la dia... tapi apa kurang pun, ada orang pose2 pun bila raya time tu la nak melantak bebanyak. Jon kata dia minat pasal collective celebration dan tradisi ziarah sebab dia kata lagi meriah macam tu. Aku senyum je la sebab aku kata memang sambutan raya kami macam tu, tak macam derang yang lebih menyendiri dengan famili je. Ni satu sosial yang ditanam dalam agama kita. Pandai la aku goreng, aku kata orang yang selalu menyendiri ke time raya tu la dia nak jumpa ramai orang....

Citer lain plak... ni bukan nak kutuk, tapi ni buatkan aku berfikir. Jon ni baik dengan aku, member yang selalu tegur aku la sem ni sebab aku sekelas dengan dia dalam Philosophy (subjek gila) dan Western Civ... so ari2 la jumpa dia. Pastu dia macam banyak support aku motivationally ntah kenapa, ada gak member baik camni....

Tapi aku bukan nak citer pasal dia, aku nak citer pasal sorang kelasmet aku ni, mamat ni rambut serabai tak penah sikat, tapi hensem gak sebenarnya pasal badan tough muka kalau sikat rambut kemas aaa... tapi satu hal ni la, macam aku kata tadi bukan nak kutuk, tapi saja nak bawak ke depan pasal ni biar orang lain pun tau. Ada satu ayat dia tulis kat depan buku nota falsafah moden yang kitorang belajar sem ni. Dia tulis besar2 tu.

"Christianity is a sickness."

Aku tergelak pun ada tapi kesian pun ada. Aku fikir dia ni mungkin boleh dipanggil atheist kot pasal dia ni macam kutuk agama je. Pastu diri dia pun macam tak tersusun, aku exaggerate je sebab rambut dia je yang serabai, memang orang sini camtu gaya derang... aku nak gak cuba gi kelas rambut serabai tapi rimas...

Memang belajar dalam subjek gila tu buatkan orang2 kafir ni rasa agama derang ni gila. Aku sendiri pun rasa pasal derang pnye reasoning tu payah nak difahami. Imagine la boleh derang diskas pasal Nabi Ibrahim pnye ujian untuk sembelih anaknya tu adalah satu tindakan yang tidak beretika. Tapi, dipersoalkan juga will power yang ada dalam diri Nabi Ibrahim, ada yang kutuk sebab bila dah tak beretika maknanya jangan diikut, tapi dia kata kenapa nak ambil Nabi Ibrahim sebagai contoh? Dia kata contoh yang boleh dipelajari adalah perlawanan dalam diri yang dialami dalam diri Nabi Ibrahim. Mesti bila dah tempted macam tu akan rasa serba salah. Serba salah tu la yang derang kata kita kena fokus. Apa payah sangat nak fikir benda kompleks camtu, nak buktikan kat situ bukan nak suh bunuh anak, kat situ adalah qudwah (contoh pimpinan) dalam ketaatan pada Tuhan. Tu yang ada kutuk Tuhan (bagi yang tak percaya pada idea ketuhanan ni la) kenapa plak Tuhan yang kata bagus ni suh Nabi Ibrahim buat satu praktis yang tak beretika. Kalau nak ikut pada perbahasan falsafah tradisional memang dikatakan tak beretika sebab falsafah dulu2 dah bincang pasal moral dan etika. Tapi falsafah moden nak perbaharui la kononnya.

Camtu la jadinya... bagi aku bagus bila kita dapat selami dari sudut yang berbeza tapi masalah bila dah jadi jauh sangat sampai meleret apa yang difikirkan. Bayangkanla, dari contoh kat situ la dikatakan kita sebenarnya kena banyak kenal diri kita, cakap dengan diri kita, fikir dan bertindak untuk diri kita. Ada orang dia tak fikir diri dia, dia fikir benda luar dari diri dia sebab dia tak pernah cakap dengan diri dia. Kalau orang yang banyak menyendiri, dia pasti merasa cakap dengan diri dia. Cuba tanya anak tunggal yang selalu dok sorang, bila bosan dia mesti cakap dengan diri dia kalau dia dah takde sape nak ajak borak atau ajak main.

Aku rasa orang Islam sekarang pun camtu gak, ntah derang tanya ke idak dalam diri derang. Bincang ke idak dengan iman dan akal derang sebelum bertindak. Iman akal dan nafsu boleh dijadikan entiti yang berbeza. Bila bertindak pakai nafsu+akal, jadi la satu karakter manusia yang tidak berakal sebenarnya pasal akal ni selalu taat je. Tapi bila bertindak iman+akal, yang ni baru la akal digunapakai dengan baik. Bayang la kalau orang nak makan, bila dia makan akal dia lupa sebab yang dilayan tu nafsu. Akal sikit punya rancang nak jaga berat badan la konon, tapi tewas gak sebab kenikmatan dan kesedapan makan tu menewaskan, nafsu la tu. Nafsu makan ni berkait dengan nafsu lain, so kawal la makan anda haha (baik aku tujukan pada orang nak sambut Thanksgiving ni heh). So, kalau iman mendirectkan akal, akal yang directed by iman ni boleh fikir dengan baik. Apa perlu kita buat untuk kita isi masa sambil2 berjalan pergi ke kelas, maka akal pun yang inspired by iman ni bagi cadangan,

"eh tuan diri aku, ko takyah la buang masa jalan kosong2 je, jom la berzikir, kita minta ampunla selalu dengan melazimkan istighfar, isitighfarkan penyelesai pelbagai masalah."

Bila bercakap dengan diri, rasa dalam diri ni ada entiti yang berbeza-beza. Dalam banyak entiti dalam diri, jasad adalah paling bodoh sebab kata Yusuf Islam sebelum dia masuk Islam, dia perasan yang badan ni macam keldai yang dungu, bila roh dalam diri gerakkan badan ni ikut je. Dia sedar ni masa dia cakap kat diri dia,

"Bodoh je badan aku ni, ikut je apa aku suruh. Habis basah aku."

Aku tokok sket bagi bunyi dia lagi best sebab kita bukan tau sangat sebenarnya apa yang seorang tu cakap dalam diri dia. Dia cakap camtu sebab masa tu dia berlari dalam hujan. Masa tu Yusuf Islam dalam proses mencari kebenaran sebab hidup menjadi artis yang dialaminya sebelum tu masih tidak memberi satu isi yang cukup untuk hidup kosong yang dirasainya.

Memang jasad entiti paling diam sekarang ni tapi nanti kat akhirat jasadlah entiti yang paling bising nanti sebab mulut kita ditutup. Mulut ni satu2nya anggota jasad yang payah sket nak dikawal kira dalam banyak2 ahli jasad ni lidah la paling bahaya. Tu pasal nabi pun kata tulang paling lembut pada manusia ada kat hujung, tula dia lidah.

Kadar seseorang tu bercakap dengan diri dia kita dapat nilai berapa banyak sebab ada orang memang fikir dulu sebelum buat, tapi ada yang buat selamba je tindak tanpa bincang banyak dengan diri dia. Sampai yang berani kata,

"Aku nak ikut Islam atau tanak ke itu aku punya pasal la."

__________________________________
Biarlah habis bergantung, biar orang len fikir sendiri apa yang patut seterusnya...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home