Sunday, July 06, 2003

bismillahi ar-Rahmani ar-Rahim,

Alhamdulillah, setiap hari kita berpagi-pagian bangun menunaikan kewajipan hidup seharian :) Jangan pula kita lupa untuk bersyukur kepada Allah setiap hari kita membuka mata dari tidur. Bacalah doa: "Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah mana kami dimatikan (seketika) dan kepadaNYAlah tempat kembali".

Firman Allah:
"Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), samada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab) dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui." (at-Taubah: 41)

--In English: "March forth whether you are light (being healthy, young and wealthy) or heavy (being ill, ald and poor) and strive hard with your wealth and your lives in the cause of Allah Ta'ala. That is better for you if you knew." (9:41)

Hmm, agaknya kita kalau hari-hari semangat ke tidak untuk berkorban di jalan Allah?

Biasa kita lihat frasa "Aku malas... eish, tak larat la... ei, tanak la... susah la, etc..." tapi agaknya, sesuai ke penggunaan frasa tersebut jika disandarkan pada mafhum ayat di atas? Terkadang tu, kita pasti rasa berat je untuk menuntut ilmu, akan tetapi sedar tak sedar walaupun berat keadaan kita, kita perlu berkorban di atas jalan Allah. Menuntut ilmu hanya mengangkat pena, buku, menggunakan minda. Akan tetapi, perjuangan di medan perang bukan sekadar menuntut kerahan tenaga yang lebih berbanding menuntut ilmu, malah menuntut penyerahan jiwa keseluruhannya. Kenapa kita merasakan berat dan malas menuntut ilmu walhal tenaga yang digunakan tak sama seperti berjuang di medan perang, hanya memerlukan konsentrasi minda dan aplikasi dalam amalan hidup sehari-hari. Mungkin agaknya kita tak sedar yang kita tidak mengqasadkan niat mencari ilmu ikhlas kerana Dia Yang Maha Esa. Adakah niat yang tidak ikhlas membuatkan kita terasa lemah dan malas dalam medan ilmu?

Pasti kita akan rugi jika niat tidak menemani amalan, ketika mana kita tahu bagi setiap individu apa yang diniatkannya. Maknanya, jika tiada niat maka bagi amalan yang dilakukan tidak mendapat apa-apa, patutlah amalan yang kita lakukan hanya mendapat penat lelah (hingga jadi malas) lalu apa pun tidak dapat dimanfaatkan. Teramatlah ruginya kita jika ini hasilnya daripada usaha yang sebegini.

-waLLAHu a'lam-

"Mengharap Rahmat kasih sayangMU, YA RABB"

0 Comments:

Post a Comment

<< Home