Sunday, February 29, 2004

Below are 4 questions. Answer them instantly. You can't take your time.
Answer them immediately. No pencil or paper! OK?
Let's find out just how smart and clever you really are. Ready? ... GO!!



FIRST QUESTION:

You are participating in a race. You overtake the second person. What position are you in?










ANSWER:

If you answer that you are first, then you are Absolutely wrong! If you overtake the second person And you take his place, you are second! Try not to Screw up in the next question.



To answer the second question, don't take as much time as you took for the first question. (You know you took too much time.)




SECOND QUESTION:

If you overtake the last person, then you are...?









ANSWER:

If you answered that you are second to last, then you are wrong again. Tell me, how can you overtake the LAST person?!








THIRD QUESTION:

Very tricky math! Note: This must be done in your head only. Do NOT use paper and pencil or a calculator. Try it.

Take 1000 and add 40 to it.

Now add another 1000.

Now add 30.

Add another 1000.

Now add 20.

Now add another 1000.

Now add 10.

What is the total?






ANSWER:

Did you get 5000? The correct answer is actually 4100.







Don't believe it? Check with your calculator! Today is definitely not your day. Maybe you will get the last question right?


LAST QUESTION:

Mary's father has five daughters:

Nana, Nene, Nini, Nono.

What is the name of the fifth daughter?








ANSWER:

Nunu? Nana? Nene? NONO! Of course not. The fifth daughter's name is Mary.


Read the question again.
You ARE the WEAKEST LINK!! Pass this along to someone else who could stand a little fun and a challenge today.

If electricity comes from electrons, does morality come from morons?

Thursday, February 26, 2004

Jenjalan? Jom

Okay, rancangan Jalan-jalan Cari Makan Jalan pusing sana sini kita akan diteruskan semula. Hari ini suhu telah pun mencecah lebih dari paras 0 degree Celcius. Kiranya suhu makin meningkat, tetapi forecast semalam menyatakan kemungkinan akan turun semula benda putih-putih tu minggu hadapan. Sekian terima kasih Oleh itu, jom kita jalan-jalan sementara musim tengah cerah ni, kang bila turun benda putih-putih tu nanti agak susah pula nak merakam beberapa gambar kenangan.


Kitorang biasa beli barang dapur kat sini la, nama dia Pick 'n Save dah biasa benar dah, tak jauh mana pun (tapi still kena bawak pandu kereta ;p )



Harga boleh tahan la, biasanya kalau dairy products takde la mahal sangat, yela dah nama pun Wisconsin ni negeri ladang kat US.. orang panggil "America's Dairyland". Lepas beli barang, saje la singgah sebentar ambil beberapa gambar pemandangan musim salji (beberapa? bukan 20-30 keping ke? hehe... biasa la buat kenangan orang panggil reminiscence :D) Ha ni la gambar pemandangan yang ada masa tu..



Ops yang tu jangan pegang, tengok je. Amaran: Jauhkan tangan anda dari screen hehe. Gambar tu memang ambil masa kat park masa dalam perjalanan pulang ke rumah. Silap-silap, gambar yang sebetulnya kat bawah ni.



Park tu ikutkan ada kawasan luas hatta ada tasik kecil, tapi tasik tu beku. Nak ambil gambar tasik tu tak sempat sebab takut jatuh ;p hari dah makin lewat.

Selang beberapa ketika lebih kurang seminggu, keputihan tu hilang. Hujan turun beberapa hari, hari makin panas. Jadinya sekarang ni keputihan macam hilang tetiba, sebelum ni rasa macam susahnya la nak hilang, asik tertanya je bila la agaknya keputihan yang banyak ni akan hilang. Esok-esok tetengok dah hilang dah. Jenjalan pun dah tak susah dah tak payah nak seseret kasut dah (rindu plak kat salji sebab boleh seret kasut... kalau ayah tau mesti ayah marah :D). Akhirnya, suasana sekarang ni jadilah seperti yang terpapar dalam gambar di bawah...


Bangunan kaler cokolat belah kiri tu la dulu hostel kitorang (aku dan kengkawan melayu) menginap sepanjang setengah tahun pertama. Sekarang ni dok luar lagi senang, senang sikit nak masak, tu sebab ada peluang nak put on weight hehe ;p takde la asik merungut je kalau takde choice menu makanan yang sedap dan boleh di makan di cafeteria / dining hall.

Okay la, lain kali kita berjalan lagi. Kita tunggu Spring (Musim Bunga) menjelma. Nanti banyak tempat menarik boleh posing untuk bergambar yang boleh kita perhatikan :)


___________________________________________
Macam mana perjalanan kita? Ada yang mabuk atau termuntah ke? Semoga selamat perjalanan kita pergi dan pulang :)

Wednesday, February 25, 2004

Indahnya begitu...

Berjalan maya sekejap tadi, tiba-tiba tersinggah satu taman forum mengenai kisah agama, ada seorang pengunjung taman membuka cerita indah, ramai yang terpegun. Walaupun cerita itu turut diterima dari sumber email yang diforward, tapi ramai pendengar yang terharu. Kita pun yang mendengar apa lagi, mengutip buah cerita indah itu untuk dikongsi bersama. Moga bermanfaat inshaAllah :)

___________________________


Maaf mengganggu... saya hanya nak sampaikan sebuah cerita yang saya dapat, yang membuatkan hati saya amat tersentuh. Cerita iini saya dapati selepas menghadiri sebuah usrah umum di tempat saya baru2 ini. Ustazah yg menceritakan ini sekarang mengajar di kisas. ceritanya begini. suatu hari,dia travel, saya kurang ingat ke mana dan dari mana. dia singgah di rumah seorang sahabatnya yg mana pasangan suami isteri tersebut adalah guru biasa. Si suami seorg guru pen. kanan. beliau tiba di rumah sahabatnya ini sekitar tgh hari tapi belum zohor. Kedua2 suami isteri ini masih di sekolah.Walau bagaimanapun beberapa orang dari 8 org anak mereka yg kesemuanya lelaki yg mana yg paling tua dlm tingkatan satu & yg paling muda masih bayi sudah pun pulang dari sekolah. Waktu zohor masuk. abang yg tua mengajak semua adik2nya yg baru pulang utk solat berjemaah dgn dia sendiri sbg imam. Sewaktu dlm rakaat kedua, salah seorg adiknya yg berumur lingkungan 8 tahun pulang. Tanpa bertangguh tatkala melihat jemaah yg sedang solat, dia mengambil wudhu' dan solat bersama jemaah. dia ikut ruku' apb imam ruku'. Dia ikut sujud apabila imam sujud. Dan selesai imam memberi salam, dia bangun menyelesaikan satu rakaat solatnya yg tertinggal.

Subhanallah... adik yg berumur 8 thn ini sudah pandai masbuk... ustazah yg melihat terkejut dan kami yg mendengar mengucap memuji ALLAH. Bayangkan betapa taatnya anak2 yg masih kecil ini menunaikan perintah ALLAH tanpa pengawasan kedua org tua mereka atau mana2 org dewasa dan tanpa disuruh2.Cerita tak berakhir di situ. Ustazah bermalam di rumah sahabatnya itu. Apabila subuh, ustazah menyangka dialah yg paling awal bangun kerana dia bangun selesai sahaja azan subuh berkumandang kalau saya tak lupa. Takjubnya dia apabila ke bilik air dilihatnya anak2 kecil semuanya sedang sibuk ambil wudhu'. Bayangkan 7 org budak lelaki dgn yg paling tua berumur 13 thn dan yg ke tujuh ntah berapa tahun sibuk mengambil wudhu' di bilik air di waktu subuh paling awal. Si ayah menunggu anak2nya di tikar sembahyang dgn sabar sambil berzikir. Mereka solat jemaah sekeluarga (termasuk ustazah). Sewaktu hendak mula solat, si ibu meletakkan anak bongsu nya yg masih bayi (yg sedang jaga) di sisinya. Ajaibnya anak ini tidak menangis mengganggu jemaah spjg mereka solat. Dan sekali lagi cerita tak berakhir di situ. Ustazah tersebut ingatkan hendak sambung tidur kerana penat travel semalamnya tak surut lagi. Alangkah terkejutnya dia apb hendak melipat sejadah, si ayah berpusing menghadap jemaah sambil berkata,"anak2... hari ni ayah nak beri kuliah mengenai solat dan puasa...". Dan 8 org anak termasuk si ibu dgn tekun mendengar kuliah subuh yg disampaikan. Subhanallah... bila ditanya kpd si ibu mengapa didikan sedemikian diberi kpd anak2 nya dia menjawab bahawa itu persediaan dia dan suaminya sebelum mati. Mereka berharap agar anak2 lelakinya yg 8 org itu dpt membacakan sekurang2nya fatihah utk mereka jika ditakdirkan mereka pergi dulu Lagipun anak2 mereka semuanya lelaki... pasangan suami isteri ini tak sanggup melihat anak2 mereka terabai tanpa pedoman... cuba kita tanya diri kita sendiri... berapa ramai keluarga Islam hari ini yg dapat mengamalkan solat jemaah dalam keluarga... berapa ramai anak2 Islam berumur 8 thn yg pandai solat masbuk... berapa ramai anak2 berumur 13 thn yg pandai mengimami solat memimpin adik2 mereka... dan berapa ramai ibubapa yg berjaya mendidik anak2 mereka sedemikian rupa yg taat melaksanakan perintah ALLAH tanpa suruhan dan pengawasan mereka yg lebih dewasa... subhanallah...alhamdulillah... moga apa yg saya sampaikan ini menjadi pedoman dan i'tibar buat kita semua yg rata2nya masih belum berumahtangga....

___________________________________
Pernah ke abang-abang mengimami adik-adik?? Pernah ke abang-abang mengimami kakak-kakak?? Pernah ke abang-abang mengimami solat walhal ayah menjadi makmum??

Monday, February 23, 2004

Ya Allah malunya la, penceramah ni kata dia singgah Malaysia lepas tu dia cuba nak ulang bacaan Quran dia depan rumah seseorang. Dibacanya surah Yaasin, tiba-tiba orang tempatan menegur,

      "Ada orang meninggal ke?"

"Ini ke negara Islam," kata penceramah. Katanya, pelik sungguh, bacaan Quran tu bagaikan untuk sesuatu kejadian atau sebab tapi tak dijadikan sebagai kelaziman. Malu? Kenapa malu, ini la realiti. Bila tersingkap tudung, ntah macam mana rupa lauk, indah kabar dari rupa...

___________________________
Lazimilah Quran dalam hidup kita
ISR...

Apa itu ISR? Dahulunya masa kami baru je lebih kurang 2 bulan lebih menapakkan kehidupan di bumi luas yang masih banyak belum diteroka ini, kami dihebahkan mengenai ISR.

   "ISR?? Eh.. apa itu ISR? Gitaris? Biolis (orang biol hehe)?Penyanyi? Komunis? Kartunis?"
         "Mana la aku tahu"
   "La.. abis tu macam mana kita nak tau apa itu ISR?"
         "Jawapnya ke Minnesota la kita Spring 2003 nih"
   "Jom2"

Di sanalah baru kukenal siapa itu Faiz KJ, siapa itu Amir, siapa itu Alau (eh silap, Alau itu telah kukenal lama dahulu sejak habis SPM lebih kurang 3 tahun yang lalu), siapa itu Brother Hakim, jumpa Brother Faiz, dapat kenal Brother Akmal, dapat kenal Razman dan ada lagi la muka-muka yang dah tak berapa ingat namanya... owh ye tak boleh lupa, Brother Sufian yang kasi tumpang kereta dia masa malam lepas habis program...

Apa sebenarnya ISR nih? Mudah cerita Islamic Spring Retreat... lebih cerita, tak tau nak kata :p Apa pun, jom kita tengok ISR kat PSU.. inshaAllah ada beberapa lokasi untuk ISR 2004 ni... selain PSU @ Penn State Univ, tahun ni juga inshaAllah ada ISR di Minnesota lagi, juga ada di Bloomington, juga ada di Ann Arbor... nak pergi yang mana ye??

Apa pun, tahun ni dapat ke aku turut serta ikut ISR nih? InshaAllah, tiada aral melintang sampai la ke ISR cuti yang akan berkunjung tiba tak lama lagi. Kalau ada aral yang melintang, hmmm "nak ke aku melintas menjangkaui aral tu??," who knows :D

______________________________________
Sumber ISR: MISG Online
Jom ISR!!! (semangatnya dia...)

Sunday, February 22, 2004

Butterfly Effect - A Butterfly's Lesson

One day, a small oppening appeared on a cocoon; a man sat and watched for the butterfly for several hours as it struggled to force its body through that little hole.

Then, it seems to stop making any progress.

It appeared as if it had gotten as far as it could and it could not go any further.

So the man decided to help the butterfly: he took a pair of scissors and opened the cocoon.
The butterfly then emerged easily.

But it had a withered body, it was tiny and shrivelled wings.

The man continued to watch because he expected that, at any moment, the wings would open, enlarge and expand, to be able to support the butterfly’s body, and become firm.

Neither happened!
In fact, the butterfly spent the rest of its life crawling around with a withered body and shrivelled wings. It never was able to fly.

What the man, in his kindness and his goodwill did not understand was that the restricting cocoon and the struggle required for the butterfly to get through the tiny opening, were God’s way of forcing fluid from the body of the butterfly into its wings, so that it would be ready for flight once it achieved its freedom from the cocoon.

Sometimes, struggles are exactly what we need in our life.

If God allowed us to go through our life without any obstacles, it would cripple us. We would not be as strong as we could have been. Never been able to fly.

I asked for Strength...
And God gave me difficulties to make me strong.

Iasked for Wisdom...
And God gave me Problems to solve.

I asked for prosperity...
And God gave me a Brain and Brawn to work.

I asked for Courage…..
And God gave me obstacles to overcome.

I asked for Love...
And God gave me Troubled people to help.

I asked for Favors...
And God gave me Opportunities.

“I received nothing I wanted...
But I received everything I needed."


_____________________________________
Selamat Menyambut Tahun Baru 1425H, moga tahun baru membawa perkembangan baru yang lebih baik untuk kita semua

Saturday, February 21, 2004

Strange

Tadi ada terbaca hadith berikut. Rasa best sebab sesuailah untuk dipahat dalam diri, yela sebagai motivasi diri dalam ketersepitan di antara 2 dunia, dunia asal yang membina diri ini juga dunia sekarang yang diri ini tengah hadapi.

The following hadith of the Prophet (saas) is an example of his submission:

"Strange are the ways of a believer for there is good in every affair of his and this is not the case with anyone else except in the case of a believer for if he has an occasion to feel delight he thanks [Allah], thus there is a good for him in it, and if he gets into trouble and shown resignation (and endures it patiently), there is a good for him in it."
:::Source: Sahih Muslim, Book 41, Number 7138:::

Dalam susah atau senang ada kebaikan untuk kita. Yakinlah, teruslah berusaha. Bangkitlah. Insha-Allah, kita takkan kecewa selagi mana kita tidak putus asa untuk berusaha. Tawakkallah (wakilkanlah ALLAH) kerna DIA Maha Mengetahui segala apa yang terbaik bagi kita. Percayalah, percayalah pada DIA sepenuh hati kita, kita takkan dikecewakan. Kerna inilah jalan dan cara kita. Inilah kemerdekaan kita, kita bebas merdeka dari kerisauan akan apa yang bakal menimpa kita. Kita berusaha dan kita yakin DIA akan menentukan segala yang terbaik untuk kita. Redhalah kita kepada DIA dan DIA akan redha kepada kita, inilah sikap kita :)

"Mana lah ada rasa tersepit, bahkan aku bebas merdeka!! Aku bebas.. aku tenang kerna aku punya DIA" =)
__________________________________
Tiada yang merisaukan kita jika kita benar-benar hidup sebagai Muslim, kerna diri kita tenang dan bebas merdeka... kita tak merasa terkongkong, tetapi kita rasa senang hidup begini, hidup kita aman dengan mengejar keredhaanNYA. Kita tak risau apa manusia kata, kita risau apa yang DIA akan kata bila kita bertemu DIA.

Thursday, February 19, 2004

Sebak

Perasaan sebak itu menyelubungi kembali, entah kenapa rasa begitu merindui akan suasana dahulu, suasana dunia yang aku datang. Aku muncul dari dunia yang pelik, hakikat pelik itu kerana tak sama dengan keadaan semasa seperti yang orang lain sangka, kerana orang kebanyakan menyangka keadaan semasa ini adalah realiti kehidupan yang perlu mereka terima dan tempuhi.

Bila mengenang kembali teman-teman seperjuangan dahulu, aku jarang berjuang rupanya... dan hari ni, aku masih sangsi sama ada aku berjuang atau pun tidak sebab tak pernah terdetik dalam diri aku yang aku tengah berjuang sekarang ni. Yang aku rasa sekarang ni, aku rindu pada suasana dahulu. Yang aku rasa sekarang ni aku merasa perit bila mengenang akan bi'ah (suasana) manis yang aku dapat kecapi dahulu.

Hidup ku kini bagaikan perantau yang hampir lupa, perantau yang hampir kabur matlamatnya, perantau yang hampir lupa akan asal-usulnya. Suatu hari aku mengenang kisah silam, aku merintih kerinduan. Sejenak seketika kemudian aku hampir lupa kembali, atau aku patut kata aku lupa sepenuh semula. Bagaikan mencari ubat, tapi kesan racun masih banyak dan makin menjadi-jadi.

Aku yang makin lali dengan racun bagaikan terkapai-kapai mencari ubat, tapi aku bagaikan orang yang telah lali dengan racun, kenapa aku perlukan ubat kalau aku sudah lali? Itu yang buatkan aku merasakan diri ini bagaikan perantau yang terkapai-kapai kehilangan peta. Dahulu aku ada peluang berjalan bersama kawan dan teman yang juga berasal dari dunia yang sama, kini aku tercampak keseorangan, tiada yang memahami macam mana dunia aku dahulu. Dunia aku kan dunia pelik, mana ada orang tahu sebab dunia mereka adalah dunia ini.

Tak mengapalah? Eh mana boleh, aku perlu jadi asing di mata mereka, biarlah aku berdagang... menjadi pedagang yang merantau, bila merantau jadilah diri ini perantau... Bila aku adalah pedagang yang merantau, jadilah diri aku ini asing berada di tempat yang baru, bersama persekitaran yang baru.. Memang aku pelik, memang aku asing, kerana aku tidak sesuai dengan dunia realiti yang tipu ini. Dunia aku adalah dunia aku asal, dunia aku adalah dunia kekal, aku di sini hanya seketika, aku bukan milik dunia ini. Dunia igauan yang seketika ini hanyalah mimpi buat aku, memang benar aku mimpi sebab sekarang ni aku mimpikan diri aku yang kesunyian. Aku mencari-cari teman yang ingin berjalan bersama aku, tapi tak mengapa aku mimpi seketika. Walaupun mimpi, aku takkan biarkan mimpi ini begitu sahaja, aku mahu mimpi ini seperti yang aku hendaki. Mimpi ini perlu begitu dan begini, mimpi ini perlu aku reka jalan ceritanya, mimpi ini takkan terbiar mereka jalan ceritanya tersendiri, sebab mimpi ini mimpi aku, aku yang berlakon dan aku yang buat skrip. Aku tak lupa, ada syarat untuk menjadikan mimpi aku ini indah, syaratnya aku perlu ikut landasan dan batasan yang Producer aku tetapkan.

Aku hanyalah pedagang rupanya
Aku asing
Aku hanyalah perantau rupanya
Aku pelik
Aku hanyalah pelakon dalam mimpi rupanya
Aku... aku... aku adalah hamba rupanya...

_____________________________________________
Sahabat, aku rindu pada saat kita dahulu, aku rindu akan kelibat kalian
Takpe la, walau sunyi aku di sini, DIA tetap ada menemani aku... biarlah aku terasing sendirian, tapi aku tidak sanggup DIA mengasingkan aku dari pemerhatianNYA

Wednesday, February 18, 2004

Cerita Malam 13 Februari Tempohari...

Cerita lapuk ni walaupun dah berlalu tapi rasa menarik pula kalau dibuat cerita :D Tak perlu banyak tulis, setakat letak gambar... hehe, tiba-tiba dapat idea bila tengok gambar-gambar yang diambil tempohari masa pegi umah abang Mat (jiran sebelah) aritu. Kenapa pegi umah abang Mat malam tu? Jawapnya ada di bawah...







Esoknya (14 Februari) kitorang pun ada makan-makan sebab ada makan-makan sampai malam pun tak payah makan dah sebab banyak sangat menu yang sedap-sedap (ya Allah, lupakah aku pada saudaraku di tempat lain??). Kek ada dua jenis, alkebetulan ada harijadi sorang brader ni, dia sendiri yang buat kek untuk jamah tetamu yang bertandang ke rumah abang Mat... (Brader Rizal yang buat kek? uih, tercabar nih.. aku hanya mampu buat kek coklat je ;p) Alhamdu lillah, semuanya sedap-sedap belaka sambil melayan Lion King 1.5 (one and half). Makan sedap, katun lawak (lupanya aku akan hakikat kehidupan di luar sana..). Hari tu juga dapat jumpa abang Wan (my second cousin) and family, tapi tak sempat amik gambar sangat sebab kamera bateri 'kong' plak. Tu la yang tak best bila semangat jadi jurugambar tak berbayar lagi tak bertauliah, bateri plak buat hal. Tapi, hari tu semuanya menarik la walaupun aktiviti hanya makan-makan (typical activities for Malays or Malaysians?? nampak sangat asyik layan perut je...).

______________________________________
Kenapa kalau makan-makan tak pernah terfikir pasal nasib insan lain, yang ingat hanya perut sendiri... teruknya la...

Tuesday, February 17, 2004

What exactly is the meaning of 'right and 'wrong'?

I just finished reading philosophical article which is assigned for tomorrow's class. Stated that it's not the action is right or wrong, only that what we feel whether we approve or disapprove such action(s). So, when we disapprove, we'll say it is wrong and vice versa. So, does that mean nothing is wrong in this world? Only that some kind of approval or disapproval towards stuffs we face in life, mainly other people, precisely other people's action. We could see how innocent people blame others with such bad (normally offended) words. The F word or the S word and whatsoever. Is it because the action is wrong or because of the feeling of being offended by others' action make us feel uneasy with all that kinda 'wrong' things in our mind? Let'em be themselves and let's be ourselves, ya know what? This philosophical studies is crazy coz people are free to think without boundaries, crazy coz for sometimes we are not aware of causing injuries and wounds to our minds. Minds can hurt too, we need boundaries, there is limit for everything. If there is not limit, the earth might stray away from the course. Crazy world, but philosophy kinda interesting course for me, coz it drills your head and let you think of life... hmmm life is an interesting subject to be pondered, coz life is not stagnant and it is subjective and relative and whatsoever resembles the idea of not fixed. haha what i'm typing right here, my mind is going crazy coz learning this crazy course, but it's fun coz thinking is fun thing to do if you don't have anything to do. Don't just sit around, play with ya mind and kick your head til it won't stop thinking unless you are off sleeping or fully dead.... yoga is nothing in your mind? naa it's crazy, you still thinking when you do yoga coz you think of nothing, think of black space with no end, it's still thinking coz that's the funciton of mind.. haha, i don't know where is this typing heading so i'd better stop right away so people won't become crazy like me coz you know what? it's not that easy to stop thinking in life, life full of choice? huh, why not we say life is full of thinking coz it's not that easy to decide without thinking... crazy!!! ops, astaghfirullah...

"Ya Allah, pandulah fikiranku ini untuk mentafsirkan input yang aku terima ini. Aku tahu bahaya berfikir tanpa ada panduan yang benar lagi reliable, kerna itu kupohon hidayah dan panduanMu, ya Allah."

p.s. tengah-tengah seronok berfikir ni tiba-tiba member bagi site untuk dilawat. Terfikir lagi "site apa nih?".. nak tau? Jom kita tengok kat sini -->> Klik sinih!!

_____________________________________
Ada had dalam kita berfikir, pandulah pada wahyu supaya tak silap, tak lain tak bukan berpandulah pada Quran dan Hadith
Bahaya juga kalau berfikir ikut pemikiran orang kafir atau aetheist, jadi hati-hatilah dalam memilih bahan untuk dijadikan renungan akal fikiran

Monday, February 16, 2004

Berjuangkah aku?

Dah berapa kali masuk blog seorang saudara kita, selalu rasa malu segan lemah sebak sedih bila mengenang balik pada diri ini. Jom kita sama-sama lawat blog Senandung Mujahid memang menyemarakkan. Kita tak nampak apa yang mereka nampak sebab kita tak pernah merasa apa yang mereka rasa. Kita tak tahu apa mereka rasa sebab kita tak pernah kisah, kita tak sedar akan hakikat keberuntungan kita. Tapi kita dilanda dengan ujian lain. Ujian yang kita selalu sangat mengaduh, walhal kalau dibanding dengan saudara kita di lokaliti mereka masing-masing, kita adalah antara yang beruntung. Beruntungkah kita? Atau kita telah leka akan keamanan yang kita sangka suatu keamanan hakiki? Adakah dunia kita hidup ini benar-benar berada dalam keamanan sejati? Ataupun kita hanya dikabui oleh keamanan yang menyelubungi dunia kita hasil kerja-kerja para sekularis?

Hakikatnya, aku masih di belakang dalam berjuang... bangkitlah hai diriku!!!

_______________________________________
Sunnah berjuang itu tidak dibentang permaidani merah
Perjalanan kita perjalanan yang jauh, bukan jalan yang singkat, destinasi jalan ini tidak dekat

Sunday, February 15, 2004

Dua Logo

Dua logo yang mempunyai satu perkataan yang sama "Wa a'idduu" (bersedialah)...

      


Bersedialah untuk belajar, bersedialah untuk bekerja, bersedialah untuk membantu, bersedialah untuk berkorban dan bersedialah dan bersedialah...

____________________________________
Bersedialah untuk menghadapi segalanya
Mengenali Al-Fatihah

[1] Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

[2] Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam.

[3] Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

[4] Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat).

[5] Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

[6] Tunjukilah kami jalan yang lurus.

[7] Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat


______________________________________


Setahun yang lalu, ilmu ini kukutip ketika menyertai sesi tafsir di Musolla UWM (University of Wisconsin-Milwaukee) bersama Syeikh Hijaaz yang kini telah pun pulang ke England. Beliau dikatakan ditugaskan sebagai da'ie untuk membantu masyarakat Islam di United States ini. Telah banyak hati yang menerima hidayah setelah mendengar kata-kata beliau. Kagum juga melihat orang yang soleh seperti beliau kerana nampak di wajahnya biasa dan zuhud, tetapi dirinya punya kemampuan berkata-kata hingga menampakkan sinar hidayah yang panas dalam dirinya memancar sehingga dapat dirasai oleh mereka yang berada di sekitar. Rindunya nak berjumpa dengan Syeikh Hijaaz, rasa bagaikan kehilangannya begitu terasa kerana di Milwaukee ni bagaikan tiada lagi insan seperti beliau.

Ilmu yang kukutip daripada sesi tafsir yang beliau berikan adalah mengenai al-Fatihah, juga dikenali sebagai Ummul-Furqan atau Ummul-Quran yang biasa kita baca dalam mana kita solat sunat mahupun fardhu. Agaknya, berapa ramai di antara kita yang memahami al-Fatihah yang dikatakan merumuskan isi kandungan al-Quran itu tersendiri.

______________________________________


Daripada apa yang Syeikh Hijaaz terangkan dalam sesi tersebut, al-Fatihah terbahagi kepada 3 bahagian yang mana dirasakan perlu difahami oleh setiap diri yang menunaikan solat:

1) Bahagian Satu: UNTUK ALLAH
>>> Dalam 4 ayat yang pertama ada menyebut mengenai Allah SWT yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Dialah Raja yang menguasai hari pebalasan (hari akhirat). Pujian juga dilafazkan dalam ayat ke-2 yang mana segala pujian itu adalah milik Allah. Ringkasnya, dalam peringkat (bahagian) satu ni memang dikatakan fokusnya adalah untuk Allah, 4 ayat pertama al-Fatihah itu adalah suatu pujian kepada Allah SWT kerana kita mengagungkan dan membesarkan Allah dengan menyebut akan kebesaran dan kekuasaan Allah.

2) Bahagian Dua: UNTUK ALLAH DAN KITA (MANUSIA)
>>> Dalam bahagian ke-2 al-Fatihah adalah untuk Allah dan kita sebagai manusia. Kita mengaku Allah itulah tumpuan sembahan dan penghambaan kita dan Dia juga sumber pertolongan ataupun satu-satunya tempat pergantungan yang selayaknya. Bahagian 2 ini hanya merangkumi ayat ke-5 kerana dalam ayat ke-5 itu setelah kita mengaku akan kebesaran dan keagungan Allah, barulah kita mohon daripada Allah akan kebaikan untuk diri kita iaitu pertolongan daripadaNYA. Ringkasnya, peringkat ini adalah 'transition' atau peringkat pertukaran kerana dikaitkan Allah juga kita manusia sebagai makhluk dalam ayat ke-5 tersebut. Fokusnya untuk Allah dan tak lupa untuk kita sebagai manusia (makhluk Allah yang lemah).
(p/s::: perasan tak kita disebut dahulu "kepadaMu (ya Allah)" dan "kami sembah" itu dikemudiankan? nampakkan proses pertukaran, boleh je sebut kami sembah kepadaMu. Tapi kita diajar dalam al-Fatihah sebut 'untuk Allah' dahulu, baru la kita sebut 'untuk kita.' Bahagian ke-2 ini adalah menghubungkan bahagian 1 dan bahagian 3, dalam erti kata lain bahagian 2 ini adalah proses pertukaran (transition) dari bahagian 1 ke bahagian 3)

3) Bahagian Tiga: UNTUK KITA (MANUSIA)
>>> Dalam bahagian akhir (ketiga) surah al-Fatihah, fokusnya adalah untuk kita, manusia makhluk Allah, yang diciptakan untuk mengabdikan diri kepadaNya. Kita mohon hidayah dari Allah adalah untuk kita, kita tak mahu menjadi seperti orang dahulu yang dimurkai Allah juga kita tak mahu menjadi seperti orang dahulu yang sesat. Siapa orang dahulu yang dimurkai Allah dan sesat itu?? Golongan terdahulu yang Allah telah berikan mereka peluang, Allah dah hantarkan para nabi tetapi mereka tetap engkar, mereka dimurkai Allah dan sesat. Kita tak mahu menjadi seperti orang Yahudi yang dimurkai Allah, mereka itu telah berapa ramai nabi Allah yang diutuskan daripada kaum mereka, tetapi masih tetap engkar dan degil. Kita juga tak mahu menjadi seperti Nasrani yang sesat, mereka dah la engkar hinggakan merubah ajaran nabi Allah, Isa a.s. sehinggakan mereka cukup sesat lagi menyesatkan. Tiga adalah sama dengan satu? Secara matematik telah gagal menerangkan akan apa yang mereka cuba tegakkan. Tuhan itu Maha Esa dan Tuhan itu tetap satu dan tidak ada baginya 2 atau 3, Allah itu tetap Maha Tunggal. Kerna itu, dalam ayat ke-6 kita mohon panduan hidayah Allah supaya kita kekal di atas jalan yang lurus ini. Jalan yang tidak sama dengan mereka yang telah dimurkai (Yahudi) mahupun jalan orang yang sesat (Nasrani). Peluang yang Allah berikan ini, kita berdoa supaya tidak disia-siakan seperti kaum terdahulu. Sekali lagi, fokus bahagian ke-3 ini adalah untuk kita.

______________________________________


Jika kita melihat secara menyeluruh, 3 bahagian yang terbahagi dalam al-Fatihah itu menggambarkan betapa kalau kita tunaikan solat itu, kita bukan hanya memuji Allah, solat yang kita lakukan itu juga untuk kebaikan kita. Mulanya kita puji Allah, kemudian ayat ke-5 adalah peringkat pertukaran, setelah kita puji Allah fokus kita adalah untuk diri kita pula. Boleh rasa tak flow dia? Untuk Allah, Untuk Allah dan kita (yang merupakan bahagian transition), dan akhirnya Untuk kita. Solat itu untuk kebaikan kita juga kerna ianya bukan sekadar pujian bahkan doa. Pujian untuk Allah dan doa untuk kebaikan diri kita. Rerenung kembali, patutlah tanpa al-Fatihah, solat itu tak sah. Besar kepentingannya al-Fatihah dalam solat kita.

Dari situ juga, pernah jugak dengar dulu, al-Fatihah ini mengajar kita cara berdoa. Kita puji Allah dahulu, barulah kita mohon sesuatu daripada Allah. Macam kita ketuk pintu dulu, baru la kita bertanya. Jangan terus buka pintu main masuk je rumah orang, tak bersopan sungguh. Rupanya kita juga belajar mengenai adab. Adab bersama Allah, Raja segala raja, mestilah lebih tinggi sepatutnya. Tapi kita setiap hari, ntah doa ke idak, lepas solat terus lipat sejadah, tadah tangan pun macam tak sempat.

Dari memahami al-Fatihah dalam sesi tafsir tu, baru la nampak rupanya solat itu bukan sekadar pujian tapi juga doa. Sebab tu antara waktu yang baik untuk kita berdoa adalah semasa kita sujud. Solat itulah ibarat kita mengetuk pintu, kita mengadu pada Allah, kita mohon pada Allah, kita merintih menangis kepada Allah akan peritnya dugaan hidup kita, akan pedihnya ujian kehidupan di dunia ini.

Masih banyak lagi yang boleh kita fahami kalau kita 'tadabbur' (perhati dan kaji) al-Quran itu. Al-Fatihah itu memang merumuskan al-Quran itu, setiap ayat di dada al-Quran menerangkan akan kebesaran Allah yang menggambarkan sifat-sifat Allah Yang Maha Terpuji. Juga menggambarkan kisah-kisah terdahulu yang menjelaskan pada kita akan sikap umat terdahulu yang dimurkai Allah dan juga sesat. Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang, amaran telah diberikan kepada kita supaya tidak mengikut jejak umat terdahulu.

Sama-samalah kita cuma belajar al-Quran kerana akan tersingkap segala rahsia al-Fatihah yang menjadi ibu segala surah dalam al-Quran. Ambillah masa wahai diriku untuk lebih memahami al-Quran. Rugilah aku kerana al-Quran adalah antara dua perkara yang takkan buatkan umat Muhammad itu sesat, selain sunnah Rasulullah sollaLLAHU 'alaihi wasallam.

______________________________________
Sekadar mengingati diri ini. Moga bermanfaat untuk kita semua =)
"Ya Allah, Engkau Maha Agung, Engkau Maha Tinggi lagi Maha Pengampun, ampunkanlah diri ini jika ada kekurangan dalam usaha ku ini."

Thursday, February 12, 2004

Wednesday, February 11, 2004

Don't wait for the white to melt...

Sebabkan white winter ni memang menjadi kegemaran, maka dikongsi lagi gambar putih-putih yang baru diambil semalam masa turun buat laundry. Hari ni keputihan tu melanda lagi, tapi tak lebat. Suhu hari ni rasanya tak sesejuk hari sebelum. Awal minggu baru ni, katanya 23 hari Milwaukee merasa suhu below 32 degree F (0 degree C). Selama lebih 3 minggu kami merasa suasana di bawah takat beku, tapi 23 hari tu sekadar ramalan cuaca, rasanya masih tak pernah lagi mencecah atas dari takat beku. Tapi takpe, boleh main pijak-pijak salji. Tunggu bas, haa tu la habit aku cari salji pastu pijak sebab suka (hehe). Kalau masa tengah turun putih-putih tu, antara amalan yang suka dilakukan ialah seret kasut sebab perasan sendiri main ski, tak pun suka tengok bentuk salji yang melekat pada baju. Cantik, subhaanALLAH. "Eh Muizz, gambonye mane??" Ops hampir lupa, hehe sori² :p


Ni gambar depan umah je...



Ni pun depan rumah, tapi suka sebab salji putih tak disentuh... cantik dan best mata memandang...



Haaa, mari la datang ziarah... rumah saya yang belah kiri tu, masuk je pintu tak payah naik tangga, terus pusing kiri hehe... patut la badan naik, dok tingkat bawah je ;p


Okay la, nak keluar pegi pos ofis pastu nak pegi beli barang, shopping barang dapur sikit. Lagipun, sejuk-sejuk camni la kena jalan, takleh la asik 'bungkus' je. Macam la aku penah 'bungkus' ;p

________________________
Indahnya ciptaan Tuhan....

Tuesday, February 10, 2004

Gossip

Dengar cerita, permaisuri negeri kat pantai timur dah lari ke India bawa harta berbillion lagi tu. Ah, bengangnya dengar, mana taknya bukan harta sendiri, harta rakyat. Sejarah dah membuktikan negeri pantai timur tu la dahulunya menjadi beban kepada negara kerana punya hutang yang banyak. Hingga kini, rakyat tetap miskin, kerabat diraja bermain dengan harta yang dikatakan milik mereka. Ah, mimpi mereka tu, kalau aku dapat takhta, nyah kau kerabat diraja. Kau telah rampas hak aku dan rakyat negeri aku. Walaupun gossip mengatakan si raja kini bermain 'kayu' untuk mengail Normala Shahsudin, engkau tetap hina. Raja di dunia, raja zalim, apakah patut engkau bertindak sebegitu? Aku tak takut, kalau pun aku ditangkap tapi aku tau, hak aku sepatutnya di takhta dan singgahsana yang engkau kini nikmati. Engkau takut ye? Kenapa masih tak lantik-lantik lagi orang kaya berlapan itu menjadi orang kaya berempat? Sampai matikah engkau kan biarkan si bangsawan menjadi Datuk Setia Muda? Bilakah nak naikkan si bangsawan menjadi Datuk Maharaja Perba J****? Tanah J**** itu bukan milikmu, milik kami!!! Sepatutnya, setelah tamat tempoh 40 hari kemangkatan Datuk Maharaja Perba J****, adalah secara rasminya Datuk Setia Muda perlu diupacarakan sebagai mengisytihar kenaikannya menjadi Datuk Maharaja. Tapi kenapa hingga kini urusan ini tak terlaksana? Adakah sebab engkau begitu sibuk dengan si janda??? Argh, nyah engkau. Aku tak takut ditulah, yang aku tahu, hak perlu ditunaikan. Engkau kini perasan harta di tanganmu milikmu, zalim sungguh engkau kerna itu adalah hak rakyat. Bumi dahulu hijau, kini telah ditarah... bencinya aku, kenapa tiada yang ingin mempertahankan lagi tanah hijau yang dahulunya tumbuh bebas? Selepas pemergiannya, aku yang dahulunya buta tak sedar, rupanya hari ini baru aku nampak, pemergian yang aku tak punya rasa waktu dahulu adalah satu petanda bumi hijau itu kan dirobek, tidaaakkk ianya bukan begitu sepatutnya. Almarhum yang aku sayangi tidak kan biarkan bumi hijau itu ditarah. Aku punya perasaan begitu sebab aku tahu, di hari kemangkatan almarhum, kontraktor yang dahulunya hampa kerna tidak pernah menang hati almarhum, kini mereka berlumba mengejar tender. Tak perasankah kalian? Bumi hijau itu kini telah ditarah (aahh tidakkk!!!), kini dibentang dengan permaidani jalan raya yang menghubungkan timur dan barat dengan lurusnya. Jarak itu bagaikan dipendekkan kerna tempoh perjalanan kini lebih singkat. Tapi tengok la sekarang, kemalangan maut berlaku di permaidani jalan raya itu. Aku rasa tanggungjawab aku untuk menyampaikan mesej ini daripada almarhum kepada semua, sama-samalah kita pelihara kehijauan bumi kita. Negeri itu negeri aku, walaupun aku tak dibesarkan di situ, tapi aku lahir di negeri itu. Negeri itu dahulunya kami yang tadbir, bagaimana mungkin aku dapat menuntut tanah kami semula?? Perlu ke aku menuntut negeri itu?? Melihatkan kezaliman yang ada, aku rasa aku perlu tuntut negeri itu. Kerajaan itu aku yang punya.... "Ingatlah hai manusia, kalau engkau mencari tanggungjawab, kebinasaan akan mengejar kamu. Biarlah tanggungjawab itu yang mencari kamu." Ya Allah, aku buta kuasa rupanya. Apa perlu aku lakukan, kezaliman ini makin berleluasa, takkan aku hanya mampu biarkan ianya berlaku lagi dan lagi dan lagi?? Pasti ada titik noktah akan ketidakadilan ini. Tak mengapa, pokoknya, aku perlu sampaikan mesej ini pada yang lain. Bukalah matumu wahai kalian, si raja kini bermain dengan si janda, kini menjadi buah mulut di kota ibu negeri tempat raja itu berkuasa, juga telah ada disiarkan di dada akhbar. Sedarlah hai kalian, tanah hijau itu kini ditarah, paip besar kini cuba ditanam, bukit kini menjadi landai, tanah hijau itu bertukar merah, hijaunya telah hilang. Tanah tinggi itu tempat judi, tanah itu bukan begitu caranya untuk dibangunkan, tapi hakikatnya inilah realiti yang berlaku. Bukalah mata kalian, walaupun si bangsawan telah tua, tapi si raja masih takut untuk menaikkan si bangsawan. Nak tau kenapa? Cukuplah dengan mengatakan raja itu zalim, takhta igauan yang dinikmatinya kini bagaikan syurga itu amat kuharapkan satu hari nanti dia tersandung jatuh dari takhta itu. Moga keadilan kan memegang semula tampung pemerintahan itu. Err, kalau aku yang memerintah, kalian nak sokong aku tak?? (layak ke aku memerintah?)... Siapalah aku??

_____________________________________
Aku cukup benci melihat kezaliman, aku cukup marah bila kehijauan yang kami cuba pertahankan itu kini dibentang dengan tar hitam yang takde la 'smooth' mana pun, 'still' ada lubang... argh, aku benci pada kezaliman!!! Dunia kini....hmmm fikirlah wahai diriku..."
Marah?? Bersabarlah... sesal kemudian tiada gunanya...

Hari ni dapat surat elektronik (email) dari Abang Mat. Kalau dapat pasal menyayat hati ni mesti rasa nak kongsi dengan semua orang. Pasal marah... hmmm... teringat kenangan lama masa marah tak tentu pasal, habis barang sendiri rosak tu sebab kalau boleh tanak marah, barang rosak takpe lagi, kalau insan lain yang rosak macam mana? Tak nak le jadi macam dalam cerita sedih di bawah ni, moga menjadi manfaat buat semua. Renunglah, kawallah diri ketika marah. Moga kita semua menyahut peringatan baginda Rasulullah S.A.W. supaya mengekang kemarahan kita, kerana ada baiknya, kelebihan dan hikmah tak terhingga terselit di sebalik kemampuan kita mengawal kemarahan. Kan indah kalau semua manusia bersikap pemaaf, ibu dan ayah bersikap pemaaf pada anak-anak baru la takde dosa anak derhaka (kata-kata Mak yang diceritakan oleh Kaklong sewaktu borak dengan Kaklong beberapa ketika yang lalu --thanks Kaklong, beruntung kita punya mak ayah yang begitu kasih dan sayangkan kita). I really miss my beloved parents. waaa sedih plak. Indahnya dunia kalau mak ayah begitu penyayang dan si anak pula begitu taat dan kasihkan ibubapa mereka ---idealistik sangat ke? Apa pun, renungkanlah kisah di bawah ni. Moga menjadi peringatan buat ibu bapa, juga yang bakal jadi ibu atau bapa, mahupun kepada mereka yang pemarah, berhati-hatilah...

_______________________________


Dear all,

Satu tauladan for parents...
Buat yang belum berumahtangga, tolong forward kepada keluarga atau teman yang sudah berumahtangga .....(supaya mendapat iktibar)

Khusus untuk ibu-bapa, beristighfarlah banyak-banyak kali kalau tengah marah. Pukul anak jangan lah sampai mencacatkan Sesal dulu pendapatan sesal kemudian tak berguna!!

Baru baru ini surau di tempat saya telah mengadakan ceramah umum sempena menyambut Maulid Rasul SAW. Antara kisah yang menarik yang telah sampaikan oleh penceramah undangan tersebut ialah satu kejadian yang berlaku di utara semenanjung dimana tinggalnya sepasang suami isteri beserta seorang anak lelaki baru berumur + - 3 tahun yang petah bercakap dan tengah nakal juga seorang pembantu rumah.

Menjadi kelaziman keluarga di Malaysia ini anak ditinggalkan dengan pembantu rumah sewaktu keluar bekerja. Ketika si pembantu rumah ini sedang sibuk dengan kerja harian membasuh dan memasak, anak yang tengah lasak dan nakal ini bermain seorang diri diluar rumah. Ditakdirkan anak ini terjumpa dengan sebilah paku yang berkarat. Almaklumlah oleh kerana budak tengah nakal yang suka menconteng dan melorek apa saja maka dijadikanya kereta abahnya sebagai papan hitam/buku. Suami isteri tersebut tidak memandu kepejabat hanya naik m/sikal sahaja maklumlah nak jimat belanja. Si anak tadi telah menconteng, malah apa saja pada seluruh badan kereta ayahnya yang berkilat sebab baru di polish. Habislah kereta tersebut dengan segala macam kreatif anak nakal.

Kejadian ini tidak disedari oleh pembantu rumah. Baliknya si ayah dari pejabat maka terkejut besar separuh mati nasib baik tak mati sebab lemah jantung melihatkan kereta kesayangan jadi sedemikian rupa. Hilang penat terus menerkam kepada pembantu rumah yang terpinga pinga dan ketakutan sebab melihat muka tuan yang marah merah macam ketam dibakar. Siapa punya kerja ini, tanya beliau dengan keras, sianak yang ingin bermanja menjawab dengan jujur itu adalah kerjanya. Si ayah yang tengah panas baran itu terus mencapai rotan dan memukul tangan sianak bertubi tubi kali tanpa belas kasihan dan menghiraukan jerit lolong anak manja tersebut. Sudah terasa puas barulah ia berhenti tapi disambung pula olih si ibu yang geram dengan perangai anak tersebut memukul dengan rotan ditempat yang sama sebagaimana suaminya tadi. Si ibu hanya berhenti setelah melihatkan anak tersebut berhenti menangis dan jatuh pengsan. Pembantu rumah hanya terlopong
melihatkan peristiwa tersebut disamping rasa terkejut dan rasa takut.

Ayah dan ibu anak tersebut dengan rasa benci dan marah membiarkan anaknya tidur dengan orang gaji tanpa menghirau kannya yang menangis selama tiga hari berturut siang malam menanggung sakit. Pembantu rumah tersebut oleh kerana sudah tidak tertahan lagi melihatkan azab sianak yang menangis tidak henti henti serta menangung kesakitan yang teramat sangat lalu merayu kepada majikanya agar membawa anak tersebut berjumpa doktor.

Oleh kerana siayah mengalami gangguan untuk tidur maka ianya bersetuju membawa ke klinik, diklinik doktor arah rujuk kepada hospital pakar. Setelah diperiksa dan xray, tidak ada apa yang boleh ditolong lagi melainkan potong sahaja tangan anak tersebut untuk mengelakkan dari merebak kebahagian atas sebab telah bengkak hampir ke paras siku dan bernanah didalam disebabkan tulang yang hampir hancur kena pukul. Siayah yang masih marah begitu juga dengan si ibu bersetuju apabila doktor meminta untuk menandatangani surat kebenaran pembedahan tanpa soaljawab walaupun dengan sedikit rasa kesal di hati mereka.

Setelah si anak tadi sedar dari kesan ubat bius pembedahan ianya terkejut melihat tangan berbalut putih macam serban. Maklumlah anak yang keletah, nakal, manja dan petah bercakap tersebut berkata kepada si ibu dan ayah. Papa, mama; "saya berjanji tidak akan buat lagi perkara tersebut, tidak akan menconteng lagi kereta abah dan tak nak buat jahat lagi" katanya berulang kali sebagai tanda takut akan dirotan lagi. "Tapi abah dan mama bagi lah balik tangan saya, pulangkanlah balik tangan saya, pasangkanlah balik tangan saya yang abah ambil itu, saya berjanji tak akan buat lagi." katanya berulang kali sebagai tanda kesal. Bagaikan gugur jantung si ibu meraunglah ia setelah tersedar akan kesilapan yang telah dilakukan.

~SeMaLaM AdaLaH KeNaNgaN.......Hari Ini AdaLaH KeNyaTaaN.....Esok AdaLaH HaRaPaN~
_____________________________
Sumber: forwarded by Abang Mat
Hitamnya mata hati ketika marah, tindakan pun bagaikan orang buta, bila tiba-tiba pandangan hati itu kembali terang baru nak perasan dah terpijak banyak paku.
"Ya Allah terangilah hati-hati kami dengan cahaya hidayahMu sepertimana Engkau menerangi bumi ini dengan cahaya matahariMu".
"Aku tanak marah sebab nanti yang marah tu bukan aku, tapi yang marah itu adalah aku yang dikawal oleh... nafsu atau ???".
"Aku tanak marah sebab aku tau aku tak dapat kawal diri bila aku marah, takut nanti habis semua benda di sekeliling aku hancur punah, aku yang akan rugi di penghujungnya nanti".
"Aku tanak marah, nanti aku macam orang gila tak tentu arah. Sebagai Muslim, aku dididik untuk berpijak di atas bumi nyata, aku tanak jadi orang gila".

Monday, February 09, 2004

W.bloggar aku meragam lagi...

Baru la elok balik w.bloggar ni (sape tak tau w.bloggar, sila masuk ke bloggar.com, i like this program coz it's an easy interface i use to post ma entry... also, it's simple, and able to work for many other blog providers i.e. Blogger, b2, MovableType, Nucleus, BigBlogTool, BlogWorks XML Blogalia, Drupal, Xoops, E-Xoops, Upsaid, PostNuke, TheBlog, Blog-City, Blogjsom, Roller Weblogger, Domino, LiveJournal, EraBlog.NET, pMachine, TypePad -ish, aku jadi promoter utk w.bloggar plak ;p). Oleh sebab masalah telah selesai, baru la rasa gembira nak meneruskan aktiviti mem'blog.' Bukan tanak pakai interface sedia ada yang disediakan kat blogger.com, cumanya rasa malas nak klik Internet Explorer semata-mata untuk guna blog, lagi pun interface w.bloggar lagi menarik dan mudah, that's my humble opinion, tak percaya? hmm, kena la cuba hehe...

Hari berlalu macam biasa, cuma setiap kali masuk hari Jumaat, suhu merudum jatuh, sejuk brrrrr... tapi best sebab keputihan melanda kembali, cuma hari ni je suhu tak la sejuk macam biasa, bagi orang lain maybe still rasa sejuk, tapi kat sini suhu -7 hingga -10 degree Celcius (negative tuuu, kawan² ;p) pun dah kira cukup bersyukur :)

Ingat nak pegi bergambar kat tempat best kat memana park sebab cantik tengok suasana putih. Ntah bila gaknya nak pegi, tunggu snow dah hilang gaknya baru nak cari. Pape pun, I like white winter, best!!

Okay la, entri ringkas je. Insha-Allah, akan diupdate lagi. Harapnya w.bloggar tak mengamuk lagi...

____________________________________
Bila w.bloggar dah elok, nampak gaya pasnih kena la rajin blogging semula ;p

Monday, February 02, 2004

'Aidil-Adha in Milwaukee...

Semalam solat raya kat Da'wa Center, katanya mesjid tu tempat Muslim African sebab tu ramai saudara kita dari Afrika berkunjung ke sana. Loghat khutbah tuan imam pun, perasan lainnya sebab tak sama dengan local people. Habis solat, sesalam sebentar, terus je beratur kat tepi meja. Buat apa? Amik Dunkin Donut satu dan air tin. Lapar pagi tu sebab tak makan sebelum keluar. Lerr nape tak makan? "Kan sunnah tak makan sebelum solat raya Eidul-Adha,"... ooo ye ke?? =)

Balik solat raya, terus naik umah atas. Makan apa? Jamah menu yang ada... inilah antara menu yang sempat dijamah pagi raya semalam :D


Lemang dan rendang daging pun ada kat US? hehe, biasa la ;p Kek 'spunge' ni nak kena belajar nih sebab sedap Abang Man buat :)


Lepas tu petang, ke rumah Brother Soperi. Ada la buat takbir dan sedikit makanan untuk dijamah (banyak jugak semalam makanannye ;p). Dapat juga makan kuih raya, ala kuih kacang yang ceroi tu ala ntah apa nama dia, yang tau kuih kacang yang senang hancur tu... hehe tau makan je :p

Kat umah Brother Soperi, tau je la kan si Uqbah yang tegur masa kat mesjid pagi tadi mula la datang mengacau. Mana taknya, dia kata nak aku nampak aktif pasal tengok muka aku 'toye' semacam je pasal baru bangun tido (hehe)... pastu apa lagi, kerja kacau budak aku tak la berjalan sangat pasal aku letih, tapi sempat la angkat Aniq anak Abang Mat (jiran aku). Tapi, Aniq angin sikit time kat umah Brother Soperi semalam (tapi lawak plak, pasal tetiba je dia main janggut semua orang masa aku angkat dia, especially aku pnye janggut la, nakal gak dak kecik nih -memang nakal pun :p).

Hmm, lastly, inilah muka bebudak kecik Milwaukee yang datang semalam. Naper la dak-dak kat Milwaukee ni comel dan cute, tapi best hehe...


Dari kiri: Dina (kakak Aniq @ anak Abang Mat), Samantha@Sammy (anak pasangan Indonesian Sister with a local brother -rasanya la si ayah American) dan Uqbah (Anak Brother Soperi)


_______________________________
Dah 2 kali tak merasa suasana raya dengan sambutan korban mahupun aqiqah, syahdunya teringat suasana korban di surau dekat umah dulu...