Saturday, November 13, 2004

AKU

Bangga menjadi diriku
Syukur patut kupanjatkan
Buat ayah, terima kasih atas segalanya
Selamat hari lahir buatmu yang jatuh pada hari ke-2 Syawal tahun ini
Buat ibu, terimalah kasih dariku
Atas segala pengorbananmu selama ini
Buat kedua akak, long dan ngah
Terima kasih jua kerana gaduhan kita mendidik sebenarnya
Buat adik-adik, usahalah dan usahalah
Membesar bukanlah segembira waktu dikau masih kecil
Tapi ingatlah, berbanggalah menjadi dirimu
Tiada yang lebih besar daripada nikmat kehidupan
Yang sentiasa disinari nur hidayah
Kita berteduh di bawah cahaya Ilahi sejak kecil lagi
Tak perlu kita lari dari teduhan hidayah ini untuk merasa nikmatnya
Kita patut bersyukur kerana tidak disinari cahaya terik
Pastu saudara baru kita mengetahui peritnya tanpa teduhan hidayah ini

Ingatlah, dan beringatlah, ingatkanlah
"Sembahlah Tuhanmu sehingga datang padamu Hari Yang Pasti itu" (Surah ke-15 al-Hijr : Ayat akhir -ayat akhir-)
Mati itu adalah Hari Yang Pasti bagi kita yang hidup
Tanyalah pada orang kafir sekali pun
Mati itu pasti datang
Keyakinan itu pasti datang

"And worship your Lord until there comes unto you the certainty (i.e. death). (Al-Hijr 15:99)"
Kayakinan itu pasti datang!!
___________________________
Yakinilah dan banggalah menjadi Aku-yang-Muslim kerana hidup kita sebenarnya sentiasa teduh dan nyaman

0 Comments:

Post a Comment

<< Home